Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa!

misi bershopping. completed.


sangat ramai orang bershopping. marilah tambahkan kesesakan jalan raya dan kepadatan orang berbaris di kaunter dengan bershopping!

berjaya membeli buku yang comel dan murah dan dapat banyak di living cabin. horrehhhh!!

niat nak beli handbag tapi beli kasut sembonia dengan offer yang pewwitt!!!

niat nak beli compact powder long lasting loreal tapi beli make up base revlon!! wooooow (bunyi spongebob)

dan beli barang yang tak tulis dalam senarai!! bagus!

esok cuti sekolah ! sekolah budak melayu tak cuti tapi sekolah budak siam cuti. Hooreehhhhh!!

Selamat Berpuasa.

Saturday, July 30, 2011

Durian oh durian

sedih...

excited nak upload gambar Hari Terbuka SK Tasek last thursday.. when i checking my memory card all the pics before majlis is gone! yang ada cuma gambar masa majlis yang cuma beberapa keping je..huhu.. 

Prathhana!! why u do this to me???!!!! my mistake actually for trusting her to be photographer of the day... maybe she unconsciously  click the delete button and delete all the pics...better lost pics than drop and crack my camera, right? positive thinking. huhhhhuuhu

this week superb busy for me because of Hari Terbuka . Majlis sebenarnya rancang nak buat simple je. Tapi lepas cadang nak jemput orang ini, kena jemput orang itu dan itu maka semua jemputan agak VVIP.  
Dan SU untuk majlis ini ialah ............*drumrollsssss

me.



horeyyyyyyy~~~~ !!!!!!!!!!!

sampai sekarang aku tertanya macam mana aku boleh end up jadi SU. Antara kerjanya ialah:
surat-surat
kad jemputan
teks ucapan
list nama jemputan untuk MC 
brosur
etc.

nampak mudah tapi .. tak pe ah..malas nak citer.. 

marilah positive thinking untuk sejukkan hati yang lara ^^;
boleh kenal nama2 orang jabatan
tahu pasal protokol
event management
how to deal with VVIP
jadi famous
experience
because i can handle this
busy-banyak berlari-tak sempat makan-kurus sikit-muahahaha
because i'm professional, deal with it

sebab minggu ni minggu ujian bulanan jadi tak rasa bersalah tak mengajar murid pemulihan. Selalunya kalau jadi SU program terpaksa pejam mata kat budak2 sebab nak siapkan surat,etc. Minta jasa baik murid and parent bawa buah durian dan lain lain untuk jamuan.. dan berjaya kumpulkan selonggok besar durian yang kalau dijual di pasar malam takkan habis jual 5 hari. Buah rambutan ..perghh...(masih bersedih gambar ku dengan durian dh delete ..iskk) Menu utama- pulut , durian , kuah serawa, sambal ikan bilis, santan, agar-agar, sirap limau, teh, roti jala..   MANTOP.

Jemputan pula PPD,Tim.PPD,Polis,Bomba,GuruBesar2 Zon PHULU,Maj.Daerah,R.Hydraulic,Klinik Kesihatan,Ibu Bapa,Murid.




guys at the back ..sorry u make funny face while eating durian so i have to cover ur face lol

model motor polis




Habis majlis semua sakit kaki sakit badan. 

tajuk durian tapi takde gambar durian.daebak.







Sunday, July 24, 2011

me no gusta

Banyak benda nak cerita ni. I kan kepoh orangnye. Tapi i kepoh dalam dunia blog je. I tak wujud dalam dunia sebenar. Isnin lepas jadi urusetia Program Kem Cemerlang UPSR. Calon-calon UPSR -the chosen one- berkampung di Balai Bomba untuk study .  Muka calon UPSR ni smart weh.. terserlah sungguh otak bijak di wajah dorang. Wajah ku? Minta penampar. 

Mulakan tugas dari 2.00 ptg hingga 6.00 pagi. Kumpulan urusetia 1 ada 3 orang. Murid perempuan 49 orang dan lelaki 19 orang. Ok. Sambil jalankan tugas menongkat dagu tunggu budak habis kelas , ofkos la kami bergosip. Ada seorang peserta kem ni yang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 markah ujian dan exam 100% dalam semua MP. Wohh..daebakkk!! Rugi i tak shake hand dengan dia. Bila tengok budak sekarang belajar, rasa macam nasib baik aku bukan budak zaman sekarang. Huhuuu..kesian betul. Dari pagi ke petang belajar, kelas tambahan,tuisyen. Malam tuisyen lagi dan buat kerja sekolah. Cuti sekolah kena tuisyen lagi. Tengok budak2 pandai belajar rasa macam diorang tak ada life. Cuma duduk depan meja tekun pegang pensel dan buku.. tabik spring kat diorang. Rasa nak tanya je 'adik tak rasa nak tengok tv ke? ' Tak rasa nak keluar main basikal ke, panjat pokok ke..ape ke? Tapi kalau tanya mesti dorang kerut kening dan 'apakah manusia ini sedang lakukan? menghasut aku ke arah masa depan yang gelap? Go away! Buang masa jawab soalan ko'. 

Masa aku sekolah dulu buku komik lagi banyak daripada buku ulangkaji.

walaupun menongkat dagu tapi terasa letih tahap gaban juga. Kena alert weh jaga anak orang ni. Ada satu part aku terasa bila seorang guru yang 'disegani' sound aku bila tengok murid aku yang non-muslim lepak sementara yang lain solat maghrib. She said ' Kenapa tak suruh je budak2 you ni buat latihan matematik ke, sains ke ..daripada dorang tak buat apa ape ni?  Me: hehehehehhhh.. (dalam hati- waktu maghrib senja meremang pun nak suruh dorang belajar ? give 'em break ok. they are not machine. lol) . 

Masa yang ditunggu-tunggu waktu tidur. Harap dapat tidur nyenyak walaupun pintu dorm student perempuan setiap penjuru tak boleh dikunci- tingkap tak berlangsir - orang lalu lalang memang boleh nampak terus - tandas baru tapi tak ada sinki dan cermin. Kebetulan pula nasib tak baik utk student pompuan dapat dorm bangunan lama.

Tgh malam dah terlena tapi termimpi pula orang ketuk besi rupanya sorang budak ni batuk tak henti. Rasa tak sedap hati biar dia batuk dan ketua urusetia tak tinggalkan peti ubat kat kami. So i decided keluar ke kedai at 1.30 am cari ubat. Mujur pekan Kroh ada 7e. Muka poyo tak cukup tidur masuk 7e memang meremangkan bulu roma pekerja situ. Hhahaha. Lepas sapu ubat terus budak tu lena. Bagus. Tapi aku pulak tak boleh tidur sampai jam 3 pagi. Lagipun pagi Selasa kena pergi Gerik sebab ada bengkel koku pula. Aaarghhh!!!

Seperti yang dijangkakan aku tidur masa dengar ceramah bengkel koku. Nasib baik duduk belakang.


sesi icebreaking.


Lain kali lah post pasal bengkel di grik. Nak bertumblr pulak. Nite!

Sunday, July 17, 2011

Cipta tajuk kesukaan anda.

aktiviti hujung minggu










Pesta air di Pengkalan Hulu. Cuma 200 meter dari rumah. Tapi saya tak pergi pun.







Helikopter survey tempat mendarat. Huhuhu..Dalam setahun, sekali je dapat dengar bunyi airplane kat sini so agak ..ehem..jakun sikit..


Persediaan untuk kelas tambahan LINUS setiap sabtu. Program kelas Linus ni memang bagus tapi perancangan untuk capai objektif murid cemerlang 3M agak/memang FAIL !! Harap pihak berwajib buat post mortem untuk program ni. Please. Before it's getting worse.






Isnin - Selasa ni busy.  Selamat malam.

Ah. Happy Birthday Taemin. Harijadi yang ke 18 pada 18 Julai. Sweetnya! 

million of fanboys and girls waiting for18th July.

wow. u'r amazing.


*uweks.. gewdikkss si pedonoona. hahahaha.

Monday, July 11, 2011

1Murid 1Sukan

salam..

so..let the pics talk
 


Kami bertiga ikut shortcut. Hehehe. So we enjoy the scenery and mata melilau pandang kiri kanan takut ada anjing serang hendap. Cuaca sangat baik. It should be super cold that morning, mungkin sebab jerebu so tak sejuk and tak panas sangat. Dan pemandangan sangat perghh..amazing..u watch japan or korean drama's, u'll get the feeling. Kalau Jepun dapat 5 bintang, i bagi 2 setengah bintang untuk scenery Kg.Tasek. Tolak markah sebab kena beware takut terpijak tahi anjing. Dog's poo poo everywhere bebeh.












Masa sukantara sangat panjang. Saya dah mula boring sebab suara saya tak cukup kuat untuk panggil nama murid. Pastu kalau saya cakap pun dorang bukan dengar. Dorang macam tengah tengok filem hitam putih tanpa suara. Jadi saya pun ajak budak-budak ni main. Bukan main ape pun. Ambil gambar gaya lompat je.
And dorang sangat cool!!







Sambung lagi sukan di sekolah sehingga tengah hari..





Pratthanaa yang snap gambar lompat jauh ini. Bagus kan?





The time u want to jump like cool person in the world

EXPECTATION:


REALITY: