Sunday, October 24, 2010

Leptospirosis

atau nama lainnya virus kencing tikus.
Tiba-tiba entri berbunyi serius macam blog kesihatan. hahaha.

Baru saja minggu lepas-Rabu-saya keseorangan di rumah-housemate outstation- pergi wuduk untuk solat maghrib. Masa berkumur rasa tikus..tikus kasturi lak tu. Air tak rasa pelik cuma dalam mulut dan kepala saya penuh dengan bau tikus tu.

Oh   My ..

Sangat sangat sangat cuak. Teringat kes kencing tikus di sungai. Teringat kes cikgu yang meninggal sebab virus kencing tikus.

Ok nurul comel..Bawak bertenang. Kepala pening bau tikus tu. Lepas Isyak lepak tengok tv dan badan rasa lenguh lenguh. ok maybe hari ni lepas balik sekolah mengemas rumah so malam rasa sakit badan. Mungkin juga sebab minum kafein je dari pagi sampai petang. Rasa tak sedap hati call Acik - please google simptom virus kencing tikus.

Simptom virus kencing tikus:
-demam tinggi
-mata merah/kuning
-sakit kepala
-muntah/cirit-birit
-menggigil
-rasa ngilu di betis/pinggul
-batuk tanpa kahak
Simptom ini akan kelihatan dalam masa 4 hingga 9 hari.

Ok saya tunggu dan lihat. Esoknya Khamis ke sekolah masa tunduk nak tekan suis rasa ngilu di pinggul. Eh kenapa sebelum ni tak pernah rasa ngilu kat pinggul? Kenapa hari ni sakit pulak? (~ ~) Badan masih rasa lenguh dan kebas macam orang yang tak tidur 3 hari. Sangat cuak. Jadi langkah pertama catatkan setiap perubahan in case kalau jadi apa apa such as koma ,waris boleh rujuk catatan saya. (personaliti-terlampau sistematik). Malam tu saya rasa nak demam tak demam. Sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Semakin tak sedap hati tapi tak pergi klinik pun. Masih ambil jalan tunggu dan lihat. 

Jumaat- slight flu dan masih sakit kepala,batuk sakit tekak. Drive cepat ke kampung petang tu juga ke klinik.

Masa jumpa doktor:
Me: Doktor! ermmm..hari rabu kelmarinkan saya kumur lepas tu bau tikus.
Dr: Bau tikus? (muka cuak) Ada rasa hancing tak?
Me: Tak pun..bau je..lepas tu saya rasa lenguh badan..bla bla bla....
Dr: ok saya check.. ok..kamu ada demam tapi sikit je..37.8..tekak kamu ada jangkitan. Baring sekejap saya nak check. (check mata dan jantung or whatever it calls-tekan perut untuk check kalau ada bengkak hati)       i laugh hard coz tak tahan geli.
Dr: ok kamu tak rasa sakit tapi rasa geli je la ek?
Me: ha'a..(still laughing)
Dr: kamu cuma demam biasa saja..batuk dan sakit tekak..saya akan bagi kamu ubat.
Me: Jadi saya memang ok la doktor? Tak ada tanda kena virus kencing tikus tu la ek?
Dr: Tak ada..kalau kamu kena virus tu kamu akan terus demam panas sebab virus tu ganas sikit..bila kencing warna air kencing macam air teh. Dia effect pencernaan kamu.Lepas tu kamu akan rasa sakit bahagian hati atau bengkak hati.
Me: hohoho thank you doktor. Yeay-dalam hati

ermm..kenapa lepas jumpa doktor dah tak sakit kepala dengan ngilu pinggul? Dan hari ini cari ubat tak jumpa.

KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI
Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi. Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas. Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata. Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir.
(cr:yanmieonline.com)
Virus ni juga ada tempoh pengeraman dari hari ke2 hingga hari ke26.

Moral: Virus ini ganas. Ramai orang anggap demam panas biasa dan sakit sakit yang biasa lalu ambil ubat biasa. Bila virus merebak boleh menyebabkan koma selain organ dalaman tidak berfungsi.

Random: Mungkin tikus tu buat rombongan dan mandi sambil enjoy spa.

No comments: