Saturday, December 29, 2018

Me and books


assalamualaikum..hai..

punya la berat nak update blog ni wehhhhh..saper yang ada komitmen pastu sempat lagi update blog memang kau terbaikk ah! berapa kali dah aku tertidur depan laptop konon nak blogging lah ..konon.

sesungguhnya busy aku masih tak surut. Sejak bulan Mac berterusan latihan bola tampar daerah. Sekolah aku pulak jadi tuan rumah untuk bola tampar daerah maka usaha untuk menang dan pegang title tuan rumah tu memang makan modal masa dan tenaga lah. Teringat dulu lepas spm kerja kilang ikut syif. Betul2 balik rumah untuk tidur je. Bukak mata terus siap pergi kerja. Apa jadi kat dunia luar langsung tak amik tau. Macam tu lah latihan ni. pagi sekolah, petang latihan sampai rumah dah gelap. Buka laptop siapkan rph, tidur. Dan berulang lah macam tu sampai April. Dapat la Johan pasukan perempuan dan naib johan team lelaki. Dan aku pun macam biasa tetiap tahun jadi pengurus pasukan ke peringkat negeri pulak. Maka berterusan pulak latihan dari Mei-Julai untuk pertandingan di Manjung. hmmmm.. tapi bawa team peringkat negeri kali ni tak stress sangat sebab player tak ramai. Serabut otak aku nak jaga 12 orang walaupun 3 hari je wehh..

Belum lagi program lain sepanjang April-Julai. Hari Guru, program perkhemahan peringkat zon, kelas tambahan tahun 1,mesyuarat,bengkel,program budaya...entahla..sebenarnya benda ni tak stress pun..tapi mungkin sekolah kecil cikgu 10 orang dan beban kerja macam untuk 40 orang guru, sakit badan tu masya Allah...

ok marilah aku update pasal buku.

big bad wolf kat ipoh of course lah aku pegi..dengan harapan dapat menambahkan lagi koleksi buku aku yang xde tempat dah nak letak. Beli berlambak lambak, bacanya tidak..huihuihui..aku sedar aku tak da masa nak habiskan novel2 tebal itu maka aku fokus kat buku bergambar je.. senang. tengok gambar baca sikit2 kira oklah tu.





Memandangkan aku punya anak buah yang ramai..yang semakin membesar dalam generasi yang bijak pandai ni maka aku sebagai mak sedara yang prihatin selain kaya juga berbesar hati mensponsor buku buku bacaan dengan harapan suatu hari nanti jika diorang dah jadik bijak pandai dan berjaya ni tak lah lupakan jasa2 aku ..wuerkk

sekali lagi aku frust tertonggeng sebab genre buku kegemaran aku tak ada banyak sangat..sedih tau kau datang jauh2 nak beli buku best2 pastu yang ada berlambak gila ialah buku budak2..baby...dan modul sekolah rendah dan menengah... wehhhh aku nak buku import weh. buku yang luar biasa tak ada jual kat mesia weh..


 untuk alisya

 untuk fateh

untuk chempaka

untuk budak sekolah aku

 untuk farel






 cantik buku pop up harry potter ni.. tapi aku tak beli sebab harga rm25..mahal la. buku pun nipis je. lgpun aku ada bajet 300 je..dulu 300 tu dapat 2 troli..sekarang setroli.


ikut hati nak beli tapi aku tau aku tak kan ada masa nak baca. hmm..klu jrr tolkien aku beli la.







 buku coloring cantik2  tapi ye lah 3 buah buku kat rumah xberusik lagi. hmmmm













ni je aku berkenan..









and yes aku pergi ke bbw di kl jugak!! yeay...pergi sorang2 naik komuter dari tanjung malim..kemudian naik mrt.. punya lah nak pergi jugak walaupun aku tengah sakit senggugut. nasib baik aku tak pengsan kat dalam miecc tu.. bila dah sakit macam tu tak ada maknanya aku  nak beli buku banyak2..sedih? ye bersambung kesedihan aku dari bbw ipoh ke bbw kl sebab lebih dari separuh jualan buku tu adalah children section..and school section..hmm puas berjam2 aku pusing mana la buku yang aku suka..rupanya kat hujung nak checkout bayar..coiiiiii..terus give up.

buku2 yang aku suka harga rm40 ke atas..selain tebal dan berat gila boleh jadi aku pengsan nak balik sat g. dah sorang2 nak balik naik komuter plak adoi..buku2 kat miecc ni plak banyak buku sama berulang2..wait mana berjuta buku tu?apesal table ni buku kurang..apasal tak loading baru..





menyesal lak tak ambil buku vampire ni..nampak gambar pun goyang tangan dah menggigil.



dan..sekarang aku jadi suka plak beli buku2 camni..dah la cover lawa2..kat mrdiy dan daiso..konon nye nak doodle lah kan..doodle celah mana ntah..


ok bye











No comments: