assalamualaikum...
haiii!!
lamanya tak update blog. bukak blog sendiri pun dah jarang2.. ok aku nak story sikit pasal kursus yang aku pergi baru2 ni.. sebab kursus ni best sangat2 dan memang tepat kursus ni untuk orang macam aku pergi.. kursus 'i want to be super executive ' with mr Hafiz Mustafa aka CuteCarry!!!
sebenarnya aku berharap sangat2 pihak jpn ke..ppd ke..kpm ke buat kursus/seminar untuk kakitangan awam especially guru2 sebab kadang2 motivasi aku pada kerjaya guru ni macam dah makin tenggelam di dasar lautan hindi. aku rasa bukan aku sorang yang nak kursus pemantapan jati diri guru..aku rasa ramai lagi guru2 baru n veteran yang nak..bukan setakat tingkatkan motivasi dalam kerja tapi jugak macam mana nak jaga penampilan dan protokol seorang guru..aku rasa sebab tak ada kursus jatidiri guru lah yang menyebabkan guru2 sekrang cepat melatah/melenting dalam media sosial bila ada isu yang libatkan murid/makbapak..aku rasa kalau u all cikgu sebenar, u all rileks/cool je bila semua orang kecoh pasal cikgu itu la cikgu ini la..kalau cikgu sebenar dia tak upload
benda bukan2 yang mencemarkan nama sekolah atau integriti cikgu2..(eh,jap aku ada buat camtu tak ha? hahahaha) selain tu jugak bila cikgu2 diberi banyak tugas bukan mengajar,semangat mengajar kami semakin pudar..cikgu2 memang serba boleh..semua boleh buat tapi kami pun nak kekuatan mental dengan dorongan dan galakan. macam yang kami buat pada murid2. kembalikan semangat keguruan kami! cewah.
panjang pulak intro aku. so, aku pun mendaftar kursus ni sebab ada iklan kat instagram. Walaupun jauh di seri kembangan ahhh redah jelah..terhad 30 orang je. Mana nak cari kursus super executive seramai tu.Biasanya kursus dia sampai 200 orang. Bila sikit ni baru best.
So hari rabu selepas berada 4 jam di sekolah aku bertolak ke Tanjung Malim. Aku kena ada di sekolah dulu sebab KPM check keberadaan guru. sobs. Dah tu pulakk aku dapat cuti sehari je. Lepas habis kursus kena rushing balik Pengkalan Hulu .. hari khamis di KL hari Jumaat di sekolah perghh.. Belum separuh jalan cermin kereta aku kena batu sesat. Prakkkk!! retak sikit.Sebab tak berderai aku terus drive tak berenti tepi pun. Gelabah jugak. Beli salofan tape kat Gerik tampal dulu. Ronda Grik n Kuala Kangsar tak ada kedai boleh repair cermin kereta.sobbssss. Tawakal je lah drive ke TMalim . Doa banyak2 harap2 tak berderai. Tapi pecah tu nampak makin menjalar huhu..alhamdulillah sampai TMalim tinggal kereta kat rumah adik ipar tolong bawa repair di kedai Dr Cermin. Aku pulak terus gerak ke KL sebab dah booking hotel. Sampai Seri Kembangan dah jam 7 malam.
Nak tau tak batu tu datang dari mana? Cikgu sekolah aku cerita tempat aku lalu tu memang ada orang tunggu balik semak lastik batu kat kereta. Tujuan sama ada nak upah on tow atau saja tengok orang mati eksiden. Ntah la.Seblum ni aku lalu pernah nampak ada kaca bertaburan tapi tak nampak kesan eksiden..hmm..lagipun batu yang melayang tu datang dari arah tepi jalan. Kalau batu terpelanting dari kenderaan depan aku tak rasa sekuat tu lantunnya. Memang aku syak lastik. Aku doakan orang yang berbuat jahat tu insaf.
Mak aih panjang gila intro aku. Ok ini kisah intipati kursus super executive: kami start 8.30 am dengan penceramah En. Hafiz Mustafa. Adik aku rekomen sangat aku pergi kursus dia sbb dia pernah join di UPSI. Tapi serious best sangat. En Hafiz ajar perkara paling penting hidup gembira ialah bersyukur, be positif, jangan sesekali judge orang, lantak apa orang nak kata dan buat apa yang kita suka. Rezeki kita akan semakin luas jika kita sentiasa bersyukur. Bila benda tak baik berlaku, kena ingat ada orang lain lagi teruk so banyakkan bersyukur..
CuteCarry Training Centre Seri Kembangan
Bab positif ni penting. Pemikiran aku sentiasa negatif. Lepas dengar pengalaman en. Hafiz mengenai minda negatif aku belajar untuk tukar mindset aku. Aku perasan bila aku nak cepat so aku drive laju..tapi masa tu laa ada kenderaaan terhegeh2 nak keluar simpang la..tak bagi signal la..aku start marah..bila aku dah start marah berturut pulak sepanjang jalan tu ada je kenderaan keluar simpang depan aku..terhegeh2 pulak tu..perghhhhh kalau la aku boleh smack down sekor2..tapi lepas tu aku perasan 'apehal ni tetiba semua nak keluar simpang ni' lepas tu aku try rilek..tenang..tau tak ape jadi...lepas aku dh tenang tu tak de sebijik kenderaan pun keluar simpang dah! jalan aku lapang je!perghhh.. so bila u all dah start negatif tak kisah la sedih ke marah ke bengang ke cuba rilekkan minda set dalam kepala 'chill bro'. insha Allah semua ok. Sebab bila kita negatif akan menarik lebih banyak buruk datang pada kita. Amacam? Nak lebih lanjut haaa kena datang kursus dia tau. Best sebab dia banyak cerita pengalaman hidup dia.
LAW OF ATTRACTION
'jangan beri tenaga negatif pada orang/benda kerana ia akan berkuasa ke atas kamu'
'Like attracts like'
Branding Yourself
Image A-B-C
en. Hafiz ajar juga tentang cara how to take charge of your life, protokol dalam majlis, penjagaan diri dari rambut sampai kaki dan apa yang kau patut pakai, personaliti etc...
Bab ni aku memang kena bambu la hahahahha....aku sejenis makhluk introvert..like super introvert..ini semua ada kaitan dengan masa silam aku yang berjerawat yang menyebabkan aku tak suka diri aku jadi perhatian..aku kalau boleh nak jadi halimunan..pakai pakaian yang suram agar tak ada siapa perasan kehadiran aku..haaa serius aku ada masalah mental.. aku banyak baca tentang mental illness dan depression..anxiety disorder..social anxiety..Yess aku ada simptom semua tu.. mula2 aku rasa 'cool, aku ada mental illness' tapi makin lama aku rasa makin teruk.
Kenapa aku pilih jadi loser sedangkan aku rasa potensi besar boleh smack down semua orang yg buli n pandang rendah aku. Mental aku sangat negatif sbb aku baca air muka orang. Aku buat anggapan sendiri. Aku judge orang lain (in my mind) Aku fikir orang tak suka aku. Aku jauhkan diri dari masyarakat. I've been fearful. Fearful of failure, fearful of rejection etc.
Untuk cakap tentang masalah mental kena cari orang yang betul. Kaunselor, motivator so on..tak ada guna kau cakap dengan rakan yang semulajadi confident tentang masalah kau sbb diorang takkan faham..sebab tu aku mencari2 seminar/kursus tentang mengubah diri. Dalam kursus ni aku rasa en.Hafiz sakit mata tengok penampilan aku..hahahah..kebanyakan baju aku semua hitam kali ni aku usaha beli baju kaler lain..tapi en. Hafiz kata aku pakai macam orang kampung...hahahhaha memang betui pun..dia banyak tegur aku direct tapi in a fun way... sangat2 kelakar orangnya..kalau dulu aku macam jenis kecik hati kalau orang gelakkan aku..kritik aku tapi serius kali ni aku kalau boleh nak catat setiap kritikan dia sebab kritikan dia sangat positif (and kelakar!) terima kasih en. Hafiz dan rakan2 kursus kerana sangat supportive. Walaupun tak kenal semua tapi diorang baik2 bagi semangat dan galakan. sobbsss.
en. Hafiz turut buat tutorial pakai shawl cara paling mudah dan cepat. Aku dah start pakai shawl sejak 2010 tapi masa tu semua orang dengan tudung awning..ariani..so on..so aku mcm erghh dah la shawl tak bnyak jual mcm sekarang..macam kekok pulak sorang2 beria bershawl..jadi aku kembali ke bawal..sampai sekarang..imej aku kat sekolah macam tu la dari dulu sebab selesa mcm tu. Tapi lepas kursus ni aku harap dapat tukar penampilan.Tapi kena beli dulu la shawl innner bagai...stok bawal banyak sangat.. kursus ni jugak ajar tentang warna yang sesuai dan betul dengan kulit muka. Rupanya aku kena pakai warna yg aku paling anti selama ni. Sebab aku introvert aku pilih warna tudung yang gelap supaya tak menonjol tapi en.Hafiz ajar n support aku pakai kaler yang betul..
Sebenarnya dah lama aku teringin nak ubah penampilan tapi aku tak tahu apa yang sesuai untuk aku. Bila aku hentam pakai lagi la teruk penampilan. Dari kursus ni en. Hafiz suruh aku pakai kemeja putih..shawl..and suit. Lagi satu aku banyak beli baju tudung barang cantik2.. adik beradik aku pulak semua perempuan..bila aku ada benda cantik2 dorang mintak' eh angah,cantikla bagi kat aku' so aku pun berasa kasihan lalu aku bagi begitu sahaja. Dan aku teruskan kehidupan dengan memakai barang2 lama dan lusuh aku..lepas tu diorang sound aku 'hang ni ngah, cuba la pakai cantik2 sikit' boleh tak aku nak slam dunk siblings aku lepas ni?
my colours
Perghhh banyak sungguh ilmu dia bagi..jenis yang tak rahsia apa2 ..cerita terus a-z ..kasut yang sesuai, jeans, baju.. sangat tak kedekut ilmu..kalau aku tulis semua memang panjang ah.. kalau korang semua nak khidmat dia bagi talk di sekolah ke..jabatan ke..terus contact je..jangan lupa ilmu itu tak datang dengan percuma..tapi tak kisahla sebab berbaloi sangat dengar talk dia. Kursus aku pergi ni orang tak ramai jadi nak tanya apa pun tak la segan..tanya je..
En. Hafiz suruh aku balik nanti bakar tudung ni. hahahahah.sebab kaler tak sesuai dengan kulit aku.
Dia boleh bagi talk bukan sekadar image consult tau ..banyak lagi macam Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan.
Kalau nak khidmat beliau hubungi talian 0193290397 atau 0124733545 atau 0194432763
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
dan ini link beliau dalam media sosial lain
cutecarry.com
instagram.com/cutecarry
https://www.facebook.com/pages/CuteCarry/221461321245365?fref=ts
Semoga en. Hafiz terus sukses bukan saja dalam Malaysia tapi peringkat antarabangsa.ameen..
meh sambung sikit. Habis kursus 5pm tu terus balik Tmalim sampai dalam jam 11 malam..huuhu alhamdulillah cermin kereta siap ditukar baru. (melayang rm480) tidur sekejap jam 2.30 pagi gerak drive sensorang balik Pengkalan Hulu. takut? Ada la sikit tapi aku lagi berani drive sensorang malam2 buta daripada berdiri depan orang rmai. hahaha. Jam 6 pagi baru sampai Pengkalan Hulu siap2 terus pergi sekolah.
that's all for now..bye!
No comments:
Post a Comment