Sunday, May 10, 2015

saja



kita digalakkan mengitar semula bahan terbuang.
aku kagum cara hidup orang jepun yang ada 3 tong sampah dalam rumah.
setiap tong ada label barang plastik, kaca, kertas.
aku ingat lagi masa tu tahun 90 an aku tengok drama jepun anchor woman.
si kacak hideaki takizawa baling botol masuk ke dalam tong sampah kitar semula di rumah mak tiri dia.
sejak dari hari tu aku tahu kepentingan kitar semula. gituww
aku kagum cara orang korea buang sampah walaupun dorang tinggal di rumah flat tak bermakna dorang boleh lempar sampah sesuka hati. buang sampah pun ikut peraturan dan masa. aku tau masa aku tengok berita jam 8 korea.
sejak dulu aku nak buang sampah ikut kempen kitar semula.
ye aku buat.
tapi aku frust gila bila tengok lori sampah angkat tong tong kitar semula campur semua sekali dalam lori.
kenapa perlu aku bersusah payah mengasing sampah tapi akhirnya semua sumbat dalam 1 lori.
ada ke staff yang rajin nak asing semula sampah2 terbuang tu? ke terus dibawa ke tempat pembuangan sampah? lepas tu bakar.
pelik. bumi tengah tenat.kempen kitar semula merata2 selamatkan bumi la ape la.
tapi kita sendiri yang jahanamkan bumi.

sebenarnya aku nak cerita tentang guru sempena hari guru.
tapi ada seorang cikgu hebat dah pun coretkan pendapat dia tentang kerjaya guru sekarang dalam fb.
pendapat aku sama 106% macam dia.charge gst skit. tahniah cikgu. penjelasan yang bagus. aku pun tertanya jugakla mana janji hadiah komputer riba untuk guru2 tahun lepas. aku tak kisah dapat ke tak tapi saja nak tengok janji kecil macam tu tak laksana belum tentu janji besar u all boleh tunaikan. tak gituww. haaa.
tapi tahun ni macam tiap2 tahun jugak beep beep beep untuk perayaan hari guru. kau punya beep  beep sendiri beep beep kau sendiri beep beep.yeay.* sorry -untuk keselamatan. selamat hari guru.