assalamualaikum...hai!
maaf wahai loyal readers, silent readers, poyo readers aka my siblings sebab tak update. Adakah anda rindukan entri baru saye..? kehkehkeh..
Pejam celik dah raya dah. Aku baru je nak update menu sahur dan berbuka puasa. Semua blog update pasal menu raya aku update pasal menu buka puasa pe hal la pulok.
Raya tahun ni sangat simple. Rumah orang lain berlangsir baru, bersofa baru, famili aku ni kuih pun tak beli. Malam raya baru nak terhegeh bancuh coklat untuk almond london. Pastu chef frust sebab coklat tak berkilat lalu kuih almond tu sebak sambut raya dalam balang tanpa coklat bersalut di badan. Sobbbss. Pastu lak raya kedua pergi MYDIN beli 2 balang kuih raya. Dan kebas 4 balang kuih raya di rumah adik. Bwahahaha.
Baju raya aku? Adik aku bawa balik jubah-jubahnya yang dah tak pakai so that's my baju raya. lalalalala
Other family: Mari pasang langsir baru, karpet baru, sofa baru!
My family: Mehh
Other family: Let's take picture all together!
My family: Mehh
Other family: Jom jalan-jalan . Time cuti ni best gak melancong
My family: Mehh..
Pasti 2 menantu mak abah agak janggal menghadapi situasi sambutan raya family aku. Hahahahah. Disebabkan itu tiada gambar raya untuk dipertontonkan di sini.
Orang lain sibuk buat kuih dan susun kuih dalam balang, kami pula pulun buat kek red velvet untuk makan lepas buka puasa.
Kuih raya untuk murid pemulihan..cap MYDIN. Semalam bagi kuih raya hari ni diorang bagi buah pulasan. hewhewhew
Selamat Hari Raya maaf ye kalau ada yang tersinggung dengan coretan saya selama ni.
Wah ayat tak bleh blah. Geli betul.
bai.