Monday, January 29, 2018
hai
assalamualaikum...
baru masuk 5 minggu sekolah..tapi rasa macam dah 3 bulan... sejak hari pertama sekolah sampai sekarang tidur tak lebih 5 jam. kalau dulu aku kurang tidur 2 hari badan dah bagi respon macam komputer nak habis bateri..kebas semacam..pening lalat...tapi kali ni 5 hari tidur 3 jam badan aku steady lagi..muka je la dah ponti. Risau, stress, susah hati , sakit hati semua ada lah..tapi aku sendiri yang cabar diri aku ambil task ni..aku tanggung takpe. tapi bila dalam satu masa ada 10 task kena settle u all rasa aku boleh tidur ke? uhukkk
i miss my bed soooo muchhhh
sampai satu tahap aku rasa kaki dan tangan aku terikat kat meja menghadap laptop ditimbuni fail sekolah. what a life ?! i think i can do it just fine but sometimes i need to talk to others about my feeling. i feel good if people can listen and understand all the burden inside of me but it getting worse if people think it not really big deal or just bear with it. i would like to keep all the problem to myself but it also make me want to do something bad. like toreh my skin, or merokok or hantuk kepala ke dinding.. aku terpikir semua tu sebab tak tahan beban kerja tanggung dalam kepala. korang akan tanya kenapa tak buat benda sihat..pergi berjalan jalan ambil udara segar or whatsover..my dear i dont have time to do that anymore.. setiap hari aku berharap aku dapat tidur masa yang lama tanpa ada satu perkara kerja pun dalam kepala aku. kesan besar daripada stress ni berat aku naik dan terus naik sebab tidur tak cukup, makan pun tunggang langgang tak sedar telan ke kunyah. kalau buat bisnes ke untung dah juta juta kot hahahah...minggu ni rasa ok sikit mungkin dah sampai tahap lantak kau la kerja! aku buat ke tak buat ke tetap kena berjaga sampai 3 pagi.
aku overstress mungkin disebabkan aku baru pegang kelas perdana. aku belum mahir penulisan rph+buku teks+rpt+dskp semua tu. ye dapat subjek senang tapi semua tu kena be prepared bukan masuk kelas cakap je..dapat pulak tahun 1 tahun ni semua aktif tak boleh duduk diam. kena perah tenaga control kelas. nak rotan tak boleh apa pun tak boleh jadi aku guna kuasa veto aku je la.
tugas sampingan pun kena jalankan jugak su kuri, su upsr/saps, su sukan, penyelaras 3K, penyelaras keselamatan sekolah, penyelaras permata pintar, ketua panitia...masa mengajar 33 waktu.. pegang 2 jawatan baru itu yg agak huru hara sikit hidup.
alhamdulillah dapat menikmati pemandangan ni. ini di kampung tasek tau. nampak cantik tapi dah ragut banyak nyawa.banyak kisah mistik kat sini. aku tersadai kat sini sebab jaga checkpoint merentas desa.
2 minggu lepas aku ke klang dengan famili untuk kenduri kawin sepupu aku. akhirnya dapat jugak aku keluar melihat dunia selain sekolah.
hmmm aku nak pakai alas meja glitter camni gak ah
10 jenis air, manisan, nasi arab perghhh
comel sangat majlis ni ..nak beli karpet rumput gak ah letak dalam rumah. pengantin pun comel soobb.
aku tak ada benda lain nak update dalam kehidupan seharian selain fail buku sekolah jadi aku up kan gambar makanan sebab ye la aku stress kan jadi benda yang boleh hilang stress bg aku ialah makanan. hilang sekejap je la sebab lepas tu stress tengok seluar tak muat.
sedap betul aiskrim ni..rasa isi durian tak macam aiskrim lain nama durian tapi bau je durian rasa tak dak. kcik macam ni harga rm5.80 huhu.beli di kedai halal apatah di tanjung malim.sebelah taman slim.
sebenarnya aku berangan nak lepak coffe bean di aeon taiping sebab situ tak ramai orang. bila aku dah plan cenggitu tuptup coffe bean tu tutup wehhhh...tak leh survive kot sewa mahal. bukan selalu orang p situ. selalu penuh starbuck ja.
minggu pertama mengajar tahun 1 program transisi aku tak boleh control air muka aku. aku kena komplen aku tak tegas dengan murid tahun 1 (plus diorang sangat bising) but nak buat camana weh basic aku pemulihan khas. aku kena layan budak baik2 lagi2 budak pemulihan bermasalah..so aku bawa la sikap tu ke tahun 1 memang melampau la budak2 tu. akhirnya aku bertukar garang dah tu pulak jaga kelas tahun 1 dari pagi ke tengah hari mau tak muka aku kena berkerut ..dan aku tak sengaja bawa muka berkerut aku ke shopping mall. makan ni pun muka berkerut.
kelas pun serabai lagi ... pelan2 lah ye..aku pun tak berduit nak hias kelas lawa2.. kalau ada duit pun aku tak da masa nak tengok kelas..tengok fail pun nak muntah.
ok bye. sambung kerja
Monday, January 1, 2018
Happy New Year
assalamualaikum...haiii....
tatkala semua orang bergembira menyambut tahun baru..aku dan cikgu lain dok pulun siapkan rancangan mengajar..
sempena tahun baru ini aku bukan lagi guru pemulihan khas tapi guru kelas Tahun 1.. sobbsss sedihnya tinggalkan pemulihan khas...sedangkan masih ada lagi murid yang perlukan bimbingan rapi..yang tak boleh belajar dalam persekitaran kelas perdana.. tapi kena tinggalkan diorang sebab jawatan guru pemulihan di sekolah kurang murid dimansuhkan.. otak aku masih tak boleh nak terima aliran perdana sebab aku sepenuh masa mengajar pemulihan khas.
sebelum keluar berita ni beriya aku nak deko balik kelas pemulihan.siap beli wallpaper kaison segulung rm19.90. (pakai duit sendiri la mana ada peruntukan) adala guna dalam 5 gulung balut dinding bagi lawa. tapi tak apalah walaupun bukan jadi kelas pemulihan tapi dah bertukar jadi kelas tahun 1.
tahun ni pendaftaran ramai gila. biasanya pendaftaran tahun 1 ada la 7 orang, 9 orang dan tak lebih dari 13 orang..tapi kali ni 17 orang bebbb. kahkah kalau cikgu sekolah besar baca ayat ni mesti diluku kepalaku.setakat 17 orang apalah sangat kelas diorang dampai 35 orang.baru sekelas..kalau tahun 1 ada 5 kelas perghh gempak. murid tahun 1 yang mai daftar 10 orang ni pun menjerit jerit sampai cair taik telinga aku ini kan pulak 35 orang..apa pun aku bersyukur kerana masih hidup sampai sekarang. masalah besar aku ialah orang tak dengar cakap aku sebab suara aku pelan..ibarat gemersik syahdu gitu..teringat aku masa mula masuk mengajar banyak kali gak ar aku hilang suara pada hal budak ada la 12 orang ja bersempit sempit dalam kelas kecik. apa yang aku jeritkan ntahla sampai hilang terus suara tu. bila aku kuatkan suara bunyi macam aku menengking pada hal aku kuatkan suara ja tak pham betul la.
azam korang 2017 dah tercapai ke? aku plak adala tercapai 1-2 daripada 25 azam aku..choooiii azam la sangatkan tapi alhamdulillah dapat jugak akhirnya. dapat beli buku kat bigbadwolf tu salah satu azam aku la tu..berat badan ideal je tak capai sejak 10 tahun dulu. cancel je la azam berat badan ideal tahun baru ni.kahkah.
cikgu wan pun dah pindah sekolah demi mencari kepuasan hidup dan melepaskan diri dari belenggu zon selesa. tahniah cikgu wan! bukan mudah nak mulakan hidup baru selama 25 tahun di Tasek..akhirnya cikgu wan bebas!hoyehhh! aku pun terfikir nak keluar tapi aku harap aku dapat teruskan pemulihan sebab itu teras aku..tapi nasib la dah jadi guru perdana..
aku dah penat otak nak mengarang .. sejak dua menjak ni asyik tidur lambat siapkan kerja. pelik betul sebelum ni tak pernahla berjaga sampai 2-3 pagi buat kerja sekolah. kalau ada pun sekali dalam 2 tahun kalau kena isi data ke apa sistem slow tak pun sebab program peringkat negeri/kebangsaan. tahun depan siapla tak tengok langit dah dok mengadap laptop je weiii...
ok la bye..nak sambung buat rph.
Labels:
happy new year,
new you,
omong
Subscribe to:
Posts (Atom)