Assalamualaikum and hi semua!
so hari ni aku cerita sikit kisah aku accident untuk kali ke berapa ntah la..dah berapa balai polis trafik aku pergi buat report accident kelakar la pulak bila ingat balik...
tapi aku aware dah risiko aku berulang alik kampung jalan jauh ni macam2 boleh jadi kat tengah perjalanan.. redho je lah kan.. dulu adik beradik aku semua duduk jauh2.. kiranya aku la paling dekat sejam setengah perjalanan balik kampung uruskan mak abah aku sebab bapak aku tak boleh drive dah sejak kena minor strok. So kadang-kadang aku balik kampung 2 kali seminggu.. lepas abis sekolah hari jumaat memang hilang la aku kat kroh ni..bawak kereta mata terpejam mengantuk ... nyaris2 langgar babi.. jalan licin terbabas masuk parit... hmm..
aku on da way balik ke kroh..hari ahad la kan..masa tu hujan renyai.. berderet la kereta depan aku dalam 6 biji kereta.. masing2 steady 70 km..jalan raya besar.. sambil layan lagu bts aku toleh tepi kejap.. toleh je depan kereta depan betul2 dah depan mata aku .. aku brek tapi kereta aku terus menggelungsur hentam kereta depan aku.. wahhh... bunyi dentuman tu perghhhh dah la masa hentam kereta depan tu aku tak pejam mata ke apa.. trauma sikit.. sikit je la.. lepas hentaman tu kereta aku tergelincir ke tengah jalan.. alhamdulillah tak ada kereta dari arah depan mai hentam pulak kereta aku..
tapi part best ialah kereta yang aku langgar tu tak berhenti pun.. aku kat tengah jalan tu tak boleh brain tengok kereta tu blah macam tu je.. padahal aku dah langgar dia kot.. aku pun tak hafal no.plate dia dah la ujan berkabus... pelan2 aku undur kereta aku ke tepi kang tak pasal kereta lain hentam pulak..
turun kereta ja omg kereta aku wehhh sedehhhhhh... aku takde spare kereta lain wehhhh..camana aku nak pergi kerja wehh..lelaki kereta yang follow belakang aku berenti tanya..kak ok ka..camana boleh langgar.. tertidur ke... omg aku tak tidur ok..
macam biasa aku snap gambar kereta la weii cari jugak kot2 ada bekas minyak kat situ sebab brek pun xjadi apa ... lepas tu masuk kereta jap call kak aku..tgh call datang towing.. dia rekemen aku hantar ke perodua juru sebab kereta aku masih waranti insuran cover..dia tolong bawak pegi balai .. settle..
kak aku sampai bawak aku balik rumah.. settle.. hmm alhamdulillah walaupun accident tapi smooth je urusan..
alhamdullilah jugak kereta aku tak remuk teruk..walaupun dentuman tu sampai sekarang main kat telinga..
proses insuran seminggu lebih..tunggu barang ganti sampai kat bengkel perodua..proses cat dan polish ..cukup sebulan..
rupanya kat area jalan ni banyak kali orang accident..terutama time hujan.. ntah la..dah 13 tahun aku ulang alik guna jalan ni tak pernah lagi aku jumpa orang accident area ni.. sebab tu aku rasa jalan ni selamat..rupanya ada yang accident sampai total lost..hmm
bila fikir balik dah kali ke 4 aku accident masa hujan.. tak apalah..pengalaman bawak kereta kan.. kadang2 kita dah berhati2 kalau dah orang lain nak hentam, kena jugak.
ok.. korang pun hati2 la bawak kereta tu.. jangan jadi macam aku hahaha
bye!