Friday, January 28, 2011

Cuti paling awal dan paling lama.

Hei hei hei lama sungguh tak update blog. Macam macam bahan abm dah buat tunggu masa nak upload. Baru hari Khamis dan saya sudah lepak di kampung. Balik kampung awal mengalahkan raya sendiri. Chinese pun tengah kerja lagi.

Sebab hari ni pergi klinik dan dapat cuti 2 hari. hurm? sakit aper? ke pura pura sakit sebab nak balik kampung awal sebab dah 3 minggu tak balik? tak kuasa mak ngah. 

Nak dijadikan cerita pergi farmasi nak beli ubat doxymycin atau doxycycline. Tahu apa guna ubat ini? 

Ubat ni memang berkesan kalau nak surutkan jerawat sekaligus samarkan parut parut jerawat. Bila nak dekat period dah memang tugas utama jerawat keluar membuak buak di muka. Tak kira jerawat batu atau jerawat kecil bernanah. It's normal for hormon tak stabil dalam badan selain toksin dan masalah persekitaran yang boleh rosakkan kulit. Pertama kali kawan rekemenkan ubat ni ialah masa sambung blajar buat diploma guru dan masa tu jerawat batu memang bertenggek megah. Lagipun masa tu tengah tension dan penat dengan kerja dan assignment. Di Jitra ubat ni murah je. Sepapan cuma RM3 dan ada 10 pil. Makan sebiji sehari  dan dalam masa 3 hari jerawat batu yang ambil masa 2 minggu nak surut terus hilang termasuk parut parut lain pun tenggelam. Dengan kata lain ia matikan kuman. Jerawat baru jangan haraplah nak timbul. Sepanjang makan ubat ni tak ada kesan sampingan   (utk saya). Dan ada terbaca kalau makan selalu akan sebabkan gigi kuning. Saya cuma makan masa jerawat timbul je. For those yang ada maasalah jerawat kritikal cuba ubat ni dengan nasihat doktor. Kalau biarkan jerawat di muka boleh buat kita loseconfident antisocial. Like me.               Ubat ni ada fungsi untuk penyakit lain juga. Saya bukan budak medic so better stop now.

doxycycline/doxymycine
Sambung balik cerita utama. Masa minta ubat tu di farmasi si kakak ni kata ubat tu dah abis dan dan dia syorkan ambil ubat lain dan lagi baik dari doxycycline. Mahal lak tu. Sebiji RM1. Sepapan RM10.
 ubat ni ler......

Ok saya fikir cuba dulu mana tau kot kot lebih bagus. Makan 4 biji sehari. (woowww banyaknyer) lepas makan ubat malam tu dah mula gosok gosok muka. Apesal muka merenyam je ni...resdung kot. whateverla. Pastu mula rasa merenyam gatal badan. Lepas garu garu sikit meleret leret pulak gatalnya. Ini dah pelik ni.Lupakan dan terus tidur. 

Pukul 4 pagi terjaga dan rasa muka kembang gila. Tenyeh mata ..apesal kulit keras??! Lari tengok cermin  MasyaAllah..... muka ku bengkak..mata kembung sepet...alamak mati aku...camner nak pergi sekolah? Patutnya kata Yahooo..leh pergi klinik, Masuk sekolah lambat sikit.....

Masa tu sebab di rumah ..alone..cemas dan cuak. Ape nak buatx3. Benda ni tak pernah jadi dan dah 3 tahun tak ambil MC sebab jarang sakit teruk. Lepas message orang penting sekolah, pergi klinik.

Doktor: haaa..ni kenapa muka bengkak ni....ada silap makan ke..
Saya: ha'a...semalam saya beli ubat ni kat farmasi lepas tu malam tu jadi gatal gatal muka. Bangun pagi muka bengkak..badan gatal gatal macam kena ulat bulu.
Doktor: Kamu allergic ubat ni.  Ubat ni doktor yang bagi ke staff situ yang bagi.?
Saya: Staf dia yang bagi. Dia kata ubat ni lagi ok dari ubat hijau tu.
Doktor: Tak boleh ni. Kamu tak boleh ambil ubat sebarangan.Make sure ada doktor and dia yang bagi ubat. Makan ubat hijau tu tak da kesan sampingan ke?
Saya: Tak da pun..ok je..
Doktor: (Check tekanan darah.) ok i bagi injection lagi cepat dia elok. Lagipun memang teruk ni bengkak muka kamu dengan kulit pun dah merah.
Saya: Haaa!!? injection ??...(alamak) urmmm..ok la.
Doktor: Nah! amik ko!    (...kiddo...)
Doktor: Hari ni tak kerja ke?
Saya: Ha a...leh tak amik MC..(tak kan nak mengajar dengan muka merah bengkak kot)
Doktor: Boleh...
Doktor: Ubat tu jangan makan dah tau. Lepas dah baik sakit ni baru makan doxymycin tu.
Saya: Heheheheh...ok..Tenkiu tenkiu..

Kena lak pantang makan seafood ayam...huhuu..lapar nih! Lepas abis sesi membayar duit ubat, pakai penutup mulut dan pergi sekolah settlekan buku rekod mengajar dan apa apa yang patut. Cuti sekolah pula  seminggu. WEEEEEeeee..ermmm ape nak buat sepanjang cuti ek....
Moral: Hati hati semasa beli ubat di farmasi dan pastikan doktor yang bagi ubat tu. Tanya doktor habis habisan. Padan muka i n horeyyy dapat cuti.

64 comments:

Kash said...

wah sampai macam tu sekali! ubat hijau tu memang bagus ke? makan brapa kali sekali? interested ni. haha.. :D

missN said...

hai kash....ubat doxymycin memang ok..best betul muka licin lepas mkn ubat tu.sehari sebiji je. sya makan waktu malam.

Kash said...

wah2.. ubat yang lagi satu tu plak ubat apa nama dia ? ada alahan seafood ke sebab tu jadi macam tu ? cian ni. heheheh.. sory lmbt respon, heheheh

missN said...

mgkin ubat tidact tu mmg tak sesuai nagan kita atau dos nya terlampau tinggi.seksa betul berapa jam kulit gatal dan bengkak.

w/pun ubat doxymycin berkesan tp org pompuan yg nak mngandung or tgh mengandung mmg dilarang mkn ubat ni :)

eevee said...

bestnye dengar.nak try beli jugak la.dah berbelas tahun masalah jerawat ni mengganggu hidup sy.orang tegur dah beratus org tegur dah.kena ejek pun penah masa sekolah2 dulu..

missN said...

hai eevee..u should try..mmg benci kan kalau org judge kita dengan tgk jerawat..dorng tak tau pun kita tanggung sakit kat muka nie..huhuhu..ku terkenang pengalaman pahit di sekolah dulu..jerawat sgt2 teruk. form 6 pakai topicil. baru reda tapi bahaya gak sbb asid tinggi sapu kat muka..pedih n terbaiekk wokkk!

nurun said...

mengikut pengalaman sy. mkn tidact tu skali shari je. tu ubat terkawal. tak boleh mkn byk2 shari. so far ok.

missN said...

ohh ye ke...hmm sy suda terlebih dos la ye..tq !

Anonymous said...

lorazepam drug ativan constipation - lorazepam 1 mg beipackzettel

Anonymous said...

knape pulak klu puan nak mgandung x leeh makan. ape kesannya.

missN said...

@insyirah: ermm..sayer pun taktau..mgkin bahan dlm ubat tak sesuai..doktor tu pun tak cerita habis..dia pesan dengan muka serius 'jgn makan kalau pregnant atau nak pregnant'.

Anonymous said...

Hmmm...its an atibiotic sebanarnya.Bkn ubat

Anonymous said...

Just desiгe tо say your artіcle iѕ as
aѕtonishing. The clearness іn youг post is
simply nice and i could assume you're an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please continue the rewarding work.

Feel free to visit my web site :: www.paydayloanscash.net

Anonymous said...

boleh mandul ker klau mkn ubat ni? takut pulak sy xD hehehe

Mrsmama said...

Ada sesiapa tahu tak kat Kl farmasi ada jual? Ubat ni blh beli camtu je ke kat farmasi or kena ada prescription doctor?

missN said...

rasanya semua farmasi ada ubat ni..tapi kan..rasanya lepas isu antibiotik yang jadi racun tu, ubat ni kena minta prescription doktor.

sebelum kuar isu antibiotik beracun, saya relaks je beli kat farmasi 2 papan(doxycycline). lepas isu tu, staff farmasi kata kna tya doktor dulu ..

Anonymous said...

Hi kiranya awak makan doxy tu berapai kali sepanjang jerawat ada tu? Seminggu then stop ke macam mana? :/

missN said...

hai..saya makan ubat tu masa jerawat teruk je..macam jerawat kecik2 tu saya xmakan la tapi bila stress naik jerawat batu yg ntah bila nak surut tu saya cepat2 makan.lepas 2-3 hari jerawat tu skali ngan jerwat kecik2 surut saya stop makan ubat. tak berapa elok makan ubat tu berterusan. =)

missN said...

tapi nak kulit lebih elok amalkan vitamin e 400 iu sebiji ngan vitamin c..setiap hari. jgn lupe minum byak air =) mkn vitamin lebih selamat dari antibiotik

Unknown said...

Serius malu if byk jerawat kt muka.. Tambah2 jerawat batu.. Self confidens pon kurang..Jom usha2 supplemen terbaik utk atasi masalah ni dan cantikkan muka

Dapatkan juga produk utk cantikkan kulit muka yang betul

Anonymous said...

Sepatutnya ubat antibiotic tidact tu kna makan sehari 1 biji sebab dos dia tinggi..saya ada jumpa doktor sbb masalah jerawat jugak..doktor sarankan makan sebiji je sehari..xboleh lebih dos..

Unknown said...

saya rasa awak dh overdose smpai 4 biji sehari..saya pun cuba ubat ni doktor bgtau mkn sehari sekali ja yg tydect tu..terkejut jgk 4 biji shari

missN said...

ha a..masa beli tu staff farmasi yang bagi..sy pn terkejut gak dia kata makan 4 biji..masa tu iya je sbb sangka mgkin dos ubat tu rendah. tgk muka staff tu pn confident je suh makan 4 biji. i trauma sampai skrang tau..huhu.nyesal tak saman dia hahaha

Unknown said...

Assalamualaikum CikguNurul.. Boleh tak iza nak tahu skrg mcm mana keadaan kulit cikgu dan skincare apa yg cikgu guna. Doxy tu ada ambil lagi tak? Setahu iza doxy tu boleh consume setakat 6 bulan mcm tu klu tak silap . Dulu pernah ambik doxy tapi kulit mcm sama jaa pastu baru notice yg maybe iza silap pakai skincare patut jerwat susah nak surut. Now semua local produk iza dah stop dan baru nak try consume doxy semula. Iza bukan jenis muka jrwat start pakai silap produk sampai mcm susah jaa nak pulih elok kulit nih .

TIA

Unknown said...

Assalamualaikum CikguNurul.. Boleh tak iza nak tahu skrg mcm mana keadaan kulit cikgu dan skincare apa yg cikgu guna. Doxy tu ada ambil lagi tak? Setahu iza doxy tu boleh consume setakat 6 bulan mcm tu klu tak silap . Dulu pernah ambik doxy tapi kulit mcm sama jaa pastu baru notice yg maybe iza silap pakai skincare patut jerwat susah nak surut. Now semua local produk iza dah stop dan baru nak try consume doxy semula. Iza bukan jenis muka jrwat start pakai silap produk sampai mcm susah jaa nak pulih elok kulit nih .

TIA

missN said...

waalaikummussalam rohaiza..saya dah tak makan doxy dah..walaupun beli sepapan just in case je kalau jerawat tiba2 naik byak lepas tu pulak kena outstation ke..kursus ke..huhu..boleh dikatakan muka saya hampir bebas jerawat tapi dah sampai bulan atau stress memang tak boleh elak 2-3 ketul. klu serius 2-3 ketul tu saya sapu produk t3 mycin (rujuk tajuk 'kulit oh kulit'. lepas tu amalkan makan vitamin c dan e je. lepas tu minum air kosong banyak2. tapi kan dulu parut jerawat saya merah2 lepas tu saya pakai st ives green tea scrub-khas untuk calm redness and acne..lepas pakai tu muka dan tak merah dah! weeee!! ada di watson n guardian.dlm rm30.100%netural.boleh rawat jerawat jugak!tapi saya tak pasti dengan kulit iza mcm mana tapi try dulu k. kalau kulit bukan jenis jerawat kena hati2 guna produk.

Unknown said...

Jerawat kat muka jenih yg kluar besar2 n sakit jugak lahh. sometime sentuh tangan ke pipi terasa panas. Iza baru 2 week ambik doxy, sambil tu ada jugak consume vitamin c . pencuci muka now pakai eucerin, mlm sapu krim yg doc ada bagi. kluar pegi keja or mana2 just pakai toner aiken then compact powder. krim2 apa dah tak pakai lagi. nak free kan muka untuk pulihkan dulu kulit nih . Cikgu skrg guna skincare apa ya?

missN said...

sebenarnye saye risau jugak nak jawab soalan iza ni hahahaha sbb sya pun msih brjerawat hahaha skg sya pakai deep cleansing oxy je.dulu sya pakai produk harga rm30 belli di watson n guardian lupa lak nama apa tp khas utk acne.lps tu tak mampu sbb hrga makin naik (import usa) dan dh 3 thun pkai oxy cleanser je (sbb murah dan serasi ngn kulit)huhu.klu rajin mlm sy pkai clay mask simply siti (muka kusam - muka berseri) atau bio oil.kuar keje pkai sunblock biore uv aqua n foundation revlon n bedak compact je. ok dh tu klu doc ada bg krim utk kulit. ada review dr org lain katanya pkai krim yg doc bg kulit dah ok.

Anonymous said...

Cg berhenti makan doxy tu jerawat dh tak naik la? Sbb bnyk review kata berenti makan doxy, jerawat naik banyak

missN said...

umm jerawat naik jugak..cuma masa naik banyak tu pada 'masa tertentu' je..rasanya jeerawat sy naik sbb hormon,stress atau picit jerawat lps tu merebak..tapi sy start amalkan cara lain sbb tak nak brgantung kt antibiotik..

abe said...

Assalam sy rsa tertarik ntk mmbaca page ni. Sy juga seorg yg mngalami msalah jerawat yg amat teruk d muka. Pnyelesaiannya mak sy telah mmbawa sy ke klinik kulit ntk mndptkan rawatan. Dan salah satu ubat yg d beri adalah Doxymycin selain krim dn juga ubat sapu..pesan dktor kena buat treatment n consume ubat ni slama setahun. N alhamdulillah skrg muka sy mmg smakin pulih n bransur sembuh.jrawat2 smakin mngecut n parut2 juga smakin pudar. N jgn lupa bykkn minum air. Berusaha slagi boleh cegah sbelum parah,setiap sakit pasti ad ubatnya kecuali mati.:)

abe said...

Assalam sy rsa tertarik ntk mmbaca page ni. Sy juga seorg yg mngalami msalah jerawat yg amat teruk d muka. Pnyelesaiannya mak sy telah mmbawa sy ke klinik kulit ntk mndptkan rawatan. Dan salah satu ubat yg d beri adalah Doxymycin selain krim dn juga ubat sapu..pesan dktor kena buat treatment n consume ubat ni slama setahun. N alhamdulillah skrg muka sy mmg smakin pulih n bransur sembuh.jrawat2 smakin mngecut n parut2 juga smakin pudar. N jgn lupa bykkn minum air. Berusaha slagi boleh cegah sbelum parah,setiap sakit pasti ad ubatnya kecuali mati.:)

missN said...

assalam..terima kasih perkongsian pengalaman abe..saya pun tak tau kena ambil sampai setahun..saya makan bila perlu je..kulit abe mesti flawless dh sekarang..tapi betul kena minum banyak air..mungkin toksik byak dalam badan punca kulit jerawat susah nak sembuh.lagi satu bila kulit sensitif ni jadikan kita pembersih..tak boleh habuk2 kotor2 huhu even cadar /tuala nak tukar selang 2-3 hari..barang2 nak antibakteria je..puas hati huhu..

Unknown said...

hai saya nak tnya saya baru je try pakai ubat ni sebab my cousin bagi. dia dulu jerawat teruk dan leas mkn ubat ni selama 6bulan muka dia terus ok. tapi bila saya makan saya rasa mcm mata sebelah kiri mcm rasa nk bengkak sikit tp xdekla teruk sangat. n gatal pon sikit je la xdekla smpai gatal teruk. thats mean kita allergic ubat ni ke cmne? pastu lepas awk g jumpa doc awk terus mkn balik ubat doxycycline tu eh? pastu ade simptom lain x selain muka bengkak badan gatal dn mata bengkak?

Unknown said...

Sy pon staff farmasi. Tidact sekali je sehari awk overdose tu yunk. Huhu. Pengambilan tidact cuma boleh tiga bulan lepastu kena stop.

missN said...

hai azim..hai alyani..hmm utk azim baik ikut nasihat alyani.. pengalaman saya jadi bengkak sebab overdose...saya jumpa doktor dia tak bagi dah saya ambil ubat tu..mungkin dia refer bengkak tu dengan alergik tidact.. but so far ramai dah cuba dan hasil nya ok..lepas kena bengkak tu saya stop lama jugak la ubat doxycycline..(tidact mmg tak amik dah)tak berani nak makan..tapi tahun ni ada stress giler dan jerawat naik banyak (batu plak tu) dah la nak kena berdepan dengan orang rasa sangat memerlukan bantuan doxycyclne..tapi mesti ikut nashat doktor..ambil doxy tu selama sebulan? or tiga bulan? (adoi tak ingat, nnt tya pharmacist tau) lps tu inshaAllah kulit ok dan tak payah makan dh doxy..jangan lupa ubah pemakanan..byak kan sayur..rebus2 ke..protein (macam det atkins)vitamin c dan e,banyak minum air mineral..org kulit kita ni special skit..takmain la minum air biasa..kena mineral water huhu

Unknown said...

Assalamualaiku.. Hai nak share review makan doxy ni.. Kwn kakak yg makan. Doc suruh dia mkn and only stop consume bila cik jerrr dah fully recovered. And she did that. Now kulit dia bersih. Saya rasa dia ikut cara consume yg betul, muka dah fully recovered baru dia stop amik doxy 😊

Unknown said...

Assalamualaiku.. Hai nak share review makan doxy ni.. Kwn kakak yg makan. Doc suruh dia mkn and only stop consume bila cik jerrr dah fully recovered. And she did that. Now kulit dia bersih. Saya rasa dia ikut cara consume yg betul, muka dah fully recovered baru dia stop amik doxy 😊

missN said...

waalaikummussalam....thanks for your info!betul, lepas dah ok kena stop makan doxy tu..

Unknown said...

hai, saya ada masalah jerawat jugak, boleh saya tahu dekat mane nak dapatkan ubat hijau tuh, sebab tgk feedback mcm okay sgt2 tolong saya.

missN said...

hai yusrie, i got it from pharmacy..dulu tahun 2009 gitu boleh lagi terus beli di farmasi.sekarang ni antibiotik tu dh kategori ubat terkawal.jadi kadang2 ada farmasi yang tak bagi n minta surat doktor. sya tak rekemenkan sgt kalau guna antibiotik. apa kata cuba eat clean. amalkan juga vitamin c dan vit e.toksin badan kita terkumpul pada kulit muka. buang dulu toksin tu insha Allah badan dan kulit pun sihat.

Unknown said...

Doxy sekarang dah jd ubat terkawal. Kena ada prescription from doc utk dptkan ubat ni. Untuk pompuan mengandung dan nak mengandung, jgn ambik benda ni. Dia matikan benih. Ubat ni juga matikan semua jenis bakteria samada baik atau jht. Bila bakteria baik xde, bahaya juga. Jgn amal kecuali anda mmg ada jangkitan kuman. Bila bad bacteria dibunuh dgn ubat ni (habis sesi ambil ubat mungkin seminggu atau sepapan ubat), byk2 la mkn mknan probiotics mcm yogurt, tapai, belacan, tempe, keju utk topup balik good bacteria dlm bdn. Ubat ni buat anda jd bersih sebersih bersihnya dari kuman. Pun x bagus jugak.

Unknown said...

Haiii uols.. Sy sekarang ngah consume ubat antibiotic docymycin @doxycycline tu.. By the way, mmg bagus sgt. For those yg nak try, better dapatkan consultation drp doc.. Doc kulit 😊😊

Unknown said...

Kalau nak mkn doxy,, semua produk kena stop. Bedak ke ape, semua kena stop. Actly, sy staff klinik kulit

Anonymous said...

Hi..nak tnya..u beli kat farmasi mana ya doxy

missN said...

hai siti fairus! thank you for your info..baru saya tau..complicated juga antibiotik ni..



hai anonymous! di mana2 farmasi pun ada tapi kena jawab interview dulu dengan pharmacist kalau nak beli

Coklat Strawberry said...

Saya pun baru guna doxycycline ni . sebelum ni guna apa pun , jerawat tetap naik . terus pergi klinik dptkan ubat ni. Baru makan 8 biji . so far , ada la naik beberapa ketul ,maybe belum ada kesan sgt , tPi jerWat haritu dah mengering . and kulit rasa lembab . badan pun sama . huhuhu . bekas2 kat badan such cikenpox pon pudar .

Coklat Strawberry said...

Kena stop semua produk ea ? Sabun muka pakai boleh ? Pakai berapa lama eh ? Means smpai bersih dgn bekas nya sekali ke ?

Unknown said...

Alergic la tu

nana said...

nk tnye..maksud nk mengandung tu dlm mase terdekat or mcm mne ye

missN said...

assalamualaikum..hai...oh myyyy banyaknya respon huhuhu..maaf saya tak berapa arif tapi better ikut nasihat daripada respondens di atas...elakkan makan antibiotik tu jika nak mengandung atau tengah mengandung..kiranya plan mengandung masa terdekat lah..
masa makan antibiotik ni saya masih pakai produk pencuci muka macam biasa..
tapi kan..nasihat saya lah kan..kalau boleh tak perlu lah ambil antibiotik ni..risau plak sekarang ni macam2 penyakit..amalkan minum air kosong, kurangkan mkan benda berminyak dan manis2..antara sbb jd jerawat sbb hormon,makanan dan darah kita bertoksik..patutnya setiaphari 'membuang' tapi tak..tu pun punca jerawat..rawat dalaman dulu..bila fikir balik iye saya bermasalah dari segi semua tu dan kesan nya ada sekarang.sbb suka makan jadi sy hentam je makan semua..usus patutnya lawas..bru toksik xkumpul di perut dan keluar kat kulit iaitu jerawat..

Anonymous said...

hai saya baru jumpa doktor beberapa hari lepas and dia bagi doxycycline ni, habiskan 10 biji dlm 5 hari. hope berkesan

Unknown said...

Lepas baca pasal u..teringat kawan i masa dkt poli dlu..seriusly muka dia bengkak giler..n dia mkn ubat sma mcm u mkn tu kuning hitam tu..lg kesian sbb ubt tu bukan dia beli dkt farmasi..doktor dkt hospital somewhare yg bg..kesian dia..anyway nk try la docymycin ni ^_^

missN said...

hai anon.. so macam mana result? ada perubahan tak lepas ambil doxy tu?



hai sara.. mungkin kami alergic ubat tu..dia pun makan 4 biji sekaligus ke? takut weh masa bengkak tu..kalaulah bengkak tu tak surut..sedihh..

Unknown said...

Hai .. Saya pun baru try doxy tu ada 20 biji . Dah mkn 10 biji jerawat pun dah kering . Saya jerawat batu area dagu je . Nmpk pelik la tang dagu je area lain bersih

missN said...

hai, thats great news! kalau dah ok better stop ya..hati2 tanda2 jerawat area mulut dagu sebab tu tunjukkan masalah hadaman or rahim..

Anonymous said...

Kwan akak tu mkn brapa lama untuk bgi fully recovered

Unknown said...

Hi missN..bole ke kalau mkn doxy wktu siang ? Sbb ade yg ckp perlu mkn wktu mlm sblm msuk tdo..sy confuse ckit kat cni , nak tanye doc tkot pulak sbb mse pegi minx antibiotik tu sy tanye byk soalan kat doc , tkot klau tambah soalan nti doc mrh

missN said...

hai anonymous and unknown... sory lama tak reply..
untuk fully recover tu tak lama sangat..pengalaman saya lepas 5 biji muka dah ok dah tak bengkak jerawat dah..tapi mungkin bergantung pada tahap serius jerawat tu.. lepas tu saya stop makan...next 2 month jerawat timbul byak balik..sbb stress ..hormon..pastu sambung makan ubat balik..tapi cara saya ni mungkin tak betul..sbb masa tu saya tak tau, hentam je makan..

ada juga saya makan waktu siang .. tapi better makan malam sebelum tidur..

Unknown said...

Hampa mkn doxymycin n xpening ka...setara kmi y akn makan sekali sekala or by weeks if dlm medan pn klu bley xnk mkn huhuhu

missN said...

saya makan tak pening..=)

Unknown said...

Nk beli kt mne

missN said...

di farmasi

Snhasanahh said...

Doc dh prescribed doxymycin ni tpi takut plk nk makan sbb ramai ckp lps dh stop makan jerawat datang balik banyak. Tk ada ke yg makan tpi terus elok?