Friday, December 30, 2016

The smell of books



assalamualaikum..hai!

acara tahunan yang aku tunggu2 selama ni akhirnya tiba! ohhyeahhh! bigbadwolf2016!!
gigih aku drive ke Tanjung Malim.naik komuter sampai Serdang.naik teksi sampai miecc. sensorang plak tuh. gigih tak. memandangkan siblings aku tak dapat jadik bodyguard n  tukang angkat troli buku sebab dorang semua pregnant berpantang and studi perghhh adakah itu menghalang aku daripada mendapatkan buku kesukaan aku? Noooo!! cuma bila pergi sensorang tu tak dapat la aku nak beli banyak banyak macam dulu..aku budget beli buku sejemput je..pengalaman aku yang naik tren sekali setahun ni memang tak berapa mesra pengguna  yang bawa barang berat lagi2 nak tukar tren kat KL Sentral naik tangga tukar tren kat Rawang.. tapi tu dulu la..sekarang rupanya dah senang eh tak payah tukar tren kat Rawang dah..dari T.Malim dah dapat seat duduk la ko sampai ke KL Sentral. Alhamdulillah jugak la time aku pergi tu time kerja so tak ramai orang dalam tren..legaaa..

 ini je buku yang aku berkenan..sedih jugak la tahun ni separuh dewan besar tu buku kanak-kanak je..
mana pergi buku travel photography space?? kenapa sikit sangat?? why why..tapi ok jugak la kot kalau banyak buku best2 aku lagi sedih plak sebab tak dapat beli semua..lagi satu kan harga semua dah mahal..syukur sangat2 aku dah borong kaw2 dua tahun lepas..buku aku beli 2 tahun lepas pun ada jual lagi n harga lagi mahal.yang lain2 aku beli buku kat farel and chempaka.. untungla anak buah aku dapat aunty dorang yang kaya ni sponsor buku kat dorang.lol.


 buku ni comel sangat. seorang wanita yang dari kecik minat barang vintage borong semua barang perkakas dapur yang unik..lepas tu buat buku/bisnes/party  guna barang2 yang dia kumpul tu..









 buku ni best lah..cerita best..kertas tebal perghh lukisan cantik

 buku pop up yeah! aku sebenarnya dah give up ronda kat dalam tu sebab banyak buku budak2 je..tapi last minit macam dah sampai jauh2 ni baik aku selongkar semua. meja pop up book ada satu ja..sedey wooi..dulu meja buku pop up berlambak weh tapi aku tak heran sangat (sebenarnya poket dah kering) sekarang tak de la pulak.. ada beberapa pembaca blog aku yang request cara buat buku pop up..tapi musim sekolah nk buat bahan memang aku tak sempat la..kat sekolah tengah buat kerja ramai pulak nak bersembang..time aku menganga tak dak sapa pulak nak mai sembang.lol.. aku bukan jenis buat kerja sambil sembang ni lagi2 buat abm..kena concentrate duk sorang2 baru jadi..banyak bahan abm aku yang tergendala buat separuh lepas tu tersadai macam tu je..aku jeles betul la dengan cikgu pemulihan yang banyak buat bahan kat kelas dorang. buku pop up ni adala aku buat sikit tapi mcam malu pulak nak tunjuk sebab aku buat basic ja..tak gempak macam buku aku beli ni...




 masa untuk mengemas and say hello to their new friends. now i have to wait until the end of 2017 baru boleh beli lagi..dah tak ada dah jelajah bbw ke negeri2..





just do whatever makes you happy =)

Sunday, November 27, 2016

supermoon



dah lama ek supermoon berlalu..aku baru nak update gambar...


 best malam tu..angin sejuk tapi tak sejuk macam biasa..sejuk macam biasa kat Kroh ni menyucuk tulang urat bagai..



time ni jam 10 malam..


cahaya bulan seterang lampu belakang rumah aku..terang sungguh.




kbye.




Friday, November 18, 2016

Hai


 Assalamualaikum..hai...!!!

Ya Allah....lama gila aku tinggalkan blog aku ni..
Maafla aku busy.. bukan busy kerja tapi busy benda lain..huhu.. mak abah aku dapat pergi buat ibadah haji tahun ni..tapi panggilan tu dapat agak suntuk..jadi aku pun terkejar-kejar jugak la uruskan dokumen, medical checkup, beli barang2..boleh tahan jugak la perbelanjaan tu sebab barang semua nak kena beli baru tapi alhamdulillah semua ok..aku pun tak da feel nak update blog sebab banyak berulang alik lebih 300km Kroh-Selama-Taiping -Kroh..kena kejar masa untuk uruskan dokumen semua perghhh tapi aku puas hati dapat buat untuk mak abah..aku nak pahala je. Dulu masa mula2 berulang alik macam tu memang letih dan stress tersangat lah amat..ha tudia nak habaq mai.pagi kat sekolah, abis waktu sekolah je terus drive balik selama, terus drive ke taiping pusing satu taiping balik selama lak beli barang dapur siap2 dan terus balik Kroh..tapi sekarang dah kurang stress tu sebab aku cari jalan macam mana nak buang overthinking dan stress yang huduh itu. caranya ialah makan! yes..kadang2 kena drive balik Kroh dah malam sensorang pulak tu jadi untuk hilang keletihan tu aku bli makanan yang aku suka. lamb chop. sampai budak kedai tu pun dah tau aku nak order apa. pfft

 sebelum berangkat di Kelana Jaya.. (itu bukan bapa gue)

 orang yang naik wheelchair ada laluan khas.

 ramainya amat..harap2 aku dapat pergi buat haji jugak... T_T... ramai juga famili yang bawa bekal suasana macam berkelah wow..tapi jangan risau sebab sini ada staf THaji jual makanan nasi lemak, bihun, air minuman etc..just sedia duit je.khemah untuk rehat pun banyak.

 dalam keramaian yang penuh syahdu itu aku harap korang yang hantar famili ke Mekah, tengok2 jemaah haji lain yang nak berangkat tu..kalau macam kita yang dah kerja hidup pun ok makan pakai semua cukup cuba intai2 jemaah yang kalau kita tengok beg pun kita tau dia orang susah..jangan berat hati dan tangan hulurkan duit untuk jemaah tu..moga2 berkat dia doa kat kita di sana...                ( aku tak buat pun sebab dok kalut ngan famili aku-sekarang menyesal )


 tunggu 2 jam lebih kat pagar belakang dengan harapan dapat lambai mak abah atas bas pun jadila.

aku tak nampak mak aku..lalala maka tinggallah aku keseorangan balik kampung mingguan bersihkan rumah.. bahaya gak tak balik tengokkan rumah kang ada benda lain plak buat harta.
mak abah aku bertolak 31 Ogos..pertengahan bulan Oktober baru balik..alhamdullillah semua dah selesai..


ok lain kali pulak update..bye!










Tuesday, September 20, 2016

Malam Gala Dua Benua


assalamualaikum..hai!

baru ni sekolah aku dapat peluang buat persembahan peringkat dunia.. perghh weh dunia weh dunia! sekali sekala nak perasan ape salahnya kan..huhuu tak berapa nak dunia sangat sebenarnya..dua benua je..dapat la budak2 sekolah aku ngan ex student sekolah aku ni buat persembahan krung yao@ gendang panjang atas pentas dengan peserta budaya negara lain iaitu Romania, Turki, India, Thailand  dan Indonesia.. best wooo.. performance kontinjen semua negara perghh hebat weh...


rehearsal










dari SMK Batu Empat..kot..ke Kolej Vokasional Grik. ..sory tak ingat.

Romania.
sayangnya masa tengah persembahan sistem audio crack.dorang terpaksa buat persembahan tanpa muzik. 


 SMK Batu Empat. Dorang akan bertanding di Greece tahun depan.

Indonesia

India

India

Indonesia. Yang ni paling hebat bagi aku. macam dikir barat tapi pergerakan laju gila. gila punya laju. memang semua penonton ternganga.termasuk aku. syabas!

Thailand


SMK Batu Empat. Dorang menang persembahan terbaik tahun lepas di Turki. kenapa masa aku sekolah menengah tak de benda2 ni?

Turki. ada mamat hensem.



SK Tasek..yeayyyy!


kami bahagian penutup. masa gendang last, semua kontinjen dijemput ke pentas menari beramai ramai.. macam ..uhhh bestnya...






semuanya best. tapi dalam pengurusan program aku harap la jangan buat macam kita ni mundur sangat.Bagi aku and the gang yang dah biasa terlibat dengan benda2 peringkat daerah,negeri dan kebangsaan ni tak berapa nak puas hati dengan pengurusan program ni.. ye la nama program pun dah grand Malam Gala Dua Benua.. tapi persediaan tempat, pengurusan sistem audio, peserta macam...out. kalau aku jadi peserta pergi pulak ke negara luar tapi tengok keadaan tempat macam errrr...ni program peringkat daerah ke? erghhh..bukan apa..kalau dah jemput orang negara luar jangkaan pengurusan program pastilah tip top..tapi tengok macam ish ish..tak pelah..aku pun tak tau ada masalah apa di sebalik tabir yang penting lepas buat persembahan mantop blah balik tidur ah.

p.s: beria aku record video balik test kat laptop satu video pun tak de..sedeyyyy.