Friday, November 28, 2014

suka suki sekolah 2014


assalamualaikum..

baru ada masa nak bersihkan sawang dan debu dalam blog berkarat ni. hujung persekolahan sangat dinanti nantikan oleh budak2 terutamanya cikgu. kadang2 aku rasa macam nak jerit 'horeeyyyy cuti sekolah!!!' kat depan budak2 aku. dulu aku malu tapi sekarang aku horey je depan dorang.

dah la tengah hot isu sekarang pasal cikgu. meh aku tambah minyak sikit kat isu ni. masa aku start kerja 2007 aku dapat concentrate dengan kerja aku sebagai cikgu. serius 2-3 tahun kebelakangan ni aku rasa macam kehilangan. hilang nikmat jadi cikgu. cikgu yang MENGAJAR. walaupun aku cuma cikgu pemulihan..jawatan yang orang luar even cikgu2 sendiri pandang sebelah mata ni pun rasa rindu dengan tugas sebenar..inikan pulak cikgu2 kelas perdana..kelas aku ibarat pejabat. tempat aku dikelilingi rak fail dan buletin board sebab aku pegang jawatan s/u..aku bimbang kelas pemulihan aku tidak berfungsi sebagai kelas sebaliknya menjadi pejabat. lol. aku masih dapat mengajar tapi tak macam dulu sebab aku rasa macam dah lebih menjadi kerani daripada mengajar. aku harap tahun depan aku boleh mengajar bersungguh2.
kalau aku cerita lebih2 pun bukan orang faham situasi sebenar so aku berenti sini je lah. apepun alhamdullillah kerana ini ujian untuk guru.

selamat menatap gambar.




























No comments: