Saturday, July 31, 2021

Be happy my dear!!

 Assalamualaikum and hi!




pengalaman aku sebagai pembeli durian yang tak tau sangat pasal durian tapi nak durian isi kuning tebal bijik kecik, sedap, banyak ulas dan harga murah =) beli je lah D24 atau IOI.  Pengalaman di-offer durian nama pelik2 tapi balik buka isi keras, berulat arghhh sedih weh. harga RM5 sekilo takpe lagi ni berbelas ringgit sedih jugak la huhu.



Pergi Ipoh kejap baru ni sebab urusan kerja. yahooo shopping makanan!! Starbuck, McD, Sushi king, Big Apple dan myeongdong topokki!!


rindu nak lukis tapi tak de mood..?


dalam banyak2 gambar BTS, gambar ni aku paling suka. Berlatar belakang new york? ntah mana ntah tapi macam wehh.. korang dengan sahabat sama2 susah senang pastu ada memori gambar camni macam wehh sweet nya.. gitew.. 

ok bye!


Wednesday, July 21, 2021

Be Happy Part II!

 Assalamualaikum and hi again!

Salam perkenalan teman baru ku ..






Dah lama okeh aku nak benda alah ni.. jumpa harga mahal2 belaka..Nak beli yang murah sangat tak tau pulak kualiti macam mana.. kut sedut tak kuat ke..bunyi bising sangat ke..boleh vacumm kereta sekali.

Yang ni just nice je..tak bising.. sedut pun kuat.. harga Rm 240 camtu... Aku rimas betul pakai penyapu..dah sapu pun habuk berterbangan..pastu rambut tak payah cakap lah. geram je aku dok menyapu sehari 3-4 kali. Aku tak boleh nak letak karpet gebu gebas dalam bilik sebab terlampau banyak habuk. Beria aku beli air purifier sebab boleh sedut habuk dengan rambut. Tapi air purifier tu sendiri berhabuk.  

Sebab sekarang kerja kat rumah kan...24 jam lah aku menatap segala kekurangan kat rumah.. 




best nye musim durian niiii...



hi suga =)




ok bye!







Sunday, July 18, 2021

Be Happy!

 Assalamualaikum and hi again..

Lama jugak aku tak update. hmm


balik kampung jap settlekan appointment hospital dan vaksin parent aku.



berhenti kejap tepi jalan pdpr dulu. 



sebelum pulang ke rumah haruslah top up bekalan makanan yang tak de kat sini. Sini ada KFC je la tu pun Alhamdulillah ada daripada tak da langsung. Aku bab habis duit kat makanan ni tak berkira sangat lagi2 kalau aku yang makan la. Bab beli barang kedekut sikit.


buat kek batik nyum nyum...entahla cacing perut aku mengidam nak sangat makan kek batik yang extra coklat.  Mulanya aku nak beli je kek batik tapi nanti aku mesti frust coklat tak banyak. So peluang pergi aeon ni boleh la aku beli bahan dark coklat perghhh buat sendiri lagi best sebab kena la dengan tekak aku. Aku rasa tekak orang lain mesti tak suka. Eh kesah pulak aku dengan tekak orang lain.





breakfast macam anak dato have2 kat Cameron. padahal tengah tahan diri dari order nasi lemak food panda.


coklat marshmallow puding ape ntah. ni la akibatnya terpengaruh video orang masak.


kek coklat strawberi and tempe goreng hangus. boleh bukak restoran dah ni.


excuse me 7e? bila nak jual macadamia latte BTS? Sini tak de jaya grocer okeh? tibahh


dah lama jugak aku tak sambung lukis. Banyak betul aktiviti aku selain pdpr makan dan tidur =).




operasi membersihkan semak belakang rumah. nak putus urat besi aku panjat tangga menebas. belum lagi longkang tersumbat penuh dengan tanah.


Sekian, bye!