Friday, February 28, 2014

ini semua dunia



menghabiskan hujung minggu dengan fail.
malam nak terlena boleh pulak ternampak bayang kelas aku.
macam aku tiba2 teleport terbaring dalam kelas.
otak aku dah rosak gamaknye.
mungkin ini kesan aku bangun tido - sekolah - rumah -sekolah -rumah
macam mana kalau betul2? macam filem Jumper.
ok dah start mengarut.






Thursday, February 20, 2014

gila kerja



hai.
sebenarnya aku busy gila 2 minggu ni. tak la gila lagi tapi serabut la otak kerja banyak . kadang2 sebab terlampau banyak kerja , last2 satu habuk pun aku tak mau buat. buruk perangai. sekarang nak settlekan mesyuarat agung pibg.. sebab jemput perasmi luar so sekolah pun kenala bagi lawa sikit. lukisan mural dah luntur nampak buruk sangat. malu kat orang luar yang datang sekolah. hari tu luntur sikit je nak touch up pun macam awal sangat. pejam celik hoi sememeh betul.


kelas aku pun bertambah buruk dan berserabut. dulu awal2 dulu aku tumpukan perhatian kat kelas aku, pdp aku..semenjak tahun 2010 pegang jawatan su-su aku banyak tumpu pada kerja surat menyurat, fail dan segala kerja su..kadang2 aku rasa mcm pemulihan ni jatuh no.2.. mungkin tekanan kena buat surat dengan betul, kerja su yang details, program2 sekolah  menyebabkan otak aku lebih fokus bab-bab tu..aku pun dah tak kreatif mengajar budak2 aku. aku nak kena cekap kerja su sebab aku sangat cuai pada masa sama bahan abm pemulihan kena buat kalau boleh setiap minggu ada bahan baru...tapi sekarang setahun tak sampai 4 abm pun..


tapi kan..tapi kan..mujurla ada  grup koleksi cikgu anis..ada juga bahan aku boleh cedok terus print..aku tau orang senang fikir aku bujang pehal tak da masa nak buat bahan. ye aku pun fikir begitu. tapi rahsia la hidup aku buat ape..ntah2 busy daripada orang dah kawin ..muahahahaha..yeah whatever.


 update skit kelas warna terang. dulu tampal kad abc tapi dah tertanggal berhabuk bagai.


 download dari koleksi cikgu anis.. tenkiu for the creator/owner.. kad2 abc yang sangat cantik dan kemas. love it.


 next time buat border bunga bunga pulak...



mural seorang diri lewat petang di kelas2 tahun 4 dan 5..sekarang tiap petang ada kelas tambahan..kena tunggu budak2 balik baru start mural. tak suka betul dorang dok bertempek kat belakang interview bagai. langsung tak boleh buat kerja.


ok bye.nak sambung buat buku program, minit mesyuarat. bye bye byebyeeeeee







Sunday, February 9, 2014

dah tak de tajuk lain ke ha


my life is soooo boring...
so dull
so what

setiap hari runsing dengan pertambahan berat badan yang belum turun walaupun aku dah berusaha ermm..40%? mungkin ini lah akibat daripada gaya hidup aku tahun lepas..aku menyesal. tapi menyesal sekarang tak ada guna.perghh.

walaupun makin berisi..walaupun runsing setiap hari..tapi makan tetap lalu.
tak pernah pulak tension2 makan pun takde selera.

so i request to my sister buatkan kek red velvet. lama betul tak makan kek red velvet. pakai instant je pun.tak koser ah nak ikut resepi kek sebenar. ape hal kan, bising2 berat naik lepas tu makan kek.

 senang betul.




yeah..burp alhamdulillah.