Sunday, February 27, 2011

I'm bored.

So i post random pics.

Just for fun.

Because i love photography and fun things.

Hadiahkan saya kamera dslr. Boleh?


i love the fan art of shinee







my mural.. all by myself  ^^,






Good Night.......

I'm Not Superwoman

Know what this mean?






Masa untuk sarung stoking kasut sukan buruk dah tiba!
I'm not used to watch game or even participated in any kind of sport.
I just don't like it..since i have a very sensitive skin  tak boleh kena panas. Sebab tu selalu elak cahaya matahari dengan bersembunyi dalam rumah. It's true. Kulit memang cepat merah. Lepas tu kulit warna macam kuih hangus terbakar. Lepas tu mula tension tengok muka sendiri. Scary .Sometimes terpikir gaya hidup macam drakula. Masa di uitm dulu waktu siang tutup langsir, waktu malam buka tingkap seluas-luas alam. Mata pun tak tahan panas terik buatkan dahi berkerut mula lah muka pun nak berkedut. Dan bukan semua produk penjagaan kulit sesuai dengan kulit sendiri. Betul tak. Anyway tak nak cakap pasal produk kecantikan. Tak nak. Tak nak.

Minggu lepas memang superb keluar pagi balik lewat petang.

Rabu - perlawanan persahabatan Bola Tampar
Khamis - Penjaga masa kejohanan olahraga
Jumaat - Bawa player sekolah ke Grik, kejohanan bola tampar daerah
Sabtu  - Sama juga dari pagi sampai malam.
Isnin - bawa player (L) pertandingan bola baling (penjaga masa)
Selasa - Bawa player (P) bola baling (penjaga masa)
Rabu - Aktiviti koku Bola tampar
Khamis - lepas abis kerja terus drive balik kampung. Hahaha.

Nampak macam remeh dan i yang terhegeh cerita schedule busy mengalahkan Obama.
Dat's why  intro post ni pasal kulit i yang tak tahan panas..Sepanjang program pertandingan memang cuaca panas terik melampau. Berdiri pulak tengah padang 4 jam. Letih ? . Bertambah letih bila pikirkan i satu satunya cikgu perempuan yang boleh diharap bawa budak since i sorang je pun yang still single. huhu. Cikgu pun 12 orang je lagi nak berkira.


Sape suruh single? Ambik kau.


Sebenarnya memang seronok dapat bawa murid participate dalam pertandingan. Lagi lagi fikir semua tu untuk kebaikan masa depan dorang. Sambil sambil tu mana tau i leh dapat free gift baju ke..makan free ke...sijil ke..... tapi itu zaman dulu kala. Sekarang nak dapat sijil sekeping pun belum tentu .. Hahaha.
Dapat cuci mata ada lah...Tapi masa program sukan ni la pun i dapat kenal cikgu2 sekolah lain. Kalau tak, hidup cuma sekolah dengan rumah je. Takkan la nak pergi terjah sekolah lain kalau tak ada hal kan..

Perlawanan persahabatan SK Tasek dan SK Klian Intan.
Mantap.
Kedua-dua pasukan ni bertanding lagi dalam peringkat daerah.
Tiada gambar semasa jadi penjaga masa Kejohanan Olahraga. Lagipun cuaca terlampau panas muka pun merah - hitam.
Kejohanan Bola Tampar Sekolah Sekolah Rendah Daerah Hulu Perak di SMK Bersia (F) Gerik
18 Feb - 19 Feb 2011

dalam pics mungkin nampak redup dan menyamankan tapi panas teriknya ...perghhh...

can u see that? masa ni baru pukul 10 pagi. nasib baik i bukan player.

kesian diorang dapat rehat bawah pokok je.
too hot. 3pm.

main sampai tak boleh buka mata still dapat naib johan woo..
thanks to coach mr.kok wan chow and guru pengiring mr.rosidi. ^^,
i'm useless team manager... team tengah bertanding i sibuk bergambar kat tepi (T___T)
i should be better next time.


Isk.isk.isk.

Pertandingan Bola Baling  Peringkat Zon Pengkalan Hulu
21 Feb - 22 Feb 2011

Unfortunately team bola baling tak menang. Diorang boleh main cuma team lawan lebih kuat. Dan kalau ikut kelebihan pun pasukan lawan lebih banyak peluang menang sebab banyak latihan dan ada padang. Sekolah i? Padang sekolah i cuma sebesar kolam ikan . -___-'''








end of the story.




not yet. haha.



Sebelum ni cuma pakai krim muka biasa. Clinelle. Bila dah kena panas baru terhegeh cari sunblock . Rupanya dah expired. So i bought new one. Don't know if it's good or not coz right now i'm avoiding sunlight.


 Better get prepare coz da next 3 weeks kena berulang alik ke Grik (70km) maybe 3-4 times a week untuk latihan pusat bola tampar memandangkan player sekolah i terpilih wakil daerah ke peringkat negeri. Since i'm the 'pengurus pasukan' and my players all girl dah tentulah i yang kena drive bawa dorang.

my life gonna be  mess next month.

i'm not superwoman. hope they give me a break.


Saturday, February 26, 2011

Supa Dupa

will update soon.
wanna get some facial treatment first.
muahahaha.

Saturday, February 12, 2011

Salam Maulidur Rasul

Bukan Senang Nak Senang

         Ramai orang beranggapan mengajar murid pemulihan kerja senang. Bila orang tanya Mengajar apa? ... Pemulihan.. ....OOhhhh...Reaksi sangat jelas ialah 'cehh..senang je..' ataupun ' lekehnye menngajar budak abc je..'

          Entri kali ni bukan sebab emosional orang pandang rendah pada kerjaya guru pemulihan lagi lagi emo kalau saya tak berjaya pulihkan murid pemulihan  sendiri. Cuma ingin berkongsi dengan pembaca yang bukan guru, bukan guru pemulihan, ibu bapa yang ada anak di kelas pemulihan, dan  guru pemulihan tentang bukan senang mengajar murid pemulihan. Erm, semua orang tahu bukan senang mengajar zaman sekarang ni. Generasi sekarang terlampau terkehadapan, generasi yang dimanjakan ibu bapa, generasi yang pandai ambil kesempatan juga.

         Tapi salah budak ke hidup sebagai generasi sekarang?

         Mengajar kanak-kanak bangsa Siam yang hidupnya tertutup dari dunia luar memang agak sukar. Cukup kalau cuti Sabtu dan Ahad, bila guru bercakap di perhimpunan berapa kerat je yang faham. Sebab tu bila cuti sekolah, guru kena teruskan kelas mengajar sebab kalau biar murid cuti sebulan, bila buka sekolah cikgu semua masuk hospital -darah tinggi dan tekanan. haha. Bila member cikgu sekolah lain ajak pergi bercuti semua cuak dan pelik " Apesal sekolah ko tak cuti? Apesal ko kena mengajar time cuti sekolah? Sekarang cuti la beb' . Dan jeles juga pada member guru pemulihan di sekolah yang muridnya Melayu. Ramai murid dah berjaya balik ke kelas perdana. Saya pula melepaskan murid yang masih lemah 3M ke sekolah menengah. Nasib kebanyakan murid lemah 3M di sekolah menengah selalunya berakhir di Tingkatan 1 atau 2 sebab berhenti sekolah.

          Sukar mengajar murid saya dengan murid pemulihan sekolah lain sama saja cuma saya 2 kali susah. Haha. Kerana masalah bahasa dan persekitaran yang tidak membantu murid menggunakan Bahasa Melayu dan belajar. Bila belajar di sekolah guru perah tenaga dan suara supaya murid boleh faham dan menguasai pembelajaran tapi kekangan masa dan sikap murid mempengaruhi kualiti pembelajaran. Walaupun guru bersungguh beri penerangan tapi murid tidak faham Bahasa Melayu/tak faham apa yang cikgu cakap memang mencabar perasaan. Macam itik bercakap dengan ayam. Kalau masa mengajar 1 jam, penerangan guru dah ambil masa 45 minit, murid buat latihan pula faham sajalah. Memang tak sempat habiskan. Bila dibawa pulang ke rumah confirm tak siap. Bila tak siap guru naik angin. Mana tak naik angin, kerja rumah tak buat bermakna murid tak ulang kaji dan akan effect pada prestasi murid. Ada ibu bapa yang tidak peduli dengan kerja rumah anak dan ada anak yang bohong kata tidak ada kerja rumah. Masa ujian dapat E dan guru disalahkan. Ermm..bunyi agak emo. Tapi itu situasi sebenar dalam kebanyakan sekolah.

           Sebagai guru saya juga perlu buka minda seluas luasnya. Mencari cara pengajaran yang berkesan untuk murid pemulihan. Banding dengan sekolah di bandar, cara mengajar saya terlalu ketinggalan zaman. Terlalu berbeza penggunaan teknologi komputer dan peralatan bahan mengajar murid. Malunya. Tetapi saya anggap ini cabaran yang saya mahu hadapi. Sesetengah orang fikir, tukar sekolah sajalah. Cari sekolah yang budaknya Melayu. Boleh juga tapi rugi bagi saya sebab saya mahu cari pengalaman mengajar bangsa bukan Melayu dan menilai kekuatan dan prestasi diri saya dalam mengajar. Pertama, saya perlu hadapi kekangan luar bandar ( internet, bahan untuk abm, etc)

           Walaupun tahap penguasaan murid saya dalam 3M masih lemah, saya agak berpuas hati kerana dapat mendidik mereka adab dan sahsiah diri. Walaupun mereka murid pemulihan tetapi mereka tidak ada masalah disiplin. Tak siap kerja rumah dan didenda tu perkara biasa bagi semua murid. Saya juga bimbang sikap saya yang hampir seperti murid pemulihan. Hu hu.
tengah selidik bagaimana printer berfungsi
murid Tahun 1 dalam kajian

hasil masa meeting  (--__--)

p/s: Entri ini cuma cerita situasi berdasarkan pengalaman saya dan sebahagian daripada cerita rakan sejawatan. Tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak.

It's all about Dream

Mana ada manusia yang tak ada impian.
Kalau ada, dia bukan manusia.
Dia mungkin jelmaan manusia.
Atau mungkin alien yang menyamar manusia.
Sejahat jahat manusia dia ada impian. Tapi impian dia tak dapat ditunaikan dengan cara biasa maka dia ambil jalan luar biasa iaitu dengan cara jahat. Impian sudah tentu tertunai tapi akibatnya u all tahu.

Sejak dari sekolah menengah dah tetapkan matlamat dan impian (sepatutnya dari sekolah rendah). Mahu masuk U dan berkerjaya dan balas jasa parent.(ouch-kahwin tak pernah masuk list) Simple yet not easy to achieve.

Setelah bekerjaya tentu mahu ada aset yang boleh menjamin hidup. Rumah, tanah, peti besi etc..
Sebenarnya mahu cerita tentang rumah idaman tapi terlampau jauh melalut.

Sangat sangat suka hiasan bilik macam bilik puteri. (>.<) <3
Saya tersangat suka mengemas rumah sebab bila mengemas rasa hilang tension. Mengemas macam terapi.haha.Tapi bab kemas dalam kereta tersangat malas. Whatever.

Pics below show u my dream bedroom. Wish i could have one!For those who have one just laugh at me.


white and pink makes you younger
ada pula sudut bacaan tepi tingkap dengan meja kopi. But I prefer this chair from Drama -Seigi No Mikata.
like a boss


your own wardrobe room
Every career women' s dream (especially for those single). Lot's of shoes and clothes


Tell u what..it's all about dream! Never stop dreaming and live your dream.

pics: Google and Tumblr