Friday, January 1, 2016
happy new year
oh noooooo!!!! dah tahun baruuuuuuu!!!!!
aku suka catat apa yang aku dah buat or dapat tiap kali tahun baru..so.. tahun ni impian aku tercapai iaitu beli rumah !! horreyy!! dah duduk di rumah sendiri horreyyy!!
oleh sebab dulu aku asyik berpindah randah jadi bila dah duduk di rumah sendiri rasa kekok.rasa macam masih menyewa huhuuu aku tak hias rumah cantik cantik sebab aku rasa mungkin kena bungkus barang lagi.. banyak barang aku hanya biar dalam kotak tak berusik. Biasanya orang baru masuk rumah mesti nak hias nak cat nak renovate tapi aku buat bodo je..hmmm
untuk koleksi travel aku ke Bandung, Krabi dan Phuket.. ok la kan jalan dekat2 dulu.. orang lain dah travel ke hujung dunia dah aku baru negara Asean..
azam aku simple2 je macam tambah koleksi buku baju kasut sebab aku memang miskin baju dan kasut tak macam perempuan lain. aku miskin 2 benda tu sebab aku banyak habiskan duit kat makanan. lulzzz. aku sanggup habiskan beratus ringgit untuk makanan daripada baju dan kasut. aku pun bukan jenis keluar rumah bergaya entahlah aku suka pakai yang aku selesa je tshirt jeans selipar. aku tak tau tahun ni aku boleh ubah ke tak. buku? buku dah banyak tapi inshaAllah akan cuba tambahkan lagi. kali ni buku koleksi planet.
pencapaian dalam kerja kurang memuaskan sebab aku tak banyak terlibat.biasa tiap2 tahun aku bawa budak bola tampar kali ni aku minta dikecualikan sebab kesihatan bapa aku. aku jugak agak busy balik kampung uruskan hal keluarga. hmm orang lain mungkin nampak aku mcam enjoy je tapi letih nye tuhan saja yang tahu..aku rasa aku tua dalam kereta je
lagi? lagi ape? tak de ape dah. ada beberapa benda yang aku tak settle tahun lepas aku harap aku boleh buat tahun ni.
persediaan sekolah?
baju baru - tak de
kasut baru - tak de
fail / rpt / rph / kelas - checked
berat badan naik - double checked. cis
happy new year!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment