Tuesday, August 28, 2012

Raya Sempoi



assalamualaikum...hai!

maaf wahai loyal readers, silent readers, poyo readers aka my siblings sebab tak update. Adakah anda rindukan entri baru saye..? kehkehkeh..

Pejam celik dah raya dah. Aku baru je nak update menu sahur dan berbuka puasa. Semua blog update pasal menu raya aku update pasal menu buka puasa  pe hal la pulok.

Raya tahun ni sangat simple. Rumah orang lain berlangsir baru, bersofa baru, famili aku ni kuih pun tak beli. Malam raya baru nak terhegeh bancuh coklat untuk almond london. Pastu chef frust sebab coklat tak berkilat lalu kuih almond tu sebak sambut raya dalam balang tanpa coklat bersalut di badan. Sobbbss.  Pastu lak raya kedua pergi MYDIN beli 2 balang kuih raya. Dan kebas 4 balang kuih raya di rumah adik. Bwahahaha.

Baju raya aku? Adik aku bawa balik jubah-jubahnya yang dah tak pakai so that's my baju raya. lalalalala

Other family:  Mari pasang langsir baru, karpet baru, sofa baru!
My family: Mehh

Other family: Let's take picture all together!
My family: Mehh

Other family: Jom jalan-jalan . Time cuti ni best gak melancong
My family: Mehh..

Pasti 2 menantu mak abah agak janggal menghadapi situasi sambutan raya family aku. Hahahahah. Disebabkan itu tiada gambar raya untuk dipertontonkan di sini.

Orang lain sibuk buat kuih dan susun kuih dalam balang, kami pula pulun buat kek red velvet untuk makan lepas buka puasa.






Kuih raya untuk murid pemulihan..cap MYDIN. Semalam bagi kuih raya hari ni diorang bagi buah pulasan. hewhewhew

Selamat Hari Raya maaf  ye kalau ada yang tersinggung dengan coretan saya selama ni. 
Wah ayat tak bleh blah. Geli betul.


bai.





4 comments:

Anonymous said...

cantik bj ang

CikNurul said...

orang cantik pkai baju tampal pn nmpak cantik. bhaahahahahahahahhaahhahahahah
>sarcasm<

amnad said...

lega dapat baca entry terbaru (aku dah menjadi peminat tegar blog ang ahahah)tp sikit sangat crita ang wehhhhhh....

CikNurul said...

aku sebenarnya nk taip pnjg lagi tp msa tu aku sakit perut so .. aku kna pendekkan story tu..lalalala