Assalamualaikum and hai again
baiklah sementara ada mood nak update, baik cepat buat.
Sambung sikit view rooftop bilik kitaorang. memang blur sekejap la kami sebab baru tadi kat sekolah mengajar, petang ada kat Hatyai Thailand pastu dapat pulak bilik best macam ni huhuhu Alhamdulillah.
meriah betul area sini. selepas beberapa blok bangunan ada lagi macam karnival tapi religion punya sebab banyak lambang salib kat situ.
Dah puas pusing-pusing sukat jalan, kami naik tuk tuk ke Asean Night Bazaar. Charge seorang 100 baht. Perjalanan ada la dalam 5-8 minit. Bising jugak bunyi enjin tuk tuk ni. Tapi tak pe lah janji sampai.
Banyak jual makanan kat tingkat atas. Tapi kan bila dah ramai2 kat tempat makan ni rasa macam tak lalu nak makan. huhuhu.. Sebab penat pun satu hal jugak. Bestnya situ semua muka orang Malaysia kelaparan.
Pusing semua stall tak banyak yang berkenan. Kalau nak beli pun berbaris panjang la pulak.
Tingkat bawah jual barang cenderahati, beg baju kasut segala. Harga standard Malaysia je.
Kat sini aku beli air buah, nasi ayam dan jus delima. Tapi weh korang tak payah la beli air buah botol tu. Manis berdengung weh. Air buah blended ni pun aku mintak tak bergula.
Lepak sejam lebih kat sini sambil jalan-jalan kat tingkat bawah. Lepas tu naik tuk tuk balik hotel.
waktu malam lagi heaven lepak kat rooftop ni weeeeeee
Pasar malam kat bawah pun dah banyak tutup sebab dah hampir pukul 11 malam.
Baiklah.. Bersambung lagi ...