Sunday, August 12, 2012

Bundle lagi?


Hai. Assalamualaikum.

Akak yang jual bundle tak berniaga di Kroh masa bulan puasa ni. Sobs. Tiada lagi keriangan senyum meleret berlari-lari anak ke gerai bundle akak tuh dan berebut baju bundle dengan orang Siam. Kalau nak beli kena pergi pagi Rabu di Baling.


Tapi biasa la manusia. Beli banyak banyak lepas tu simpan dalam laci. Nak pakai sayangnye... tapi nak beli lagi. Oleh sebab kak tu tak jual kami cari pulak subjek lain untuk mengeringkan poket yang dah sedia kering ni. Alas kaki bundle! Masa usha kat pasar malam macam tak menarik je alas kaki yang berlipat banyak banyak tu. Tapi bila dah belek2 mesti jumpa yang tebal dan masih elok. Harga pun tak mahal boleh tawar harga lagi. 


RM 5

yang panjang RM 6

tebalnye...rasa nak bergulung dalam tu dan jadi sushi roll

RM 10



hiasi kediaman anda di hari raya ini dengan alas kaki yang cantik tebal dan nampak mahal. Orang datang umah mesti kata 
'wahhh kelass kau Jah, lantai rumah kau penuh dengan alas kaki jewww..'

lepas tu korang boleh jawab
'eh mestilaaaaa...' sambil mengacau  air ribena.





3 comments:

Anonymous said...

bl kat ak satu

CikNurul said...

k

miera aziz said...

apa kena mengena air rebena dgn alas kaki cik jah oi kahkahkah