Monday, July 29, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Makan, makan dan makan
kali ni cerita bab makan. sebab aku tak de tajuk best nak dikongsikan di blog selain daripada entri yang semakin lama semakin berkurang.. ah sedehh. dulu kemain lagi 'aku nak beli kamera baru so aku boleh post gambar best dalam blog' tapi akhirnya kamera tu tersorok diam menanti tuan nya melatih bakat terpendam lah sangat yang tak kunjung tiba tu. of coz tuan kamera tu sangat berhasrat mengambil gambar persekitaran, malang sekali kehidupan dia sangat awkward.
maaf jika korang tak paham perkara di atas. fikiran aku runsing sekarang. balik ke tajuk asal pasal makanan. yuhhhuuu
antara tempat makan feveret ialah western food di Baling. amboi duduk kat Perak, lepak kat Kedah giteww.. baru2 ni western food ni dah tukar owner so macam ada banyak pilihan western food weee aku paling suka western food. nampak tak ayam seketul tu? namanya chicken blue coral dan aku tak jumpa plak blu coral dan dalam ayam tu ada sebatang sosej yang besar! ayam seketul tu pun dah besar jumpa pulak treasure dalam tuh nak termuntah kekenyangan. tapi nyesalnye makan benda berat ni order plak nescafe supreme yang betul2 kaww...minum benda bersusu ngan ayam = muak. lupe lak gitau aku selalu pergi lepak luar negeri dengan kak Hani. kalau order makan mestila penuh meja walaupun hanya kami berdua. kuhkuhkuh
Selain western food yang bersebelahan dengan perpustakaan Baling ni, kitaorang lepak makan di restoran Oishiin ..western food jugak..best. lain kali aku pergi, aku amik gambar.
pizza hut juga sudah wujud di Baling. maka 2 hari sebelum puasa marila menjamu perut. dan macam biasa kami 2 orang order penuh meja
selepas order macam makan untuk 5 orang, kami berbincang tentang kerisauan berat badan kami yang kian bertambah, baju yang tidak lagi muat, perlu shopping baju lagi dan cara untuk menguruskan badan dengan cepat...
selepas mendapat jawapan dan makanan pun sampai, kami makan macam kami ni underweight. lalalalala.sangat mujur pihak restoran tak sediakan meja yang lebih besar.
next is kuih....kuih ..ermmm..dah lupa nama. biasanya kuih ni warna kuning tapi aku cakap kat mak, ala boringnye warna.... tak kuning mesti hijau. so kami buat macam main masak2. lalalala
kononnya nak buat warna purple tapi terlampau dark purple. and so pink and marble pink!
pernah tak korang makan daging cicah air asam? it taste so delicious! biasa orang sini buat kenduri guna menu simple ni je. aku tak tau la plak asal mana makanan ni tapi serius sedap and sesuai untuk orang berdiet tapi perlukan daging dalam meal (aku) . nak buat pun simple bangat huhu suka3. just rebus daging sampai empuk pastu masukkan sengkuang. sengkuang tu sebagai pemanis sup daging tu. lepas tu buat air asam - bawang, tomato,cili, asam dll .. first time aku makan masa pergi kenduri toktam aku..siap tambah daging lagi. ugh sedapnye ( ^ ^,,)
k bye.
Monday, July 15, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)