Monday, March 30, 2020

hei hei


assalamualaikum and hai..!


aku teringin nak lukis ikut imaginasi sendiri. tapi itulah..setakat ni tak berjaya lagi.







loolll tak sama langsung

looolllll kena praktis lagi


nah dalgona




ok bye.







Saturday, March 28, 2020

hei


assalamualaikum and hai againnn!!!

salam lockdown day-11 huhu

 Aku bosan. Kerja banyak tapi tak ada mood nak buat. Marilah menatap gambar mengarut hasil kebosanan aku hari ni.

 sejak 3 member shinee masuk kem, aku dan beralih ke BTS. hihihi...



 hensem gila haruma miura nih. dulu la...


 cd berlambak..dvd player tak de. hebatkan...hmmm


 teringin nak makan makanan korea.




tak sia-sia aku beli buku mewarna kat big bad wolf huhuhuhuhhu
masalah aku sekarang, aku tak cukup bahan mewarna. kedai tutup. perjalanan disekat.=(


sebelum ni selalu mengeluh dalam hati, bila la nak merasa lepak lama-lama dalam rumah sendiri..melukis, baca buku sambil hirup kopi starbuck,buat bahan kraf...bla bla bla.... nah sekarang ambikkk! lukis sampai lebam!  sebab aku selalu duduk tak lama dalam rumah. kalau ada pun petang n malam. hujung minggu balik kampung.

aku patut beli gitar atau piano sebelum lockdown ni.. =(


lalui hari esok dengan aktiviti yang sama... makan,tido,makan,tido.

bye!






Sunday, March 22, 2020

miss you!!!



assalamualaikum and hii!!

i'm back!!
sorry lama tak update walaupun ada la sorang je pembaca yang tanya kenapa tak update blog. muahahahahah..

Sebenarnya aku nak update masa cuti sekolah tahun lepas. Tapi banyak kejadian menyedihkan berlaku maka aku tak ada mood nak menulis. Nak meluah dalam blog pun bahaya jugak. Walaupun ni blog aku, suka hati aku la nak tulis ape kan..hmm

Tapi tahun lepas punya isu memang kaw2 aku menangis level macam orang putus cinta putus tunang whatsoever lah .. sepatutnya time cuti sekolah tu macam best boleh tidur lena tak payah pikir hal kerja tapi sepanjang cuti tidur aku terganggu.. panic attack.. bab makan lagi ah tak jaga.. dan sekarang berat aku naik bertan-tan. Masa tu aku betul2 lost..down gila.. sampai la start sekolah..
sekarang isu selesai..tapi berat bertambah tu tak boleh blah betul..

takde content so hadap la  gambar2 kehidupan.


 paling suka pokok jenis ni..pokok besar..daun kecik2 comel..sponsor pokok ni tanam kat tepi padang sekolah..dah besar dah..sobs..


dapat snap gambar ni pun sebab pergi joging dan jaga checkpoint merentas desa..kalau tak, memang tak de la peluang nak snap gambar camni.


murid aku tahun ni.. aku rasa aku punya semangat mengajar dan integriti cikgu dah down teruk tahun ni..aku boleh disiplinkan murid aku 2 tahun lepas..tapi murid tahun 1 ni aku banyak let go.. aishhh teruknya..harap2 lepas kuarantin ni aku berubah. loollllsss



team cousins

ini bukan lunch tau..ini breakfast..hahahahah


 lepas tu marah diri sendiri kenapa berat tak turun..hahahahaha


yeayyy tahun ni menang lagi tempat keempat..tak ada rezeki tempat ketiga..huhu tapi at least 2 murid dapat ke peringkat kebangsaan.



ok lain kali pulak update.. 
aku sebenarnya serba salah nak mengarang..
bila cerita pasal diri sendiri macam over plak..
cerita pasal orang lain, apehal plak
tak kan aku nak cerita hal ekonomi negara plak kan..
hmmm 
ok nak tido
malas nak pikir
selamat berkuarantin
sebagai introvert aku gembira
sebagai penjawat awam aku kesian kat staf perubatan =(
all the best for you guys