Saturday, September 25, 2010

About School : Program Kepung SK Tasek 2010

Baru-baru ni sekolah buat Program Kepung. Program khas untuk Tahun 6 sebelum UPSR. Sebelum cuti raya saya amat busy. Ya Amat Busy . Sebab tahun ni dilantik jadi setiausaha program jadi kena buat persediaan untuk bentangkan kepada PIBG dan guru besar (kononnyala sebab akhirnya bukan saya yang bentang). Sebenarnya kerja tak teruk sangat pun sebab ramai cikgu senior yang tolong. Saya cuma buat kertas kerja dan surat-menyurat.

Tarikh : 17 dan 18 September 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: Rumah Rehat Pengkalan Hulu,Perak
Peserta: 17 orang murid Tahun 6 SK Tasek
Guru: 12 orang guru SK Tasek

Bermula pada petang jumaat dengan slot Sains dan BM Penulisan. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan supaya dua slot boleh buat serentak. Lepas sejam tukar slot pula.

Masa murid tengah buat kelas lupa nak ambil gambar. tapi masa semua cikgu masak barbeque tak lupa pula snap gambar makanan.(- -")

Masa malam ada jamuan untuk warga sekolah SK Tasek (guru dan staf), murid-murid Tahun 6, dan AJK PIBG.Dari jam 6 petang lagi AJK bakar ayam dah bakar membakar. Menu malam memang masyuk. Tapi start makan dah pukul 9.30 malam semua dah mengantuk letih lapar makan tak banyak.

AJK bakar ayam sosej ikan






Puan Zawzai GB




jemput makan bang




















Banyak lagi gambar makanan yang tak ambil sebab terliur tengok semua orang makan dengan penuh gigih.
Sepatutunya malam tu kena tidur di resthouse tapi buat keputusan sendiri nak balik dan tidur di rumah walaupun kena harung malam masuk rumah menggigil lutut sebab dah pukul 11.45mlm.

Sabtu pula ada 3 slot -slot BI, BM dan Matematik dari pukul 8.30 pagi sampai 1.00 petang. Untuk dapatkan breakfast free saya pun dengan muka tak berapa malu pergi resthouse dengan  riak muka kononnya nak meninjau perkembangan program. Lepas makan nasi lemak lepak tepi tasik sorang-sorang sebab tak ada teman. Kalau ada tak kan saya nak tulis duduk sorang-sorang kut. Lagipun lepas breakfast ada minum pagi pula.Bihun.Jadi jangan lepaskan peluang makan free.










mari berjoging

Rumah rehat ni betul betul depan tasik
Program tamat pukul 1.30 petang. Sebelum bersurai ada makan tengah hari pula.Nasi Ayam.Sebagai orang yang amat menghargai makanan dan membazir itu amalan satan maka harus bawa sebungkus pulang. 


Selepas ni banyak lagi program hujung tahun. Perkhemahan, Hari Anugerah etc.Perlu bersiap sedia mental dan fizikal .



No comments: