Sunday, February 5, 2012

Oh Volleyball

i'm back!!!

Balik awal sebab kalah.hahahaha.
Berkumpul di Gerik katanya 2 petang. Jam 2.05 dah terpacak di situ. Tapi awal awal lagi dah tau mesti gerak lewat sejam. Jangkaan ku tepat. Tepat jam 3 bertolak dan sampai di SMKAB jam 5.30 ptg. Not bad.

Sepanjang pjalanan cuaca panas terik dan bising. Budak2 Tasek ni stail dorang cakap macam menjerit. Walaupun kawan tu dok sebelah dia je. Cuping telinga mesti tebal untuk survive dalam kereta ni. Dan mesti bersabar sebab dorang pasang lagu siam sambil berkaraoke. Orang yang first time jumpa and talk dengan dorang mesti ada rasa 'awwww...anyonyonyoooo sweet nye budak2 siam ni...best nye dapat dengar dorang cakap siam..bla bla bla......' (aku dah biasa dengan reaksi ni)



Budak2 nie jugak alergic aircond. pffft. Aku cuba bersabar dengan panas maksima tu tapi argghhh!!! pasang aircond. Tak sampai 5 minit semerbak bau minyak cap kapak. Cissss!! Dah tu pulak kena layan budak2 yang excited dengan tegur setiap benda.

'cikgu! ada binatang mati kena langgar!
'Cikgu! hujan leeww..'
'Cikgu!Kenapa cikgu lain tak ada di belakang?
'Cikgu! potong kereta tu cikgu!
'Cikgu! Cikgu!Cikgu!

3 jam perjalanan. Seribu soalan. Jangan cuba tanya soalan balik pada dorang. Cuma jawab 'hm'  'entah' 'ok' saja untuk selamat.  fufufufu.

Selesai pendaftaran dapat dorm tingkat 3. Emm..not bad. At least ada gak aku bersenam naik tangga. Unfortunately kongsi dorm dengan student and guru sek menengah. Bayangkan serabut dan bersepah dan bodies berteraburan. Malam pertama aku menyumpah. Betul2 tak selesa walaupun aku ada katil sendiri. Kalau orang yang dah biasa bergelimpangan memang la tak de masalah. Mungkin sebab aku biasa dengan privacy so secara tak sengaja aku terbagi renungan membunuh pada setiap sampah, barang atas katil, tilam cadar selimut atas lantai, botol air dan  dalam dorm sempit tu suasana bising macam tengah berdiri di pasar malam. Malam tu langsung tak leh tidur.No words can described my feeling. Kenapa la cikgu sek men ni tak cari inisiatif cari dorm lain. Kenapa la aku tak beli mp3 so aku tak perlu dengar kebingitan ini. Whatever.


Next day game mula tengah hari. Bawa budak2 ni pergi Tesco. Tengah enak pilih roti tetiba ketua call "mana players? game dah nak mula ni? Eh, bukan pukul 12.30 ke?? Taklah!jam 11 dowh! NOW! Aku berlari dalam Tesco cari budak2 yang entah ke mana. Mesti securities tengok gelagat aku dorang gelak tebahak2. Loser. Terus pecut ke stadium. Kesian. Tadi ada di Tesco tetiba ada dalam gelanggang. Tak sempat warming up pun. 

Kalah.

Tapi tak leh balik kampung lagi. Ada 1 game lagi next day. Bayangkan 1 hari 1 game je. kat sekolah tu tak de kedai jual makanan. Budak2 asyik merungut lapar. Nama pun budak mana leh duk diam. Aku balik dari toilet dorang dah berdiri atas katil 2 tingkat nak main terjun2. Ape kah magik ini. Tak cukup itu dorang main kejar2 dalam bilik. Lepas tu sembang, lepas tu makan lepas tu bising. Nak bawa dorang main kat luar panas terik, dah tu lak mana leh aku dok dalam bilik biar dorang main kat luar. Macam biar anak ayam dimakan musang. wah wah.

  Pratthanaa tetiba suka sangat pakai tudung. Pergi makan di kantin pun pakai tudung.

suksuni: Cikgu, tak panas ke pakai tudung?
 le me: kadang2 rasa panas. tapi bila dah biasa tak rasa apa pun.
suksuni: saya tengok cikgu pakai rasa panas lauu..cikgu pakai lagi panas lauu...memang tak panas ke? (tabiat dorang tanya benda sama banyak kali)
le me: panas lagi api neraka.
...


Nasib baik next game 8 pagi




maybe it's time for a new camera.

best betul tengok sek men hulu perak main. Tak minat volley ball pun leh jadi suka. dorang menang.

sebelum balik ronda ronda kota raya dulu. 



yeah, selamat sampai di sk tasek jam 6 petang. Aku sambung drive balik kampung. Sampai rumah terhoyong hayang macam orang mabuk.

sekian, nite!.




8 comments:

Bura said...

mesranya gmbr tu...ank murid pegang bahu guru..wahwahwah satu ikatan yg utuh hahaahah...
korang kalah sbb ank murid tau cikgu nk balik kg segera kot,tu sebab diorang SENGAJA mengalahkan diri yang sepatutnyableh mngalahkan lawan ..HHEHEHE

CikNurul said...

hahaha..aku pun tak tau..tapi bila dah berdiri dalam gelanggang mungkin dorng gabra. tapi dorng main memang bagus.memang boleh ke peringkat kebangsaan.

dorang hari pertma lagi dah tanya bila boleh balik. hoho

CikNurul said...

p/s (mungkin entri ini menyebabkan org salah tafsir):i'm not a perfect teacher. walaupun aku guru tapi takkan aku nak skema setiap masa. entri ni cuma luahan hati sepanjang tugasan ini tapi aku still jalnkan tugas dan jaga anak orang kan? and even aku tak suka bising dan kotor tapi aku tak jerit dan komplen pada dorng. cara terbaik utk bagi pengajran ialah ambil penyapu dan sapu lantai. tiap kali nmpk sampah kutip sampah depan dorng. pesan dengan tegas supaya dorng tak rasa kena leter..that's just the way to give a proper lesson without rasa skema between teacher and student di luar sekolah.kdg2 dorng belajar dgn perhatikan cara org lain. jika korang rasa sya banyak merungut,sya minta maaf. dan xada orng yg buat kerja perfect 100%

Anonymous said...

betul2..wlpn kt ske ngan kje kta tp kdg2 ad stgah keadaan wt kta rs grm/nyampah pn ad....lumrah dunia krja...

Bura said...

ko memang bagus cikgu nurul...aku suka cara ko..pengajaran tak semestinya melalui mulut malahbahasa badan juga mampu memberi seribu satu pengajaran pada org2 sekitarnya..(kalo org tu peka dia dpt la pengajaaran tp kalo sengal memang takleh wat apa )huhuh.aku tak pernah anggap ko berleter /merungut dalam setiap entri ko...sbb aku tahu ko memang...TERBAEK!!! caya lah !!!

Bura said...

da pape ke puji lelbih ni huhuhu
takda maknenye... :P

CikNurul said...

ko leh apply jd cikgu la bura..hehe cikgu bura!

Bura said...

ko rek0men la aku jd cikgu huhuhu..tingin sgttttttt