Sunday, July 24, 2011

me no gusta

Banyak benda nak cerita ni. I kan kepoh orangnye. Tapi i kepoh dalam dunia blog je. I tak wujud dalam dunia sebenar. Isnin lepas jadi urusetia Program Kem Cemerlang UPSR. Calon-calon UPSR -the chosen one- berkampung di Balai Bomba untuk study .  Muka calon UPSR ni smart weh.. terserlah sungguh otak bijak di wajah dorang. Wajah ku? Minta penampar. 

Mulakan tugas dari 2.00 ptg hingga 6.00 pagi. Kumpulan urusetia 1 ada 3 orang. Murid perempuan 49 orang dan lelaki 19 orang. Ok. Sambil jalankan tugas menongkat dagu tunggu budak habis kelas , ofkos la kami bergosip. Ada seorang peserta kem ni yang dari Tahun 1 hingga Tahun 6 markah ujian dan exam 100% dalam semua MP. Wohh..daebakkk!! Rugi i tak shake hand dengan dia. Bila tengok budak sekarang belajar, rasa macam nasib baik aku bukan budak zaman sekarang. Huhuuu..kesian betul. Dari pagi ke petang belajar, kelas tambahan,tuisyen. Malam tuisyen lagi dan buat kerja sekolah. Cuti sekolah kena tuisyen lagi. Tengok budak2 pandai belajar rasa macam diorang tak ada life. Cuma duduk depan meja tekun pegang pensel dan buku.. tabik spring kat diorang. Rasa nak tanya je 'adik tak rasa nak tengok tv ke? ' Tak rasa nak keluar main basikal ke, panjat pokok ke..ape ke? Tapi kalau tanya mesti dorang kerut kening dan 'apakah manusia ini sedang lakukan? menghasut aku ke arah masa depan yang gelap? Go away! Buang masa jawab soalan ko'. 

Masa aku sekolah dulu buku komik lagi banyak daripada buku ulangkaji.

walaupun menongkat dagu tapi terasa letih tahap gaban juga. Kena alert weh jaga anak orang ni. Ada satu part aku terasa bila seorang guru yang 'disegani' sound aku bila tengok murid aku yang non-muslim lepak sementara yang lain solat maghrib. She said ' Kenapa tak suruh je budak2 you ni buat latihan matematik ke, sains ke ..daripada dorang tak buat apa ape ni?  Me: hehehehehhhh.. (dalam hati- waktu maghrib senja meremang pun nak suruh dorang belajar ? give 'em break ok. they are not machine. lol) . 

Masa yang ditunggu-tunggu waktu tidur. Harap dapat tidur nyenyak walaupun pintu dorm student perempuan setiap penjuru tak boleh dikunci- tingkap tak berlangsir - orang lalu lalang memang boleh nampak terus - tandas baru tapi tak ada sinki dan cermin. Kebetulan pula nasib tak baik utk student pompuan dapat dorm bangunan lama.

Tgh malam dah terlena tapi termimpi pula orang ketuk besi rupanya sorang budak ni batuk tak henti. Rasa tak sedap hati biar dia batuk dan ketua urusetia tak tinggalkan peti ubat kat kami. So i decided keluar ke kedai at 1.30 am cari ubat. Mujur pekan Kroh ada 7e. Muka poyo tak cukup tidur masuk 7e memang meremangkan bulu roma pekerja situ. Hhahaha. Lepas sapu ubat terus budak tu lena. Bagus. Tapi aku pulak tak boleh tidur sampai jam 3 pagi. Lagipun pagi Selasa kena pergi Gerik sebab ada bengkel koku pula. Aaarghhh!!!

Seperti yang dijangkakan aku tidur masa dengar ceramah bengkel koku. Nasib baik duduk belakang.


sesi icebreaking.


Lain kali lah post pasal bengkel di grik. Nak bertumblr pulak. Nite!

No comments: