assalamualaikum...
haiiii Ya Allah...rindunye aku mengupdate blog seperti pungguk rindukan bulan.
sejak bulan 9 lagi nak update..tapi masa tu aku terjangkit demam pergh lama dah aku tak rasa sakit demam.Alhamdulillah Allah bagi kesihatan baik kat aku tak terjangkit lama dah demam selesema walaupun orang keliling aku dok soksek soksek hidung tersumbat segala..
program terbaru sekolah aku kiranya program besar-besaran lah tahun ni kami buat majlis anugerah kecemerlangan + karnival. kalau buat majlis anugerah pun dah semput tambah pulak karnival bersemput semput la kami cikgu 11 orang dan pibg dan 3 kakitangan sekolah. buat pula waktu cuti sekolah..ye cuti sekolah..bulan 12.. ye ye aku dengar bisikan halus korang tu apehal buat majlis anugerah time cuti sekolah. kelebihan kami ialah kami menurut perintah. sekian.
sebelum aku hilang ingatan atau tak de mood nak cerita, baik aku cerita sekarang ye tak..
sebulan lebih planning cari dana, penyertaan karnival, siapa yang terlibat, agih tugas, jemputan etc.. dukacita bajet takde.sapa la yang nak menyumbang zaman gawat gst ni. semua orang pemurah tapi murah senyuman sebab itu je yang mampu bagi. aku pun sedekah gak la senyuman tapi senyum kelat la banyak kerja nak buat hoi. kutipan sumbangan penduduk kampung amat baik lebih kurang rm1000..ok lah kan..dorang pun penoreh getah je.kira hebat dah tu. tapi nak harapkan rm1000 untuk cover majlis memang tak cukup.makan minum tetamu je dah hampir rm1000.
pengurusan karnival dan hari anugerah diuruskan oleh mastermind Cg Hani. dialah yang uruskan siapa nak masuk pertandingan, ape jenis pertandingan, permainan, jualan gerai dan susun atur majlis. jadi kesimpulannya majlis ini memang gah lah..dengan tenaga berapa kerat ni isk isk..memang bukak mata pergi sekolah tutup mata laptop masih menyala..stress tak payah cerita lah kawan2 sekolah lain dah tenang menikmati cuti kami masih berulang alik sekolah pagi ke petang. aku uruskan surat menyurat, jemputan, buku program. buku program ni saja aku buat last minit sebab aku tau sampai ke hari majlis nanti mesti ada je benda nak ubah nak tambah. nak buat 50 kali takpe cuma membazir kertas dan dakwat printer aku je. dahlah kalau printer rosak abis dakwat repair pakai duit sendiri. dan macam biasa bila dah dekat tarikh dengan majlis laptop atau printer akan buat hal. maybe diorang pun dah stress bila la pompuan ni nak berenti. oh ye lupe plak. karnival ni start jam 10 pagi sehingga 3 petang. kemudian bersambung majlis anugerah.jam 5 petang sambung semula karnival sehingga jam 11.30 malam.
banyak betul la aku membebel ntah korang baca ke idak.
kelas aku dah jadi bilik operasi sobbbsss
malam sebelum majlis..gotong royong persiapan dewan dan lain2
hari sebelum majlis dari pagi ke 12 malam aku duduk kat sekolah tak abis2 print dan fotostat. memang tak tun tuang ah. muka dah selebet pokok getah lagi cantik
pagi hari eac.
bantuan pibg, ibu bapa datang tolong
aku dah cakap dah..belon tu tak tahan sampai ke petang..tengah hari panas confirm habis meletup korang tak dengar. tak pe lah aku dah biasa membebel sorang2.
raptai final
karnival bermula. permainan ala2 fun fair di incharge oleh pibg dan ex student. game lucky straw, dart, rumah hantu
jualan nombor cabutan bertuah.
photobooth
aku incharge pertandingan kek. konon2 nak makan kek banyak la kan sebab jaga bahagian ni..last2 tak lalu secubit pun sebab dah penat sangat.
pemeriksaan kesihatan percuma oleh klinik kesihatan
tarikan utama..suppa duppa belon besar.. malam baru banyak sambutan..waktu siang panas terik.. kalau ikutkan aku pun nak melompat menjerit atas belon ni sebab .. sebab stress la... tapi kang budak2 takut plak. lolll
buku program aku buat. Ya Allah jenuh pikir idea nak bagi buku program sama grand dengan pentas..last2 tawakal la cari bahan kat daiso..sempena krismas ni banyak barang cantik2..reben emas dan pembalut hadiah dua kaler buat balut buku program vvip.
ketibaan perasmi diiringi gendang panjang. gendang panjang memang trademark kg tasek/orang siam sini..best dengar diorang main.
perasmian SK Tasek First.
juri pertandingan kek.
jualan makanan
team rumah hantu yang superbbbb!
ex student tasek bagi kerjasama mantop buat rumah hantu dengan dibimbing oleh cg wan n cg riduana ehehemm.
sampai beratur panjang tunggu giliran masuk.
pertandingan pakaian tradisional
penyampaian hadiah pertandingan kek dan pakaian tradisional
sesi karaoke
sesi akhir cabutan bertuah tamat jam 12.30 malam. but thats not the end my dear. rupa sekolah dah macam dilanda ribut. esoknya gotong royong kemas pulak. kelas aku pulak macam gempa bumi. bersepah sepah..alhamdulillah member tolong kemas..lega.
antara benda best bagi aku..dapat jumpa balik murid2 pemulihan aku..dah besar panjang dah diorang..dah tua dah aku..sobbs
vivoy!! dia paling rajin tegur aku.. kalau korang rajin rujuk balik post aku berapa tahun lepas aku cerita pasal dia yang asyik tunduk malu nak angkat muka.. dalam conversation aku dengan dia masa mula2 masuk pemulihan dia tanya gambar dalam buku tu binatang apa..rasa macam baru je dia keluar dah besar tinggi lampai hensem isk isk
channadorn! budak ni bagus..tak ada masalah disiplin..cuma belajar lambat sikit.. sikit je..tinggi sungguh dia sekarang.hensem lak tu. kalau cikgu tau korang besar hensem mcam ni cikgu akan layan korang baik2 kahkahakah..k lawak je.
suriya!! budak ni pun baik..tapi belajar lambat sikit..kadang2 kesian tengok dia asyik kena marah dengan cikgu2 sebab tak dapat ikut macam budak2 lain..but nevermind budak2 otak masih belum berkembang sepenuhnya..tak semua budak sama. tak semestinya masa sekolah tak pandai tak boleh berjaya. mcam aku la.uhuk uhuk coiii
chencira! dia bukan murid pemulihan. saja bergambar sebab dia team rumah hantu.
mongkhun! dia bukan murid pemulihan..dia budak cerdik. masa sekolah ada la rupa comel jadi igauan gadis sekolah lain sebab dia keeper bola baling bola sepak pergh memang bergaya macho lah. sekarang bertambah hensem aku pun join grop gegadis tersebut lollll.
saje letak muka separuh..bila stress naik jerawat banyak.
ok bersungguh aku menaip tengah malam buta ni.hargailah pengorbanan masa tidur aku waktu cuti yang tinggal berapa hari je ni wehhh..minggu depan dah start mesyuarat! persediaan awal tahun kena start minggu ni wehh hmm nak pergi mengorat pun dah tak sempat..membujang la jawabnye..
k bye