Monday, October 10, 2022

hello

 

assalamualaikum and hi! i'm back 

sejak mula sekolah ni kan..yeah busy..






ini bukan bercuti ye..ini mengasuh nama nya. mak pak depa ni pergi jalan jalan ride motor. aku jugak tak pergi tengok dunia sampai ke sudah.




kerja makin bertimbun sekarang. dah hampir kembali ke tahun2 aku down teruk dulu. harap tak perlu la daftar la ke hospital sakit jiwa huhuhu..

dan bila penat sangat, kerja tak siap2 jugak sebab  kerja makin bertambah tak berkurang walaupun kau dah settle banyak.. maka tidur malam pun terganggu lah..macam dulu.. tidur tetap tidur tapi tidur yang tak lena. asyik mimpi dan otak kau non stop fikir walaupun dalam mimpi.. bila bangun pagi nak pergi kerja perghh dah tak rupa manusia dah. 

Nampak iklan dalam insta pasal melatonin tu. maka aku pun try la. Alhamdulillah walaupun tidur lewat aku dah boleh tidur tanpa mimpi. otak aku shut down betul. Bangun pagi pun ok tak lajak la kan sampai tak sedar bunyi alam ke apa. Aku tak makan supplement lain kalau ambil melatonin.. sebab aku tak tau side effect apa. So aku makan bila perlu saja. Aku suka brand Nature's Bounty ni sebab produk nya vegetarian..banyak vitamin brand lain ada bovine xsure toyyiban ke tak.




aku punya la teringin lama dah nak mandi sungai. tapi segan la pulak time cuti sekarang ni semua orang bercuti cari sungai. Dah tu pulak aku ni jenis gerak solo, dah pelik pulak aku mandi sungai sorang2. time ni aku singgah kejap lawin dan dengar bunyi sungai. semata-mata nak dengar bunyi sungai hahaha






baru ni aku daftar bengkel seni anjuran faber castell. sebab nak dapat set melukis dari Faber Castell..best nya bila dapat hadiah mcam ni dalam kerja. Jarang dah cikgu2 nak dapat hadiah/cenderahati macam dulu.. tapi boleh faham la kan dengan ekonomi sekarang.

so yeah that s all for now. aku perlukan cuti. percutian tanpa perlu fikir kerja akan datang, kerja tak siap, kerja kena hantar segera and so on. ni sekolah level kampung pun dah kena ambil ubat, apatah lagi cikgu sekolah bandar.  harap kita semua bertabah.

bye.










Sunday, June 12, 2022

hai

 

Assalamualaikum and hi!


Dah start busy tak sempat tengok dunia. Kerja tak habis di sekolah sambung pulak di rumah. Itupun masih tak habis nak sambung pulak esok. Tak sempat sambung buat esok dah tambah 5 kerja lagi hoh ho hoh.

Boleh detect la tahap busy aku bila tengok berapa kali aku update blog dalam sebulan. Ni pun tengah rest kejap sebelum sambung buat cids.

jumpa ni kat kedai kek.. ok boleh la alasan makan kek selalu sebab nak cucuk benda alah ni.



yeay dapat hadiah besday




piknik kat taman tasik taiping. Lamanya tak mandi sungai.




ok jugak zus ni.tapi kat kulim tak de lagi.


hari besday aku celebrate kat starbuck. konon acah lepak minum sambil doodle lah. sekali kau sesak nya amat starbuck amanjaya orang tak habis balik lagi lepas raya. Punya la hingaq tak feel langsung.


kek manih berdengung. sajala nak try kek kat coffee bean sebab nampak eksklusif.

hari guru n besday gifts

asal cuti sekolah je cikgu kena bertugas. loll. tapi aku buat kelas lah. kesian murid fasa pkp ni ketinggalan jauh sangat. tapi yang ketinggalan tu la yang tak mai tuisyen.

ok bye entah bila boleh update lagi


Tuesday, March 15, 2022

Hello

 

Assalamualaikum and hi again

Wow lama aku tak update.

Sorry aku busy. Bila ada masa lapang , aku tidur. Rasa rugi pulak tak tidur.

Aku pun tak ada benda menarik  nak update. Sebab tak pergi mana. Sedih kan? Time macam ni la nak enjoy tengok dunia tapi bila uruskan kewangan sendiri dan hal lain-lain ni erhhhh..

tapi bab makan aku tak kisah!! hahahahah



dulu ada je coffee bean kat aeon taiping. Tak sempat lepak situ dorang tutup plak. Sekarang dah ada kat kulim tapi bagi aku tak berapa selesa sebab sempit huhu. Dah la aku suka lepak sorang2, dah meja rapat2 macam tak da privacy.


ketagih pulak benda alah ni. Naik harga dah =(
Nasib baik la kedai ni jauh.


Cuti sekolah penggal 3 ni aku buat tuisyen kat murid yang lemah 2M.
Susah hati weh budak aku nak masuk tahun 2 tak ingat abc lagi ni..
Sepatutnya dorang ni dalam kelas pemulihan..
Tapi dah sekolah SKM kena tutup pemulihan, naya la budak2 ni sekali dengan cikgu dia.
Dah la BM ni bahasa kedua dorang.. 
Aku memang buat pemulihan dalam kelas tapi tak berkesan weh.
Dorang ni kena ada dalam kelompok dorang sendiri, cara belajar pemulihan..
Bila dah duduk sekali dengan budak biasa memang tak boleh belajar.
Dan akhirnya murid lemah 2M makin ramai... sobs





lepak makan dengan budak kenit ni. Gigih pau mainan.



Ok bye. Kerja banyak lagi. 

Selamat kembali bertugas. lol

bye






Saturday, January 1, 2022

Jalan jalan

 Assalamualaikum..hi!

Tahun baru dah you all..kerja sekolah aku tahun lepas pun tak siap lagi ... huhuhu

aku target nak pergi tempat ni sejak awal tahun? ari tu ..ntah tak ingat..saja la nak pergi bergambar kat situ kan..bukan beli apa pun memandangkan aku kaya hutang ja haaahahah.pastu baca review dorang kata pop up store ni ada sampai hujung tahun ni je.. so aku tak berharap dan plan sangat la kan nanti kecewa huhu

kadang-kadang bila aku target nak sesuatu lebih baik aku senyap dan simpan dalam kepala otak aku je sebab bila aku khabar kat orang, selalunya plan aku tak jadi hahaha. korang pun macam tu jugak ke.

aku kena la cerita kat famili aku sebab nak jalan jauh kan... kebetulan hari aku nak bertolak tu banjir besar kat kl  dan shah alam.. Aku macam..hmmm nak redah jugak ke..macam tak jadi je..

Tapi kan..aku redah jugak! Maafkan aku kalau post aku ni tak sensitif pasal banjir..aku cuma nak cerita aku pergi tempat tu je.


hujan lebat sepanjang jalan ke Tanjung Malim..lepak rumah adik aku satu malam. Esok gerak pulak naik ktm, mrt ke Damansara.

Aku punya la lama gila tak naik bas weh..last tahun 2014 kut. Itupun bas rombongan. Sampai aku kena google cara bayar naik rapid bas ni..serius lah. Terima kasih kepada encik yang buat tutorial kat youtube cara naik bas rapid. Dapat pahala bagi ilmu. Punya la aku bersedia nak touch n go, rupanya free je hihi.


Aku ni dok Malaysia , tanah semenanjung kut, tapi tak merasa naik MRT bagai. Kelakar pulak aku rasa. Dah tu pergi mana2 naik kereta je kan. Bangunan tinggi pun tak nampak bayang dok setiap minggu tengok hutan getah kelapa sawit. Ko rase?  Orang bandar teringin tengok hutan, orang kampung teringin tengok bandar.. tak gitu huhu. Nampak sangat la kemunduran di luar bandar.


dah sampai. hihihi.. kena ada cuti panjang macam ni baru boleh datang. setakat cuti sekolah berapa hari jangan harap la aku nak redah jem.





















harga semuanya mampu tengok tak mampu beli.


suga tak dakk!!


stay 1 malam kat hotel ni..not bad ..dapat harga murah dari Agoda. Bilik besar rm89.



keliling hotel macam2 ada.maybank pun sebelah ja..


staf receptionist bertugas sampai jam 5 petang je. dapat kad pintu depan kot2 kau nak shopping larut malam. maafla aku orang kampung baru masuk bandar. benda macam ni pun teruja sebab tak pernah buat. hahahahha.





sedap la pulak

biasa je





lepak tropicana garden mall apa ntah nama

Aku tak plan langsung tahun ni nak beli buku big bad wolf. Lupa sungguh sebab target aku nak pergi bts pop up store je. Rupanya big bad wolf ada jualan buku kat sini.. hoho. harga pun murah la pulak rm3,5,dengan 8 ja. Adakah wolf baca rungutan aku bab harga mahal?  Masa ronda dalam mall ni dah lewat jam 9.30 macam tu. BBW pulak tutup jam 10 maka tak pe la wolf. Tahun 2022 pulak aku pergi. Harga buku jangan macam jual emas pulak.


kau berharga minyak kereta aku selama 2 minggu lebih (rumah-sekolah)


tapi bab makan aku tak kisahhh.. aku nak tukar menu la pulak. starbuck dah tak best

ok nak sambung buat kerja sekolah.
jangan kejar dunia sangat, kejar akhirat ok (aku cakap kat diri sendiri)

bye!