Saturday, February 12, 2011

Bukan Senang Nak Senang

         Ramai orang beranggapan mengajar murid pemulihan kerja senang. Bila orang tanya Mengajar apa? ... Pemulihan.. ....OOhhhh...Reaksi sangat jelas ialah 'cehh..senang je..' ataupun ' lekehnye menngajar budak abc je..'

          Entri kali ni bukan sebab emosional orang pandang rendah pada kerjaya guru pemulihan lagi lagi emo kalau saya tak berjaya pulihkan murid pemulihan  sendiri. Cuma ingin berkongsi dengan pembaca yang bukan guru, bukan guru pemulihan, ibu bapa yang ada anak di kelas pemulihan, dan  guru pemulihan tentang bukan senang mengajar murid pemulihan. Erm, semua orang tahu bukan senang mengajar zaman sekarang ni. Generasi sekarang terlampau terkehadapan, generasi yang dimanjakan ibu bapa, generasi yang pandai ambil kesempatan juga.

         Tapi salah budak ke hidup sebagai generasi sekarang?

         Mengajar kanak-kanak bangsa Siam yang hidupnya tertutup dari dunia luar memang agak sukar. Cukup kalau cuti Sabtu dan Ahad, bila guru bercakap di perhimpunan berapa kerat je yang faham. Sebab tu bila cuti sekolah, guru kena teruskan kelas mengajar sebab kalau biar murid cuti sebulan, bila buka sekolah cikgu semua masuk hospital -darah tinggi dan tekanan. haha. Bila member cikgu sekolah lain ajak pergi bercuti semua cuak dan pelik " Apesal sekolah ko tak cuti? Apesal ko kena mengajar time cuti sekolah? Sekarang cuti la beb' . Dan jeles juga pada member guru pemulihan di sekolah yang muridnya Melayu. Ramai murid dah berjaya balik ke kelas perdana. Saya pula melepaskan murid yang masih lemah 3M ke sekolah menengah. Nasib kebanyakan murid lemah 3M di sekolah menengah selalunya berakhir di Tingkatan 1 atau 2 sebab berhenti sekolah.

          Sukar mengajar murid saya dengan murid pemulihan sekolah lain sama saja cuma saya 2 kali susah. Haha. Kerana masalah bahasa dan persekitaran yang tidak membantu murid menggunakan Bahasa Melayu dan belajar. Bila belajar di sekolah guru perah tenaga dan suara supaya murid boleh faham dan menguasai pembelajaran tapi kekangan masa dan sikap murid mempengaruhi kualiti pembelajaran. Walaupun guru bersungguh beri penerangan tapi murid tidak faham Bahasa Melayu/tak faham apa yang cikgu cakap memang mencabar perasaan. Macam itik bercakap dengan ayam. Kalau masa mengajar 1 jam, penerangan guru dah ambil masa 45 minit, murid buat latihan pula faham sajalah. Memang tak sempat habiskan. Bila dibawa pulang ke rumah confirm tak siap. Bila tak siap guru naik angin. Mana tak naik angin, kerja rumah tak buat bermakna murid tak ulang kaji dan akan effect pada prestasi murid. Ada ibu bapa yang tidak peduli dengan kerja rumah anak dan ada anak yang bohong kata tidak ada kerja rumah. Masa ujian dapat E dan guru disalahkan. Ermm..bunyi agak emo. Tapi itu situasi sebenar dalam kebanyakan sekolah.

           Sebagai guru saya juga perlu buka minda seluas luasnya. Mencari cara pengajaran yang berkesan untuk murid pemulihan. Banding dengan sekolah di bandar, cara mengajar saya terlalu ketinggalan zaman. Terlalu berbeza penggunaan teknologi komputer dan peralatan bahan mengajar murid. Malunya. Tetapi saya anggap ini cabaran yang saya mahu hadapi. Sesetengah orang fikir, tukar sekolah sajalah. Cari sekolah yang budaknya Melayu. Boleh juga tapi rugi bagi saya sebab saya mahu cari pengalaman mengajar bangsa bukan Melayu dan menilai kekuatan dan prestasi diri saya dalam mengajar. Pertama, saya perlu hadapi kekangan luar bandar ( internet, bahan untuk abm, etc)

           Walaupun tahap penguasaan murid saya dalam 3M masih lemah, saya agak berpuas hati kerana dapat mendidik mereka adab dan sahsiah diri. Walaupun mereka murid pemulihan tetapi mereka tidak ada masalah disiplin. Tak siap kerja rumah dan didenda tu perkara biasa bagi semua murid. Saya juga bimbang sikap saya yang hampir seperti murid pemulihan. Hu hu.
tengah selidik bagaimana printer berfungsi
murid Tahun 1 dalam kajian

hasil masa meeting  (--__--)

p/s: Entri ini cuma cerita situasi berdasarkan pengalaman saya dan sebahagian daripada cerita rakan sejawatan. Tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak.

2 comments:

afiq said...

-aku ter emo plak baca hasil karya ko ni...tersentuh hati kuwalau aku bukan guru tapi aku bekas guru what!memahami jiwa guru.sekadar bekas je la hehehe.sedih kan bila mengenangkan skap ibu bapa..
-aku respect ko !! jiwa ko memang dasyatttttt!!!!!!!!!!
-hasil kerja ko dalam meeting tu sangat menarik ahahahaha

CikNurul said...

kekekeke...seksa woo jd guru zmn skg..berat sgt..cuma org tak nmpak...tapi ko dpt faham baguih la..ko mmg ada jiwa guru..selalu aku mengantuk gila dlm meeting sbb selalu dorng bincang hal dorng je....hal pemulihan tak de sgt..seblm aku terlelap baik aku lukih