Tuesday, July 29, 2014

raya dengan buku


assalamualaikum..hai

mesti korang menyampah kan bukak blog aku ingatkan ada post baru tapi hampeh tak berupdate..
ntahla.. aku tengok sekarang ni tulis silap sikit semua orang printscreen lepas tu post lepas tu heboh satu negara.. tak pun orang yang baca tu yang salah faham pastu canang kat semua penulis tu carik pasal.. isk isk..tak de mood aku nak update blog .. manala tau kan kdg2 buat blog ni macam tulis diari ..sambil menulis sambil emosi..kang tak pasal2 je niat sekadar nak menulis dah jadi benda tak baik. dan sebab tu jugakla aku tak berapa nak merapu dah mengarang. kalau dulu ye  jugak aku mengarang sambil mengarut tapi semenjak rakan sejawat terjumpa blog ni terus idea mengarut aku macam perut sembelit.. nak keluar tapi tak keluar... lebih kurang camtu ar...eeww

ape cerita raya korang. mesti meriah. raya pertama kat fesbuk berderet gambar posisi kamera sudut dashboard kereta. trademark famili aku macam biasa. simple macam orang tak sambut raya. kuih pun tak sebanyak tahun2 lalu sebab xsyokla kan kami makan sedap2 bapak aku yang baru lepas kena serangan strok tengok je kitaorang makan. oleh itu kami pun berpantang jugak ah. bagus. save duit banyak hahaha. rumah kitaorang pun tak berhias sangat sebab kami sepakat untuk mengekalkan tradisi simple itu. lol. baju raya aku pun ada 2 pasang tahun lepas belum dipakai jadi tahun ni aku buat keputusan simpan lagi ke tahun depan sebab tahun ni aku pakai jubah beli di madinah ari tu je. selalu la aku dok pikir korang  pakai baju lawa gila macam mana korang makan weh..aku kan banyak masa lapang sebab tu aku suka pikir benda tak faedah macam ni. korang makan lemang..bersambal..berminyak tak kena baju ke..agaknye aku sorang je kut cepat kotor baju. apepun selamat hari raya.

point post aku sebenarnya pasal big bad wolf yang buat kat ipoh baru2 ni. kalau buat kat kl pun aku sanggup meredah perjalanan 4 jam berkereta dan 3 jam berkomuter apatah lagi kat ipoh ni yg 2jam je perjalanan. serius weh aku suka buku.siblings aku pun suka buku mungkin sebab dari kecik bapak aku dah terapkan budaya membaca cewah.baca atau tidak belakang kira asalkan aku ada koleksi buku oversea yang kalau tak jual murah macam ni jangan harapla aku ada duit nak beli. sekarang ni tengok rak buku aku rasa happy je.. happy sebab aku dapat beli buku aku suka dengan harga murah.. asalkan murah aku happy.




 buku popup..tak jadi beli sebab banyak dah tak berbalut.banyak dah rosak. ada yg elok tajuk christmas lak. buat ape aku beli tajuk tu. ada yg lain tapi takde tanda harga. lain kali je lah aku beli.


 buku yang aku beli ..semua 13 buku harga dalam rm150 semua.. aku kumpul buku architecture..design..travel..drawing2..photography and history..







 best buku camni..dah la kulit keras..kualiti kertas yang ish ish terharu pastu ilustrasi cun













buku2 aku tolong beli untuk kak honey n kak as..





 nyaris tercabut tayar troli beb.



bye!

Sunday, July 27, 2014

salam aidilfitri
















 


selamat hari raye my dear readers..maaf zahir n batinnn

Thursday, July 10, 2014

rimas


serius
tahun ni aku frust gila
frust sangat2 weh
pegi kerja dengan perasaan sangat tak seronok
macam tahun2 lepas
kalau dulu busy macam mana pun aku sakit jiwa macam mana pun aku anggap tu proses pembelajaran kerja
tapi kali ni sakit jiwa dia perghhh
tak la aku busy mana pun
lagipun aku dah get ready mental aku kalau program banyak insha Allah boleh buat
tapi kali ni..sobbsss
letih aku weh moody macam ni
confirm muka aku nampak lagi cepat tua sebab hari hari masam muka
nak luah pun pikir banyak kali perasaan orang lain
ye la aku kan orang luar
kang luahan aku disalah anggap macam berlagak bagus tak prihatin
nak tulis direct kat sini pun tak boleh jugak
tapi dah lama ar aku pendam
dah hilang keseronokan aku buat bahan abm
hilang nikmat privacy
dulu asal cuti sekolah pun rasa nak lepak dalam kelas
balik lambat
rasa best je dok dalam kelas
sekarang rasa tak sabar nak balik
ingat kelas rasa nak flip table

yang ada sekarang RIMAS






Saturday, July 5, 2014

mari mengaji




 farel 3 tahun
belum petah bercakap
tapi boleh mengaji
orait la tu
sebakkk