Assalamualaikum..hi!
Tahun baru dah you all..kerja sekolah aku tahun lepas pun tak siap lagi ... huhuhu
aku target nak pergi tempat ni sejak awal tahun? ari tu ..ntah tak ingat..saja la nak pergi bergambar kat situ kan..bukan beli apa pun memandangkan aku kaya hutang ja haaahahah.pastu baca review dorang kata pop up store ni ada sampai hujung tahun ni je.. so aku tak berharap dan plan sangat la kan nanti kecewa huhu
kadang-kadang bila aku target nak sesuatu lebih baik aku senyap dan simpan dalam kepala otak aku je sebab bila aku khabar kat orang, selalunya plan aku tak jadi hahaha. korang pun macam tu jugak ke.
aku kena la cerita kat famili aku sebab nak jalan jauh kan... kebetulan hari aku nak bertolak tu banjir besar kat kl dan shah alam.. Aku macam..hmmm nak redah jugak ke..macam tak jadi je..
Tapi kan..aku redah jugak! Maafkan aku kalau post aku ni tak sensitif pasal banjir..aku cuma nak cerita aku pergi tempat tu je.
hujan lebat sepanjang jalan ke Tanjung Malim..lepak rumah adik aku satu malam. Esok gerak pulak naik ktm, mrt ke Damansara.
Aku punya la lama gila tak naik bas weh..last tahun 2014 kut. Itupun bas rombongan. Sampai aku kena google cara bayar naik rapid bas ni..serius lah. Terima kasih kepada encik yang buat tutorial kat youtube cara naik bas rapid. Dapat pahala bagi ilmu. Punya la aku bersedia nak touch n go, rupanya free je hihi.
Aku ni dok Malaysia , tanah semenanjung kut, tapi tak merasa naik MRT bagai. Kelakar pulak aku rasa. Dah tu pergi mana2 naik kereta je kan. Bangunan tinggi pun tak nampak bayang dok setiap minggu tengok hutan getah kelapa sawit. Ko rase? Orang bandar teringin tengok hutan, orang kampung teringin tengok bandar.. tak gitu huhu. Nampak sangat la kemunduran di luar bandar.
dah sampai. hihihi.. kena ada cuti panjang macam ni baru boleh datang. setakat cuti sekolah berapa hari jangan harap la aku nak redah jem.
harga semuanya mampu tengok tak mampu beli.
suga tak dakk!!
stay 1 malam kat hotel ni..not bad ..dapat harga murah dari Agoda. Bilik besar rm89.
keliling hotel macam2 ada.maybank pun sebelah ja..
staf receptionist bertugas sampai jam 5 petang je. dapat kad pintu depan kot2 kau nak shopping larut malam. maafla aku orang kampung baru masuk bandar. benda macam ni pun teruja sebab tak pernah buat. hahahahha.
sedap la pulak
lepak tropicana garden mall apa ntah nama
Aku tak plan langsung tahun ni nak beli buku big bad wolf. Lupa sungguh sebab target aku nak pergi bts pop up store je. Rupanya big bad wolf ada jualan buku kat sini.. hoho. harga pun murah la pulak rm3,5,dengan 8 ja. Adakah wolf baca rungutan aku bab harga mahal? Masa ronda dalam mall ni dah lewat jam 9.30 macam tu. BBW pulak tutup jam 10 maka tak pe la wolf. Tahun 2022 pulak aku pergi. Harga buku jangan macam jual emas pulak.
kau berharga minyak kereta aku selama 2 minggu lebih (rumah-sekolah)
tapi bab makan aku tak kisahhh.. aku nak tukar menu la pulak. starbuck dah tak best
ok nak sambung buat kerja sekolah.
jangan kejar dunia sangat, kejar akhirat ok (aku cakap kat diri sendiri)
bye!