Saturday, February 27, 2016

nothing




full moon's view from my precious home at 8.30 pm.. time bulan cerah macam ni teringin pulak jalan kaki atau joging..tapi aku banyak kerja sekolah..


tak ada story best melainkan kerja..
 pengurus pasukan bola tampar daerah ke peringkat negeri. Done.
JK tender. coming up
mesyuarat agung pibg.coming up
dan benda lain yang menyerabutkan otak dan perasaan. coming up
what i worried the most is my acne will show up whenever i stress or anxiety. wait .i already anxious. help.






Sunday, February 14, 2016

Jalan-jalan Krabi & Phuket Part 2


assalamualaikum..
maafkan aku kerana tidak update. yela dah tua2 ni harapkan masa tidur je boleh rehat. dah tu pulak cuti lama bulan 12 jarang balik rumah.. tidur pun kena kacau. sebulan jugak la aku tak cukup tidur. stress lagi dengan kerja. aku stress sebab aku banyak tinggalkan kelas pemulihan. but.. whatever!!!


hari kedua gerak ke Phuket. bertolak dalam pukul 8 gitew sampai Phuket dalam pukul 12 tengah hari. perghhh.. berkematu bontot. perkara best ke Phuket ialah jalan raya ok. tak sesak. tempat-tempat menarik untuk pelancong pun kat tepi-tepi jalan utama sahaja. contoh macam dairy farm...muzium.. bla bla bla (aku dah tak ingat nama) semua di tepi jalan sahaja. tak de la kena masuk dalam kampung-kampung jalan berbelitbelit.

singgah jap makan minum berak kat rnr ..ada kedai makan muslim, kedai souvenir and runcit.



kompleks bebas cukai Phuket


farel nak pergi zoo.











zoo not bad but zoo taiping even better. ada 3 famili je kat sini. famili kitaorang paling bising.



masuk mulut buaya tadi ada pameran akuarium.
















 pergi ke rumah terbalik..lupa la tiket masuk berapa.. ada tempat main maze..rumah hantu..





yeahhh that all we done in phuket. perjalanan ke phuket dah setengah hari..nak kembali pulak ke krabi setengah hari..si chempaka pun dah tak tahan panas..naik ruam di muka.

ronda2 di Pantai Aonang




lepas makan malam di restoran seafood (adala 200m dari hotel) ada pulak pasar malam di tepi jalan sebelah je dengan restoran tadi..





mengantuk..penat.. tapi malam masih muda dan aku belum dapat berjalan2 kat pantai lagi..laut pun nampak sayup2 je.. bye2 la mimpi indah nak island hopping bagai... so sebelum esok nak balik msia aku pun jalan sorang2 ke pantai aonang sebab situ banyak kedai dan ramai orang macam happening je..kak aku nak jalan tak larat dah la anak dia nak tidur.



bateri kamera semua nak abis..jalan macam lipas kudung.. iyela tempat orang kan..jalan sorang pulak tu..malam pulak tu..tapi tak pe nampak la jugak pantai dalam gelap..hahahahhahahahh (gelak frust)
balik ke hotel singgah beli buah la..mineral water la.. sabun handmade.. sebelah hotel ada pulak massage service ..nak je aku tadah kaki untuk diurut tapi dah lewat hampir jam 12 aku pun dah mengantuk giler. so naik hotel terus tidur.

view depan hotel




balik dah...ronda pekan krabi jap sambil breakfast di kedai femes roti Bangnara...







kami balik ikut wang klian..sebab rasanya lebih dekat ke msia daripada bukit kayu hitam. tapi perghhh lenguh buntut. singgah jap di taman negara ke apa ntah sebelum imigresen wang klian..







yeahhh that's allll....

part 1 jalan-jalan krabi & Phuket