Saturday, November 27, 2010

My November Part 2

wow wow wee again.....
serius..saya penat tenat minggu ni.
Walaupun masih bujang senang still rasa penat dengan kerja dan berulang alik kampung. Bayangkan susahnye cikgu yang berfamili nak kena uruskan suami/isteri/anak. Bayangkan sekarang.
Sebelum ni rileks je tak ada program sekolah dan ppd. Bila habis sekolah berturut-turut pulak program dan kursus ppd. Nasib baik tak tempah tiket flight pergi vacation or whatever..

raya haji rabu -khamis=balik kampung
jumaat=sekolah
sabtu-ahad=lawatan ke cameron highland
ahad-isnin=balik kampung
selasa=sekolah
rabu-khamis=kursus di ppd
jumaat=sekolah
jumaat-sabtu- ahad=balik kampung
isnin=mesyuarat di ppd
selasa-jumaat=sekolah

orang lain dah cuti macam nak rak apesal saya masih berulang alik sekolah dan ppd? saya bukan bahagian pentadbiran pun. funny.*sebenarnya jeles tak dapat join member uitm yang tengah bercuti di Terengganu (T___T)

Ok..Ok..tak baik merungut taww..eeuuww..

Sambung balik kisah my november hari anugerah cemerlang..

Persembahan Nujum Pak Belalang... cut off with suar suir kemuning.

Persembahan pakaian tradisional masyarakat Siam.
Cool kan? Mungkin Sekolah Tasek Pengkalan Hulu satu-satunya sekolah yang ada 100% murid berbangsa Siam tapi kami bukan sekolah jenis kebangsaan(SJK) tapi SK. Ingat senang ke nak ajar murid yang bahasa Melayunya bahasa kedua? Ramai orang beri perhatian pada sekolah murid asli, Cina dan India ,tapi bukan sekolah kami sedangkan susah kami mengajar sama macam mengajar sekolah jenis kebangsaan.Sedih sebab sekolah selalu tak cukup bajet, tak banyak peruntukan. Mudah mudahan ada rezeki 2011.amin

Find out more pics in sktasekonline.blogspot.com hehehe

Balik dari sekolah jumpa pula si rama-rama comels..memang comel dong..besar pulak tu. rasa macam 'oh,it's my day'..saya pun tak faham.=P

also pretty evening view from my house at Pengkalan Hulu.





Sekarang lihat pula wishlist i've made last September..
Berjalan-jalan di kota raya nak cari kasut best untuk lawatan sekolah ke Cameron Highland. Terjumpa pula kedai kasut yang jual kasut baji yang dah lama ku cari ecceh. Punyalah berbulan-bulan cari kasut baji yang murah,sedap pakai,nampak ada brand dan paling penting cun. Selalu jumpa kasut tapi mahal gila tak sepadan dengan rupa kasut. Bukan brand cap beruang pun. Standard cap ayam jugak.
love this

lepas ni akan borong sakan di kedai Amberwalk..huhuhu.Moral: berbelanja ikut kemampuan.(kalau saya kaya saya tak tulis sebegini (T_T)  )
p/s:lupakan kaki berkarat itu

night everyone. nak edit gambar lawatan pulak.

No comments: