Thursday, November 28, 2024

Trip to Betong - Yala - Pattani Part 2

 Assalamualaikum.. hai semua


Lama betul aku menghilang. Maaf aku hilang semangat . Sekarang alhamdulillah semangat aku dah kembali. Semangat dah kembali tetapi sikap malas-malasan tu kekal =)..hoho  Banyak peristiwa terjadi sepanjang kehilangan semangat aku. Nampak macam best pergi trip tapi tu sebenarnya nak sembuhkan luka kat mental aku je.

Baiklah sambung la ye trip ke Pattani.


 
aku suka ambil gambar pemandangan macam ni

melepasi pekan Bannangsata dan lain-lain aku dah lupa hahahah..


yeah...welcome to pattani.. kebas buntut jugak nak sampai sini. Perjalanan kilometer sebenarnya tak jauh sangat. 100km ++ je tapi sebab lepak rnr jadi perjalanan sejam/2 jam jadi la 3-4 jam huhuh

masa masuk bandar pattani ni sesak weh ngan kereta moto semua laju laju.. dah macam masuk Pekan Ipoh. Aku rasa ni bulan cuti sekolah kot ramai benar manusia weh.

Sebelum cari hotel, kami isi perut dulu. Walaupun tau dah pattani ni ramai muslim risau jugak p masuk kedai makan non muslim. kedai makan ni tokey nya cakap melayu so yeah alhamdulillah.. 

sedap. banyak. murah


kami pergi 1 hotel nama apa ntah tapi full. Pastu p CS Pattani Hotel. Not bad. 1 malam 1200bhat... ok sangat sebab besar. ada tab mandi (ini penting). ada brekfast. cuma design lama lah. 



bestnya tidur sorang bilik besar hahahha



angin kat luar kuat gila weh. bergegar gegar cermin tingkap.





jalan-jalan tepi sungai . greenway pattani kot nama tempat ni. hunyai renyai angin kuat time ni. air sungai pun tinggi dah.






dah ronda, balik hotel. Malam keluar lagi cari makan walaupun penumpang yang aku bawak ni jenis tak makan.
 tapi susah gila cari kedai sebab kereta motor banyak, tak ada parking, tak tau tempat makan, sesak, hujan renyai + lebat. Last2 lalu belakang lorong ni jumpa kedai makan. terjah je la. Tapi tak ada makan berat cuma roti je



 sejuk2 minum pulak teh o ais


nampak buruk plak kedai ni. tapi sebenarnya ok je. it just a part of the journey.

time tengah hujan lebat angin kuat ni rilek pulak aku tengok warga pattani ni drive motor laju tak pakai helmet tak berbaju hujan. Santai betul.


Baiklah nanti aku sambung lagi. Bye







Wednesday, February 14, 2024

Trip To Betong - Yala - Pattani part 1

 Assalamualaikum.. hi lama tak ketemu

Banyak benda nak update dalam blog sawang ni tapi kan macam leceh la sikit .. tak macam insta boleh upload n taip panjang terus.. guna blog ni nak kena transfer gambar dulu la... nak edit gambar dulu la.. nak menaip pun kena guna laptop.  Ke blogging sekarang dah canggih tapi aku sorang je tak tau =)  maklumla kan dah umur macam ni tak ikut sangat teknolgi.. tak terkejar dah.. duit pun tak terkejar lolll

nak update blog kena ada mood.  Kerja sekolah berlambak pun tak larat nak buat, tetiba rajin plak update blog. Tak ke haru gituh. Minta maaf  juga pada pembaca yang menulis komen. Dulu aku rajin jugak buka blog check traffic dan komen, lepas tu aku dah slow lama tak check. InsyaAllah akan ku reply.


So cuti sekolah bulan 12 aku plan ke Pattani dari Betong. Mantap sekarang ramai Malaysian guna jalan masuk Betong perghh dulu tak famous pun jalan sini.. lepas viral skywalk aerweng berpusu semua mai huhu. Aku pergi dengan member kampung yang rajin travel tapi tak suka travel yang leceh2 macam long drive, singgah menyinggah so on.. aku plak jenis nak tengok semua n suka long drive. Maka bertabahlah.

Gerak hari Sabtu pagi. 8.40 pagi stuck dalam jem kat border malaysia bukit berapit..perghh. Setengah jam beratur walaupun depan aku ada la dalam 18 kereta ja kut, tapi lama la kan nak cop semua penumpang. Lepas tu jem pulak dekat imigresen Betong. Belum lagi beratur panjang dengan penumpang berbas-bas. Sejam jugak la nak siap cop. Lepas tu setelkan borang untuk pemandu kereta terus gerak ke 7e. Nasib dah tukar duit awal2.

tunggu member top up makanan . masa ni tengah musim hujan. tawakkal la nak lalu jalan Betong -Yala nanti sebab kawasan tu berbukit. 

Tak de gambar jalan berliku tu sebab terlampau concentrate drive. Jalan sangat cantik, rata. Pemandangan perghhh kawasan hutan berbukit hijau, kampung n pekan kecil. Senang nak jejak arah ke Yala just tengok sign board no 410 je sbb tu nombor laluan Betong Yala. Nak nagis aku drive sepanjang jalan ke Pattani sebab jalan sangat RATA. Jalan kat Msia dah macam naik bot melantun lantun. Maaf tapi ni realiti. 

Kenapa jalan ni cantik tak rosak? Sebab tak ada lori lebih muatan. Ada la nampak lori kontena lalu tapi tak banyak pun.






Agak suram ye sebab hujan.

Sebelum sampai pekan yala, singgah kejap Bang Lam Dam. sepanjang laluan berliku tadi lalu sebelah tasik empangan ni .. memang cantik. Boleh berhenti kat tengah jambatan ni untuk ambil gambar. Ada tempat khas juga macam rnr untuk bergambar  sebelum dan selepas jambatan ni. Aku patut bawak dslr sobbss



ni rest area and view point. Best thing bila travel ialah kau boleh nampak kelebihan dan kekurangan facilities tempat orang n tempat kita. Rest area ni tak ada orang sangat pun tapi bersih dan tempat ni memang cantik untuk orang nak ambil gambar. Mungkin la masa aku sampai tu tak ada orang sebab musim hujan kan.. tapi bangunan pondok2 situ nampak terjaga dan tak rosak. Dalam hujan tu pun pekerja dok sapu2 daun tepi jalan. 









Dan meneruskan perjalanan ...

Macam biasa kawan aku yang topup makanan dari Betong ni nak ke tandas pulek. tapi weh dalam perjalanan tengah hutan ni ada rnr cantik gila. Macam tak masuk akal pulak dorang boleh buat cafe kat situ, siap ada musolla , parking.. lebih kurang 50-55 km dari Betong.



aku ingatkan ni laluan masuk resort.


 lawa nak mampuih



 tandas pun lawa nak mampuih



bersih A+, cermin besar A++


 tea macchiato 90 baht (kot, lupa dah) - sedapppp, hokkaido toast bread 129 baht, latte


 korang rasa berapa kos nak buat cafe celah2 cerun bukit ni..
siap pakej anak sungai.. 


aku faham ain' itu ada maka sangat perlu edit gambar.

memang boleh repeat lagi tempat ni. ok nanti sambung lagi part 2.