Seksanya sekolah tak ada internet. Semua orang resah tauu...nak buat kerja tak boleh, nak cari bahan tak boleh,even nak FB lagi la. Sekarang pulak trend hantar dokumen pakai email je. Tension ooo..2 minggu line rosak even telefon pejabat pun tak boleh pakai. Sudah la bosan balik kerja tak ada benda nak buat ditambah pula tak dapat surf internet. 2 minggu kehidupan saya macam minum kopi pahit setiap hari. You still alive but facing bitter days. Akhirnya setelah memandu laju tahap gaban pulang ke kampung untuk bermuka dengan streamyx.
Tiba tiba terdengar soalan dari pembaca entri ini berbunyi 'apesal ko tak pakai broadband?' 'apesal ko tak pasang streamyx kat umah sewa ko?' Dan jawapan saya ' pemakaian broadband di Pengkalan Hulu adalah TIDAK RELEVAN kerana walaupun berfungsi tapi terlalu slow. Buang masa dan duit saje pakai broadband.' (broadband company sila ambil tindakan) Dan ' saya dah pernah buat tempahan dan bayar deposit kepada TM untuk pasang streamyx tetapi banyak alasan macam - tiang penuhla..dalam senarai menunggu la..bla..bla..bla...and so i give up.'
Saya tinggal di kuarters yang dikelilingi flora dan fauna. Masa awal duduk rumah ni jumpa haiwan yang saya cuma nampak dalam buku jer. Saiz pula faham saja la 2x lebih besar dari saiz biasa. Kadang-kadang rasa macam duduk dekat zoo sebab nampak ular tengah rehat atas pokok, nyamuk hutan, ulat bulu supersize, mengkarung yang saya sangka cicak spesis baru. har har har. Akhirnya saya standby kamera setiap hari supaya dapat rakam benda menarik kat rumah saya. Even keluar rumah untuk pergi sekolah pun boleh jumpa macam-macam.
I saw this creatures in the morning. Dulu bilangannya sangat banyak tapi sekarang dah makin kurang. Saya dah kena penangan sengatan semut ni. Memang Power! Bila berdiri dekat je diorang serang.
Spider ni mennyorok dalam poket beg lappy saya dan saya hampir pegang spider ni! Lepas aksi spray dan buang rasa menyesal pulak. Kan bagus kalau saya simpan dalam balang dan bela jer dia. Tak susah pun nak bagi makan.huhuhu.
lipan di sekolah |
Bagus kan rumah saya (^ ^,) but i need to move out.
Ini pula pemandangan Pengkalan Hulu. Not bad for a small pekan atas bukit. Dulu pekan ni sejuk sangat sampai minyak masak boleh beku. Tengah hari tidur berselimut tebal dan kipas angin hanya hiasan di siling. Hampir semua rumah pakai air panas. Tapi sejak ramai orang ambil balak dan kawasan perumahan makin banyak tempat ni dah panas. Dan rumah saya diami sekarang masih rasa sejuk sebab keliling dengan hutan. Kawan saya dari Lenggong pernah datang rumah dan dia menggigil sejuk sampai pakai stoking dan baju tebal. hohoho. You know what i'm going through every morning mandi air batu.Alah bisa tegal biasa. ha ha.
welcome to Pengkalan Hulu .. la la la
No comments:
Post a Comment