Sunday, May 20, 2012

Teacher's day oh yeah



so...yeah

hari guru datang lagi..


rasa macam semalam kes hari guru 2 tahun lepas aku campak hadiah masa acara tukar hadiah sesama guru. Ye. AKU CAMPAK HADIAH YANG NYARIS KENA KEPALA CIKGU LAIN. hahahahahah.. mestilah ada kisah disebalik tragedi hadiah melayang pada hari guru tue.. ermm nak tau ke? nak tau ke kisah aku baling hadiah dengan sepenuh hati terluka pada hari guru itu? ape? cakap la kuat sikittt!!


sebenarnya aku dah pendam hati 'terluka' tu seminggu sebelum hari guru. Kes pertama pasal aku drive kereta dari KL ke kampung..daripada matahari terpacak sampai keluar bulan baru sampai rumah. exhausted? yeah..teramat sangat. Sampai rumah aku terkedu sebab rumah bersepah. Bukan sebab pencuri masuk tapi angkara adik aku sorang tuh yang 

'24jamkatrumahtapirumahbersepahmacamlepaskenaributtaufan'. 


So kesepahan itu amat mengguris hati. sobsss..Aku nak kemas rumah tapi sangat letih. Aku nak tidur tapi kesepahan itu menari-nari di depan mata. Esok pagi2 buta aku kena drive balik Pengkalan Hulu pulak. Aku pasrah. chewahhh. Sebab aku dah biasakan diri rumah sentiasa kemas sebelum tidur dan sebelum keluar rumah. At least kalau pencuri masuk, pencuri tu puji 'wah kemas dan bersihnya rumah orang ni..tak sampai hati aku nak geledah rumah orang nie"

Pagi kul 5 bangun bersiap pula balik Pengkalan Hulu.Hari tu besday aku. Selalunya bila aku drive pagi2, mak bancuhkan air kopi kat aku. Tapi pagi tu aku bancuh sendiri. Aku rasa sedih sangat sebab hari tu besday aku pastu lak aku kena bancuh kopi sendiri. Kopi 3in1. Rasa nak menangis masa aku kacau kopi tu.Aku sedih rumah bersepah dan sedih bancuh kopi di hari jadi. Dan biasanya ada bekal tapi pagi tu tak ada. Aku lapar. Aku sedih.


Aku tahu korang rasa nak lempang aku kan? kahkahkah


Dan aku teruskan hidup aku macam biasa sampaila hari guru. Pagi2 lagi sorang cikgu ni dia lupa nak beli hadiah untuk acara tukar hadiah guru guru. So dia datang kat aku

'Nurul, saya lupa la nak beli hadiah! Nurul ada kotak tak? Ada pembalut tak? Aiseh...saya nak balut kotak kosong dulu lah..nanti baru beli..adoiiii..macam mana la boleh lupa ni...errr...Nurul tolong balut boleh tak?

so aku pun dengan ikhlas hati balutkan. kotak. kosong. itu.

masa yang ditunggu tunggu telah tiba. Semua hadiah dah diaturkan. Aku pun cabut nombor. Dan aku dapat kotak kosong tu. Cikgu tu menahan gelak sebab hadiah yang dia suruh balut tu dapat kat aku. Aku tergamam. Semua kesedihan aku masa aku tengok rumah bersepah dan bancuh kopi di hari jadi tiba tiba jelas di mata aku..aku frust. Dan aku tak sedar aku baling hadiah kotak kosong tu . Ye aku baling sekuat hati aku dan cakap 
'tak maaauuuuuuu!!!!!'


aku dah gila.Hoorrreeeeyyy


Sejak kejadian tu tiap kali hari guru semua cikgu ingatkan beli hadiah dan jangan bagi kotak kosong. wahh kelakar betul semua cikgu terdiam dan terkejut tengok aku. Mungkin sebab aku ada imej budak baik diorang tak sangka aku tiba tiba buang tebiat mengamok baling hadiah (>_<) kikiki



Tahun ni kami sambut kami sambut 2 hari. Hari pertama buat sukaneka dan hari kedua baru majlis rasmi.



*update
request from bff    =) )


puteri umno hadiahkan kek.



'jangan passing bola kat saye yee!!!

nampak jelas murid tu nak tangkap bola tapi aku berdiri di tepi berposing sakan. Dalam kamera aku banyak gambar dengan muka derp termasuk muka aku. Letih menapis gambar.



kak ju pembantu tadbir gantikan tempat GB. spot the camera. smile.



kali ni aku tak menang apa apa anugerah guru. at least aku tercalon tempat kedua dan ketiga guru paling rajin, paling kemas dan paling baik hati. hewhewhew


aku buat. ye aku tak da skill photoshop bagai.




makan dengan mentee






Salah satu tanda seorang pendidik yang hebat
Adalah kemampuan memimpin murid-murid
Menjelajahi tempat-tempat baru
Yang bahkan belum pernah didatangi sang pendidik
(Thomas Groome)

 
Mengajar bukan profesi. Mengajar adalah kegemaran
Aku telah mencapai sebuah kesimpulan yang menakutkan bahwa aku
adalah unsur penentu di dalam kelas.
Pendekatan pribadikulah yang menciptakan iklimnya
Suasana hatikulah yang membuat cuacanya.
Sebagai seorang Guru, aku memiliki kekuatan yang sangat besar
untuk membuat hidup seseorang menderita atau gembira.
Aku bisa menjadi alat penyiksa atau pemberi ilham,
bisa bercanda atau mempermalukan,
melukai atau menyembuhkan.
Dalam semua situasi, reaksikulah yang menentukan
apakah sebuah krisis akan memuncak atau mereda
dan apakah seseorang akan diperlakukan sebagai manusia atau direndahkan.
( Haim Ginott)


Guru biasa memberitahukan
Guru baik menjelaskan
Guru ulung memeragakan
Guru hebat mengilhami
(William Arthur Ward)

cr.din.wordpress.com



nite!

8 comments:

amnad said...

ang ni angah memang kelakar la ....haahaha ..aku dapat bayangkan jeritan 'tak mauu' itu dengan mmimik muka ang skali.
tp tahun ni punya samabutan takkan takda story kot??stakat pic je tak syok la..story mory la skit huhu

amnad said...

Slamat hari guru yang dah lepas angah heheh..leh ucap lagi kan?? :-P

CikNurul said...

ngeh3...memang patutnya ada story ..kalau aku rajin aku update

amnad said...

kalo nk jadi blogger yg berjaya ko kena la rajin update eheheeh...ni sumua untuk peminat/pembaca ko... (peminat yg taktahan tu...)hehehe

Anonymous said...

ak igtkan ak je yg ad kisah ntah pape ni...upanya ang pn sm....hahahahha

CikNurul said...

ofkoss! tapi nasib baik benda serius ni jadi benda kelakar.

midonz said...

best kan

CikNurul said...

tak pun =P hihi gurau je