Friday, June 1, 2012

Mari Belajar Bahasa Thai *Part 1


baiklah murid-murid.

Di pagi Jumaat yang ceria redup dan baru lepas hujan ini mari kita belajar bahasa Thai. Bila datang Thailand at least boleh sebut satu atau dua perkataan Thai pastu buat muka riak.

Aku ni harap je mengajar kat sekolah 99% murid bangsa Siam, dengar 5-6 days per week diorang cakap Siam tapi aku boleh faham je la tapi tak boleh bertutur dalam bahasa tu. Aku rasa aku boleh cakap siam kalau aku banyak tengok cerita2 Thailand. Memandangkan aku cuma tonton cerita2 korea and Jepun je, tak de harapan lah aku nak cakap Thai. Wah riak nya ayat aku

Macam tu jugak cikgu2 lain..kami boleh faham dan tuturkan sepatah bahasa Siam tapi tak bertutur sepenuhnya. Lagipun kami larang murid cakap Siam sebab dorang terlalu lemah bertutur Bahasa Melayu inikan pulak dengar cikgu mengajar langsung dorang tak faham ape. Sakit hati betul. Kalau korang boleh sabar tak bila korang bercakap pot pet pot pet at the end dorang tanya balik  'er..cikgu cakap apa saya tak faham' pada hal ape yang korang cakap tu tak lah terlalu bombastik ayatnya. 

panjangnya mukadimah aku.


NOMBOR

1- nueng
2- song
3 -sarm
4 - see
5-har
6- hok
7 - jed
8 - pad      *bunyi sebutan-ped
9  -garw   
10  - sib
11 - sib ed
12  - sib song
13  - sib sarm
14  - sib see
15  - sib har
16  - sib hok
17  - sib jed
18  - sib pad
19  - sib garw   *bunyi sebutan -ghau
20  - yee sib

SOALAN DAN PERMINTAAN

siapa? who?
khrai?


apa? what?
arai?

apa itu? what's that?
arai nah?


bila? when?
menuarai?

di mana? where?
nai? thi nai?


mengapa? why?
tham-mai?

yang mana? which?
anh nai?

bagaimana? how?
yangai? yang rai?

berapa harga? how much?
thao-rai?

berapa jauh? how far is it?
klai sak thao dai?





ok. setakat ini dulu. nanti sambung part 2 pula.









5 comments:

amnad said...

terbelit lidah aku bahasa thai ni... yangai nk pandai ni huhuh..

missN said...

hang kena hafal. minggu depan aku bgi test.muahahahaha

Unknown said...

cikgu nie orang siam ker ?

MS said...

Boleh mengajar bahasa melayu untuk orang thai x?

missN said...

@ahmadfadzlie : omg baru hari ni nampak msg awak.byak kali refresh comment tapi tak ada.tak saya bukan org siam.saya malay

@MS: ya saya mengajar bm utk org siam tapi bukan org siam thai. bahasa diorang lain sikit.saya ngajar bm pemulihan je.