Sunday, June 19, 2016

things will get better



assalamualaikum... hai!

maaf lama tak update blog. asal aku update je minta maaf..asal update je minta maaf.  kemain berangan nak update selang 3 hari sekarang ha amik blog sendiri pun tak bukak.

saja aku tak update sebab aku dalam keadaan stress. cutecarry pesan jangan tulis ape2 dalam media sosial masa ngko tgh marah. sama macam ko shopping bila boring atau pms.

aku tak update sebab busy study. tetiba nama aku naik jadi JU pemulihan khas. apeni. kalau 5 tahun dulu macam best jugak dapat title JU. tapi tak pela.try sekali.kalau tolak awal2 macam tak berintegrti plak aku ni. dia punya stress nak presentation tu masyaAllah..memang tak lena tidur ah.. padahal tak de mende pun. cuma pada aku presentation ni perkara besarla bagi seorang introvert. berkat pelajaran dari kursus Membina Imej dari En. Hafiz aku latih diri aku fikir positif. bangun pagi cakap kat diri sendiri bersungguh-sungguh ' aku suka presentation! aku suka sangat semua orang tengok aku! ' soobbbbsss.. tapi yang penting study dan praktis. aku study jawab atas kertas boleh la..study nak cerita bagi orang faham tu memang luar bidang aku. cabaran sungguh tahun ni. tapi cukupla sekali ni aku jadi JU. aku memang minta tarik diri. Dengan keadaan bapa aku tak sihat aku berulang alik dari Kroh ke Selama. emergency hari tu bapa aku masuk wad. mujur jiran tolong. aku pun berulang alik tengok mak bapa aku. abis sekolah balik selama. jam 4.30 pagi bertolak balik Kroh sampai dalam jam 6 pagi..kalau gerak lambat subuh lambat lak aku..tak pun kalut nak masuk sekolah.. bila balik jenguk bukan boleh duduk berehat tau.. barang2 rumah kena prepared..so aku memang letih tahap nak tidur 2 minggu. Emosi terganggu sebab letih. weh aku pompuan kot. kawan lelaki aku yang berulang mingguan ke perlis pun mengadu letih. aku tetiap hari kot. aku pulak tak berapa sihat..adala sikit penyakit dalaman yang syarat kalau tak nak jadi serius sampai kena operate, aku kena jaga emosi dan pemakanan. damn. pada masa ni la jerawat aku naik banyak kat keliling mulut dagu..dah la stress naik plak jerawat tak surut2 mau nye tak bertambah stress.. aku ni jenis perhati sangat benda2 kecik so perkara kecik2 pun dah buatkan aku pendam rasa tak boleh nak luah. aku jadi perengus / panas baran. aku harap sangat orang faham keadaan aku tapi kalau orang faham pun bukan boleh buat apa.

ok hari presentation dah berlalu. lantak ah malas aku nak pikir lagi.

sekolah aku sekarang dah kehilangan seorang lagi guru berdedikasi. ckgu asniza dah dapat balik kelantan sebab suami dapat tukar kelantan 2 tahun dah.tinggal dia dan anak2 kat sini. bila dapat pindah memang gembira tapi sedih la sekolah aku sekarang tinggal 9 orang cikgu dengan 60 orang murid. hoii 9 orang je hooiii..jaga budak 60 orang hoiii. kalau 40-50 orng murid tak apa lagi. itupun termasuk GB. belum lagi nak cerita tugas2 jawatan yang perlu diambil alih..jawatan banyak dan berat ok aku dah tak berapa nak peduli lah rasanya. pegangla 20 senarai tugas jawatan..buatla sekadar yang mampu.. bukannya aku tak baca berita terpencil ramai dah guru yang mati mengejut.kalau dulu dengar cerita guru ramai masuk hospital sakit jiwa..sekarang ni tak sempat ke hospital pun. ini baru sekolah luar bandar..kalau bandar lagi lah ..aku respek ah kat cikgu2 bandar yang stress kos hidup,kerja,sesak...hmmm

sejak akhir2 ni pun kewangan sangat teruk..bukan saja tak lepas nak bayar hutang ptptn..nak ke Pahang pun pikir 15 kali inikan pulak ke oversea. harga barang makin naik..aku yang bujang ni pun terasa apatah lagi orang bergaji bawah seribu.tapi nasihat aku yang aku ambil dari nasihat orang lain iaitu jangan lupa bersedekah ye kawan2. hehe. sebelum tidur dan bangun tidur bersyukur banyak2..apa yang tak cukup pada aku ni mungkin dosa2 aku.. mungkin jugak aku yang kurang berdoa. hmmm

tiada gambar menarik untuk aku kongsikan sekarang..maklumla henpon biasa2 ja..nak ambil gambar pun mesti korang tak tau tu gambar apa..hahahah

ok bye. nak buat kerja sekolah.