assalamualaikum...
bestnye bestnye bestnye giler punya best dapat menapak di big bad wolf!! dah berapa tahun dok berangan nak pergi shopping buku kat situ alhamdulillah tercapai jugak. Dengan bantuan adik ipar drive ke miecc phew kami 3 beradik meronda hampir 3 jam pilih buku. Kalau bukan disebabkan lapar dan kaki macam nak tercabut mata nak tersembul keluar, rasanya tak checkout lagi kot.. 3 minggu sebelum event lagi aku dah survey buku buku yg diorang nak jual. Kenala check dulu kan ... baru puas hati and berbaloi datang dari jauh. pergh best betul bukan senang nak dapatkan buku yang high quality macam tu..kalau ada jual kat kedai biasa sanggup ke nak beli dengan harga sebenar? kalau aku kaya pun aku pikir banyak kali gak..
aku suka buku motivasi, art dengan novel pelik and klasik.. novel yang mahal dan covernya unik dan cantik dan susah nak jumpa di kedai dan yang buatkan aku rasa nak baca tapi akhirnya aku tidur selepas 2 mukasurat.. haa..buku macam tu la aku suka..wahahaha..bukan main aku budget sampai rm300 tapi lepas kumpul semua buku aku ngan adik beradik aku baru rm231..troli aku plak macam bagi hint 'kalau ngko amik lagi buku nahas ko pakai troli tayar satu je..' pengajaran kali ini sediakan troli 4 roda. sakit betul tangan pakai troli 2 roda.
buku yang aku beli..
rm 8.00
aku suka karya jrr tolkien sebab imaginasinya hebat. pernahkah seumur hidup uolls berimaginasi dan dapat lakarkan menjadi sebuah buku dan filem? imaginasi sebuah dunia lain beserta lakaran lukisan? aku suka. aku pernah pegang satu buku karya jrr tolkien 2 tahun lepas tapi tak beli sebab tak berduit. sampai sekarang tak jumpa dah dan aku sangat frust.
rm 8.00
rm 1.00 + rm 8.00 + rm 5.00
rm 5.00 + rm 6.00 + rm 10.00
rm 10.00
buku ni laris betul. walaupun aku boleh google je benda yang aku nak tahu tapi sangat best ada buku macam ni. aku suka. kalau buat assignment leh guna untuk rujukan .
rm 10.00
buku paling best!!! sebab aku suka doodle makhluk pelik2 buku ni memang boleh buat rujukan..hohohoho..
buku paling paling best!!!
buku yang harga beratus ni cuma harga rm15.00? kalau aku tak beli aku memang mengong.
menyesal tak beli buku national geographic..history..photography..animals world..buku pop up..(~ __~) kan best kalau dorang buat kat perak..