assalamualaikum...
baru2 ni kami kehilangan rakan sejawat. kehilangannya terlalu mendadak. sampai sekarang aku fikir dia masih ada...cuma tidak hadir ke sekolah.. semasa berdiri di pintu pagar waktu pagi masih ternampak dia drive masuk sekolah sambil senyum..padmini a/p padom... tujuan aku catatkan penulisan ini kerana kenangan sebagai seorang sahabat..aku harap kekal dalam ingatan..
pada hari isnin dan selasa dia ada di sekolah seperti biasa..hari rabu padmini ambil cuti sebab perlu medical check up di hospital. padmini ada cerita dia ditahan wad sehari sebab kencing manis tinggi.19. hari khamis pagi dia masih mengajar seperti biasa. pada jam 8.30 pg cikgu riduan nak masuk kelas dia tapi padmini masih di tempat meja guru kelas tak berganjak dan nampak bingung. tak lama lepas tu murid kelas dia datang minta minyak angin. kami tak sedap hati pergi jenguk. aku sangka dia demam sebab tahun lepas dan tahun ni banyak kali juga dia mc sebab demam. mungkin tak biasa cuaca sebelum ni dia di sk dala.
pada masa tu aku cakap kat dia masuk la bilik rawatan untuk baring, dia masih boleh respon jawab..eh takpe..ok je ni..kemudian cg marina hulurkan minyak angin pada masa tu refleks dia sangat pelik. mendiang nak capai minyak angin tu tapi nampak bingung.seolah olah mendiang tak nampak. kami sepakat nak bawa ke klinik. aku perasan mata dia dah kuning.anak mata membesar. pada masa itu mendiang tak boleh kawal pergerakan. cg hani sendiri sarungkan sandal di kaki mendiang. kami bawa klinik dan sampel darah diambil.pada masa tu mendiang sukar nak bersuara/gerakkan mulut. kami bawa mendiang ke urine test. tapi sebelum nombor dipanggil mendiang mengadu nak muntah. masa di toilet lepas muntah mendiang memang dah lemah. nak angkat kaki pun tak boleh dah.. aku basahkan muka mendiang dengan air tangan menggeletar sebab paut dia daripada terjatuh.. aku pujuk dia.. tak apa padmini..lepas ni padmini sihat..jangan stress..fikir sihat je ye.. dia angguk perlahan..alhamdulillah masih ada respon. cg marina keluar panggil staf misi minta tolong papah mendiang atas wheelchair.
mendiang dibawa masuk semula ke bahagian kecemasan untuk diambil sampel urine. masa tu aku, marina dan cg wan terkejut tengok paket urine berisi darah. Ya Allah...masa tu kami memang dah terdetik mendiang dalam keadaan kritikal. kami tunggu parent mendiang datang baru kami beredar. pada hari tu juga mendiang masuk icu hospital sg.petani. setakat ni kami diberitahu mendiang dimasukkan air garam sahaja. kencing manis meningkat kepada 26.aku nak jenguk mendiang di hospital tapi aku perlu bawa parents berubat di perlis. daripada wassap, doktor pakar akan memantau perkembangan beliau tapi malam sabtu padmini dah koma.dia tak dapat bercakap (kancing gigi ) mulut berkudis / berbuih...
hari sabtu 7 Mei 2016 jam 1 petang kami dikhabarkan Padmini dah tiada kerana kegagalan jantung..ya Allah..mendiang baru sahaja dikebumikan pada isnin 9 Mei 2016..kami mencari2 punca sakit padmini sebab dia sangat berahsia even pada famili dia sendiri..mendiang ada cerita sakit 2 minggu lepas tentang dia rasa kebas bahagian kanan badan..aku pun cakap eh..jaga2 takut benda tu stroke..ade kencing manis dan darah tinggi ke..masa tu dia cerita kencing manis dia 19..mendiang pun dah start tidak makan nasi, pada aku mungkin punca dia makan benda manis. aku pun dulu pernah stop makan nasi, mulut rasa nak makan benda manis je..hasil diagnosis doktor mengatakan punca kencing manis terlalu tinggi boleh menjadi racun sebabkan otak bingung, attack buah pinggang, simptom sawan dan kegagalan jantung. semua ni boleh berlaku dalam tempoh 24 jam sahaja.
mendiang tak banyak bercakap. dia lebih selesa bergaul dengan murid2 daripada kami yang suka bersembang ramai2..aku pun banyak terhutang budi dengan dia masa aku beli rumah tahun lepas. aku banyak tanya dia pasal mengisi borang permohonan..dia pun banyak kali ajak aku sambung belajar master.. dia pernah tanya aku tengok tak tv hijrah waktu petang..aku masa tu tergamam gak la nak jawab sebab aku dok tengok hbo tak pun cerita korea..dia kata ada ustaz cerita tentang kiamat..best ulasan ustaz tu.. aku lak naik segan sebab dia penganut kuat kristian ... mendiang sendiri dah memiliki sebuah rumah dan berhasrat tinggal bersama ibu bapa lepas bapa beliau pencen nanti...
memang rindu sangat dia..hilang satu2nya kawan bujang aku di sekolah..
No comments:
Post a Comment