Friday, April 24, 2020

hey again


assalamualaikum and salam ramadan!

ok..bersambung lagi pkp..wow sebulan lebih tak balik kampung.pecah rekod aku tahun ni..

tak ada perkara menarik dalam hidup aku selain daripada menghadap dinding dan bergaduh dengan diri sendiri. lolll. tak boleh nak berleter kat sape2 kan..so berleter je lah kat diri sendiri.

 bunga kesukaan


 pokok kesukaan sebab tak payah menyapu daun dan tak payah siram. pandai pandailah hidup sendiri macam orang yang dok menanam dia jugak.






 paling aku kagum orang melukis dari imaginasi sendiri...soobbss

meanwhile me..

hmm lukis apa pun tak jadi..terus hilang mood..




ok bye






Sunday, April 19, 2020

hacker?



assalamualaikum and hi ..

seriously..akaun aku kena godam ke ape ni?

traffic blog  tinggi masa aku log in blog dan bangbangcon on youtube .. tapi tak sama dengan traffic nuffnang?

dan lepas bangbang concert gambar dalam blog lesap?

serious ah.


hilang mood aku nak update blog.


watch bangbangcon live on youtube guys! start jam 11 pagi =)


Tuesday, April 14, 2020

go away


assalamualaikum and hi again

percaya tak 2 hari ni 3 kali je aku bersuara?
aku cakap 'terima kasih' 3 kali....sebab hari ni aku pergi 3 kedai.
sepanjang 48 jam itu sahaja perkataan yang aku cakap dengan orang huhu..



 ahh black swan bts..


maaflah kalau korang rasa menyampah tengok makanan aku ni mcam ntah ape ape..



got go away mat today... macam best hehe lama dah aku usha kartun ni sebab ada dalam bentuk phone case, tshirt, carpet...

yoongi pun ade jugakk  =)




ok bye



Saturday, April 11, 2020

Tak semangat



assalamualaikum and hai

aku ni sikit lagi nak jadi youtuber...
tapi video mukbang lah...lulz
aku harap bukak sekolah nanti murid2 aku tak palau aku sebab tengok aku cakap sorang2 ke ape...
ye lah.. kuarantin sorang2 kat rumah ni nak bercakap dengan saper kan
aku cuma keluar ke kedai cari barang dapur 2 hari atau 3 hari sekali.
yang bagusnya sekarang keluar pakai mask..so tak ralat sangat kalau aku tak senyum kat orang..hahahhaha

aku sebenarnya kat kampung masa start cuti sekolah bulan mac ari tu..(tak de sape tanya, aku sendiri cerita)  tapi sepanjang kat kampung aku susah hati sebab fail murid UPSR tinggal kat sekolah. Aku SU UPSR so tarikh akhir pendaftaran tak lama dah. Biasala sejenis buat kerja last minit.
so... sehari sebelum pkp mula aku drive balik rumah aku.. memang rentas negeri lah. Dan aku tak tau pun sepanjang tempoh pkp ni tak boleh balik kampung atau luar kawasan dah.. huhuhuhu..
aku tahu pun malam sebelum pkp mula...
dan... ye..aku tersangkut di sini .. sebenarnya tak ada masalah pun..
aku cuma bosan je tak bercakap dengan orang. hahahha apa la aku merepek dalam blog ni ..
banyak benda aku nak buat tapi aku asyik tidur..
aku nak melukis tapi tak ada mood. bila tak ada  mood, tak ada idea..

apa masalah aku sebenarnya?

 aku nak lukisss... tapi mana pergi imaginasi akuuu? soooobbbss



i just watch tv and sleep. alaaa.. harap bukak sekolah nanti tak bodoh ..


ok bye









Wednesday, April 8, 2020

heyya


assalamualaikum.. dan hai again

so..macam mana hari berkurung korang..?
omaigadd..taman perumahan aku ni punya la sunyi..
sampai aku jalan berjengket dalam rumah risau jiran sebelah boleh dengar hentakan kaki aku yang ..hmmm .. faham je la kan duduk rumah mengunyah je keje.... punya la sunyi sepi.





oleh sebab kedai makan semua tutup maka aku kena la masak. nak order delivery malas nak tunggu dorang datang. boleh gitu? bila masak sendiri boleh ikut selera anak tekak aku.



 nasib baik simpan tray makan sushi king =) boleh la feeling2 makan kat sushi king hohoho


mentang2 ada sos korea tetiap hari makan ayam sos korea >__<


menu buka puasa. huhu..ahh kan bagus kalau ada kimchi..tapi nak beli kena rentas negeri lol.

maaflah kualiti gambar macam tahun 90 an. aku perlukan handphone baru. =(



ok bye.






Thursday, April 2, 2020

hei hei hei



assalamualaikum n hai again!

woow aku kagum kat diri sendiri sebab update blog lebih sekali minggu ni..



min yoongi!!!!! i lebiu!!!

menghabiskan waktu tidur aku dengan aktiviti kesukaan.. lepas tu bangun lambat.. kerja sekolah tak sentuh ape lagi wehhh cari pasal betul aku ni.





beef bibimbap

tak dapat order starbuck sebab jauh sangat maka ambil je la feeling minum nescafe ala ala latte starbuck. aku blender susu dengan ais. bancuh pekat nescafe roasted asingkan. tuang dulu susu blender tadi dalam gelas baru tuang bancuhan nescafe... tadaaaaa!!  asal boleh je kan.


ok bye!