Saturday, June 13, 2015
i miss you too
hai assalamualaikum...
banyak sebab aku tak update blog. aku pun pembaca blog orang lain yang setia. bila blogger tu lama tak update aku beranggapan 'dia dh mati ke ape lama benar tak update blog' phuii.. aku pun rasa macam ada pembaca setia blog aku ni tanya benda yang sama. ok guys i'm still alive.
aku tak update sebab aku rasa menyampah. bukan menyampah kat blog aku ni tapi kat keyboard warrior yang warrior lah sangat. korang pun tau kalau ada satu isu yang viral kat intenet semua orang berlumba komen mengomen. kalau komen yang simple tak apa tapi dah la tak siasat cerita sebenar dituduh dimaki hamun difitnah pulak. lepas beberapa lama baru tau sebab sebenar isu tu... masa tu aku harapla orang yang komen negatif tu malu nak keluar rumah mengadap orang sebab tak kaji dulu tapi main hentam sound orang. boleh tak semua orang buat rileks skit.. kalau tak suka diam..kalau suka like je ah. tak payah komen maki hamun .. aku stress tau.setelah buat kajian tindakan terhadap keybord warriors ni aku rasa tak selamat nak menulis upload gambar bagai.
lepas tu plak tahap motivasi aku utk bina abm adalah tahap lapisan bawah bumi ke 18. segan gak la aku nak update pasal aktiviti harian aku yang ntah ape2 padahal u all mungkin tunggu bahan abm terbaru aku.. arghhhhh!! memalukan. we all kat sekolah ada isu berat dan ia effect pada keperluan bahan binaan abm aku chewah alasan baik punyer.. sebenarnya aku yang pemalas. eh bukan. aku busy.
lepas tu aku rasa karangan aku dah tak macam dulu. sekarang ni karangan aku skema. skema nak mampus. tau dak kenapa? dulu aku buat blog sebab aku boleh anggap macam diari and aku buat something mcm abm boleh kongsi sama2 u all lepas tu boleh merapu meraban macam tak ada sapa yang aku kenal baca blog aku ni. tapi sekarang ramai la plak kenalan aku baca so otak aku tiba2 terputus hubungan dari menghasilkan ayat2 bombastik fantastik maka hasilnya u all pun nampak aku banyak update gambar dari menulis kalau menulis pun skema je ayat perghh. kalau pergi meeting pemulihan pun deria 6th sense aku ni macam boleh detect je ada cikgu lain yang cakap dalam hati 'ooo dia ni la yang tulis blog tu..kui kui kui' .. ok aku faham kalau tak nak orang baca blog tak payah la buat blog. ye aku faham. that's not the problem. problem nye sel otak aku tak berhubung je. sekian.
selain dari tu aku busy. dulu aku boleh stayed up cari ilham update blog dengan gembira. tapi sekarang buka laptop je aku tidur. aku banyak tidur sekarang. ada kajian mengatakn kalau orang tu banyak tidur maknanya dia kesunyian. tapi aku memang suka sunyi dari bising. kepala aku serabut. aku letih kot so aku tidur dan berharap keesokannya kulit aku kekal muda remaja.
lagipun rumah baru aku belum ada sambungan internet. sedih. ntah bila aku nak pegi tmpoint suruh buat sambungan cepat sikit.
dah lama aku tinggal dunia doodle ni..jari dah kaku. nampak sedap tak lauk yang aku masak tu. tau dak ramuan yang penting sekali dalam masakan? jawapannye ialah masukkan secubit kasih sayang. *muntah hijau
oo ye tong gas rumah aku 12kg tu sejak dari 2012 sampai sekarang boleh pakai. sila kira berapa kali aku masak. hahahaha.
sedang mengumpul tajuk2 penulis tolkien..saper ada buku tolkien yang nak dibuang sila lah jual atau sedekah je kat saya please
kesukaan! tak cukup beli buku di big bad wolf beli pula buku terpakai di pasar pagi kamunting. best dapat buku lama2 harga rm2-rm5..ada juga buku lama zaman sebelum abah aku diorang jual tapi mahal sikit bawah rm50. aku nak beli tapi tak mampu. sila beri sumbangan.
ok bye. nak buat kerja sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)