Wednesday, September 8, 2010

Merdeka-Menjana Transformasi

Salam...

Dah hampir pertengahan bulan September tapi entri bulan Ogos... ( T__T ) terlalu sibuk dan buat-buat sibuk. Ada masa terluang pun tak boleh pos entri sebab story bulan Ogos tak lengkap lagi..

PPD Daerah Hulu Perak menganjurkan pertandingan lukis kain rentang/sepanduk sempena sambutan Kemerdekaan ke 53. SK Tasek pernah menang tempat ke3 sepanduk merdeka tahun 2008 dulu. Tak dinafikan memang sepanduk tu cun habis. Paling best sebab semua cikgu lukis dan warna sama-sama. Kali ni kami bertanding lagi dan syarat bagi saiz kain ialah maksimum 5 meter panjang. Lebar tak dinyatakan/tak kisah. Kami pun buat 4 meter dan selebihnya untuk dijahit dan ikat pada kayu. Semua penyertaan kena pamerkan di PPD Gerik.

Oleh sebab masa suntuk dan sekolah pun ada banyak program/meeting, kami mula pada 19hb Ogos dan tarikh tutup pada 26hb Ogos. Suntuk tak? Memang suntuk habis tapi sebab semua cikgu termasuk staf sekolah sangat ringan tulang (^_^) alhamdullilah..siap pada masanya.

Enjoy the pics below...

Orang kuat kain rentang - cikgu Sharifah (kanan). Orangnya kreatif,tulisan cantik dan pandai lukis

 Antara cikgu paling rajin tolong-Cikgu Marina
Cikgu Norihan buat border


Ada tak budaya ni di sekolah you all?
Operasi mewarna di kelas Cikgu Hani (tudung oren)



Kak Juraida (PT) pun tolong
Mr Rosidi try to hide..hihi


fokus utama kain rentang. Something wrong with little girl's hand tapi dah dibaiki


                                                               AND THE FINAL DAY!!!!

Harap-harap dapat menang tahun ni. (^__^)v

No comments: