rindunya nak update blog wehhh...setebal rinduku mengajar pemulihan...chiachiachia
akhirnya aku melepasi fasa hantuk kepala ke dinding. bulan pertama sekolah, studi mengajar kelas perdana..menulis rph..bulan kedua studi borang transit..bulan ke3 studi pengurusan upsr dan saps..
aku bukan jenis suka study..kalau aku suka dah lama aku sambung master. maka segala jenis study ni menyebabkan aku down sikit ah. hahaha .... muka aku pun terlampau teruk. bila tak cukup tidur makan tunggang langgang berat pun naik mencanak. mana taknya nak kawal kelas aku yang riuh rendah tu dengan kerja bertimbun timbun muka ketat gila ah..masa aku pergi seminar di ipoh adala 3-4 orang dok tanya aku anak dah berapa dah? masa tu aku panik gila babi abis ah rupa aku dah macam orang kawin wehhhhh..mak orang pun lawa2 aku yg single ni boleh plak nmpak macam anak berderet. terus aku pergi buat facial treatment.
lepas tu pulak punya la serabut dan busy sampai rumah pun aku tak kemas langsung. cuma sekadar vacumm menyapu je la..tak de dah susun atur cantik2 macam rumah bujang lain.. sedih tengok rumah aku dah macam pejabat sekolah.
bulan ni baru boleh nak bernafas tengok langit tengok pokok2 aku yang dah mati . aku punya style kalau rehat, rehat yang tak buat apa2 langsung. just tidur makan tengok tv. itula rehat aku. setengah orang kalau ada masa rehat waktu tu la nak berjoging naik basikal jumpa kawan segala. kesian basikal aku. baru beli bulan jan jadi bahan pameran je dalam rumah.
baru ni bekas anak murid sekolah aku kawin...murid ni pulak famous ah kecantikan dia. dah la cantik, lemah lembut, pandai belajar, pandai bawak diri, sopan...isk isk..susah la nak jumpa pompuan muda macam ni sekarang.aku pernah upload gambar aku dan dia dulu2..aishhh dah kawin dah anak murid..selama ni aku tengok cikgu2 senior aku jumpa bekas anak murid dah bercucu ni turn aku plak la nampaknye..
http://blogcikgunurul.blogspot.my/2012/04/oh-pesta-songkran.html
cantik kan?
dan baru ni jugak aku jadi pegawai sukan daerah...jumpa pulak bekas anak murid pemulihan aku dulu...sobbss dia la sorang kut bekas kelas pemulihan yang masih bersekolah...yang lain kebanyakannya lepas form 3 dah berenti sekolah atau kahwin..yang pandai ke yang kurang ke lebih kurang macam tu la..yang murid sederhana dan pandai masih ramai sambung belajar. tengok bekas murid aku rasa sejuk ja hati..tak sangka dia jadi abam bomba sekolah.tengok dia bertugas rasa alahai cikgu kagum dengan hang posayanond.
si abam bomba berbaju biru itu.
posayanond 2012
so yeah..
sekarang kena pulun budak2 tahun 1 aku yang bacaan tulisan ke laut merah ni...setiap isnin selasa kelas tambahan. aku pun praktis kesabaran menjawab soalan yang sama 17 kali sebab murid aku 17 orang. dah cakap dah 'salin semua ini' dan murid yang depan aku tak sampai 1 meter ni la yang tanya 'cikgu, kena salin ke?' serta buka mata seluas luasnya utk pastikan murid aku tak berangan. sebab tu bila aku ada masa rehat aku tak buat apa2 just kosongkan fikiran aku lepas tu tidur.. tenaga aku dah abis banyak melaung dalam kelas.
murid tahun 2 dengan projek pnddkn.moral
murid kelas tambahan tahun 1
terima kasih la kat hangpa yang follow dan yang tak follow tapi still rajin bukak blog aku nak baca kisah hidup gadis pingitan yang membosankan ni..lol gadis la sangat..tak abis2 mengeluh ja dalam blog..aku memang nak update selalu tapi apakan daya aku busy uhukk aku kalau boleh tak nak cerita benda negatif dalam ni tapi cerita benda positif macam menunjuk..yang negatif macam lega sikit kepala aku dapat luah perasaan..ha giteww ....
kalau korang nak tau masa aku tengah bergelut tekanan dengan kerja sekolah ni aku macam 'eh,kerja banyak macam ni celah mana la aku nak mengaji quran? setakat solat 5 waktu ja..lepas tu bukak laptop buku fail segala studi dan pergi kerja. dan beban kerja aku makin berat tak pernah kurang. otak aku makin serabut makin susah hati. lepas tu aku tekad lepas maghrib aku ambik gak masa baca quran.. lepas 2-3 malam baca aku rasa lain..rasa rileks sikit walaupun kerja banyak..aku dah tak susah hati dah..rasa lapang ja..Alhamdulillah Allah gerakkan aku supaya dahulukan Dia.. kerja ni dunia ja...aku terlampau kejar sebab aku nak kerja aku perfect..aku bandingkan kerja aku dengan orang lain..aku susah hati dengan lambakan kerja yang belum siap..tapi sekarang aku dah belajar terima hakikat 'lantak ah'... hahahahah oleh itu apa2 pun Allah dahulu, dunia kemudian ye adik2...

view from gunung inas.
k bye..selamat bercuti. tak dak duit nak p obersea wehhh