Saturday, October 16, 2010

Drama Murid Pendidikan Pemulihan


1#DramaMurid

Sebelum pengajaran bermula:

Cikgu Nurulcomel: Posayanond,buku latihan kamu dah habiskan? Kamu dah beli buku baru ke belum?

Posayanond        : Lupa cikgu.

Cikgu Nurulcomel:habis macam mana kamu nak salin ayat ni nanti?

Posayanond         :Cikgu! Esok ..errr..saya pegi kedai dengan bapa saya beli benda makan tu..kabed!

Cikgu Nurulcomel : ….. ha?

Posayanond          : Saya pegi dengan bapa saya ..pegi tesco..bapa saya beli kabed.

Cikgu Nurulcomel : Beli kabed..? kabed tu apa?

Veendy                  : Yang orang  makan tu cikgu!  (buat gaya minum)

Cikgu Nurulcomel: Minum ke..?  (dalam hati dah marah sebab tgh tya pasal buku tiba tiba cakap pasal kabed)

Posayanond          :Ya ..yang orang tua suka minum tu?

Cikgu Nurulcomel : Ooooo....Carlsberg!

Posayanond          : Ya..!!

Cikgu Nurulcomel : Habis tu apa kena mengena dengan buku latihan kamu?

Posayanond          :Saya dengan bapa saya pegi tesco ..bapa saya beli banyak carlsberg lepas tu saya lupa beli buku

Cikgu Nurulcomel  : Ooooo..semalam ke kamu pergi tesco?

Posayanond           : Ya

Murid masih keliru konsep esok,semalam,kelmarin……dan masih keliru makan dan minum
Saya kena guna bahasa paling mudah untuk terangkan sesuatu benda.



2# DramaMurid

Vivoy murid tahun 2. Semasa tahun 1 saya pernah lilhat dia belajar. Dia berbeza daripada murid lain. Kepala dia asyik tunduk pandang meja. Masa saya depan dia suruh mengeja dia langsung tak angkat muka seolah olah dia pernah buat salah dan malu nak tengok muka orang. Suara dia sangat3 perlahan. Dan tak ada manusia boleh tahan sabar bila suruh murid mengeja tapi kita tak dengar suara. Even kalau kita cakap kat telefon pun kalau tak dengar suara orang tu kita mula kuatkan suarakan? Benda macam ni natural. Vivoy lambat baca dan eja jadi masa Tahun 2 dia masuk kelas pemulihan saya. Pada awal sebulan dia  masih tunduk menghadap meja macam kepala dia nak masuk dalam meja. Menakutkan.

I know budak macam ni kena bagi galakan dan pujian. Apabila ada kanak-kanak dengan sikap macam ni bermakna dia perlukan kata semangat,pujian,sokongan.

Vivoy, bila belajar cuba kamu angkat kepala kamu. Jangan asyik tunduk je. Pandang depan ok . Tak perlu rasa malu. Kita datang sekolah untuk belajar. Kalau kamu tunduk macam tu macam mana kamu nak belajar. Masa eja kena sebut kuat kuat. Bagi dengar suara tu ye. -That what i said to him.

Setiap kali suruh murid eja saya panggil nama dia dan suruh pandang depan. Lama lama dia dah mula angkat muka. Mula senyum. Yang penting bila dia bersuara kita dengar dan bagi respon.

Masa saya bawa murid saya 4 orang ini ke Pusat Sumber, Vivoy ambil satu buku dan duduk depan saya. Masa tu saya tengah tulis buku rekod. Dia buka buku tu dan tunjuk sambil cakap;

Vivoy :Cikgu….ini ayam , cikgu!
(Tapi gambar tu gambar ikan!!)

Me     :Tak sayang, itu ikan….

Dia buka muka surat lain dan tunjuk gambar itik sambil kata:

Vivoy :Cikgu…ini ayam lei cikgu

Me     :Tak ….bukan…itu itik…..

Vivoy  :Oooo…

Pada masa dia cakap itu ayam,muka dia berseri seri sambil senyum. Can you get angry if your pupil doing the same thing to you. At that time I just thought, kasihannya …saya macam sedang bercakap dengan budak berumur 2 tahun yang baru nak kenal dunia. Tapi pada masa sama saya bangga kerana dia ada keyakinan dan berani berbual dengan saya sambil beritahu nama haiwan yang salah. Daripada seorang yang langsung tak angkat muka..suara halus yang cakap terpaksa berdiri di tepi untuk dengar,seorang yang sangat pemalu,pendiam akhirnya boleh pandang dan berbual dengan saya. Pendek kata perasaan bangga ini macam perasaan ibu dengar anak sulungnya paggil dia ‘ibu’. 

Tahun ini murid pemulihan tiada masalah disiplin. Cuma mereka malas belajar, lambat belajar tak siap kerja. Boleh dikatakan murid saya tahun ini lebih bersopan santun, mendengar kata dan ingat pesanan contohnya:

-Buat kerja mesti kemas
-Lepas ambil barang simpan dan susun elok elok
-Setiap kali nak guna barang dalam kelas saya mesti minta izin dahulu.

Hehe..Tahniah untuk diri sendiri!

No comments: