Hai bura. U pekabar? sihat? Lama tak jumpa U walaupun rumah U cuma sebelah je dengan rumah I. Yeah kita senasib bekerja di tempat jauh tapi U lagi jauh dari I. I just want to dedicate this pure feeling which belong to our friendship from the day I met U.
U ingat lagi tak masa umur kita 7 tahun dan I pindah ke sebelah rumah U kita selalu main sama-sama waktu petang.Kita main kejar kejar, aci nyorok , panjat pokok, kahwin kahwin. Kita gaduh gaduh , gelak gelak sama sama sedih. Masa kita dua pergi cari port rahsia ala ala secret garden kita selalu pegang tangan jalan beriringan. Semua orang asyik booo kita sebab kita selalu berdua. Ahak!
I juga tak kan lupa sampai bila bila masa U pegang tangan I dan jalan di depan bawa I ke mana entah lepas tu tetiba U pusing belakang lepaskan tangan I dan terus lari. I terpinga pinga *apakah young boy ni cuba lakukan?* rupa rupanya depan tu ada ular tedung yang dah pacak kepala kembang leher. Cis sampai hati U tinggalkan I.
U ingat lagi tak parent U pergi ke mana entah dan tinggalkan U dengan abang U kat rumah. Masa tu famili I risau dan I pun risau jugak bila tengok dua budak kecil macam U ditinggalkan berdua. Parent I panggil U dengan abang U datang tidur di rumah. Rasanya malam tu tak ada letrik kot. I pun dah lupa. I ingat lagi I tanya abang u 'ape dalam beg tu?' abang u jawab 'tilam'. Heh rumah I pun ada tilam lah. Dan bila pagi sebelum I pergi sekolah I mengintai U berdua still lagi tidur. huuhuhuu..rasanya kalau U kat rumah sendiri dah bangun sembahyang subuh sebab parent U warak orangnye.
Dan I masih ingat masa I pergi main kat rumah U tetiba U masuk rumah. I pun mengintai rupanya U solat asar sedangkan masa tu dah pukul 6.30 petang. Mentang mentang la parent U tak ada kat rumah U solat lambat main punya pasal.
Dan I pernah dengar U dengan abang U kena tibai dengan emak U sebab main selut. Itula raungan paling dahsyat I pernah dengar setakat tu. Yang tak bestnya bila I balik rumah I pulak kena tibai dengan bapak I . hahaha. Kan kita dua main selut. Kita senasib kan?
Kita selalu main sama sama sampai la kita form 1. Masa tu dah anak dara anak teruna tak kan nak main lagi kot. Malu la.Cuma I je dok dalam rumah mengintai U yang tengah main dengan boys lain. Seronoknya hidup budak laki. Tak ada age border line kalau nak bersuka ria. Walaupun kita berjiran sebelah tapi U tak sama sekolah dengan I dari sekolah rendah ke menengah. I cuma sama kelas dengan U masa Form 4 dan Form 6 je. Dan I ingat lagi U sangat ambil berat kat I sebab ada satu hari tu I sakit perut. Esok pagi nye U sampai sekolah letak beg U terus bagi kat I tiger balm. Mungkin U risau I sakit lagi tapi I tak sakit dah.hahahaha. Terima kasih Bura.
Masa form 6 pula memang kita gila gila dan I ingat lagi I menyusahkan U minta tolong U bawa balik buku buku tebal gila. Masa tu U naik basikal atau motor I dah tak ingat tapi U tolong bawa balik buku yang banyak tu dan letak kat depan pintu rumah I . I tak boleh bawa balik sebab I balik rumah jalan kaki. Kalau I tumpang U mesti orang kampung dah sembelih I. Terima kasih Bura.
Lepas tu U sambung ke ILP dan I teruskan form 6. Kita selalu berutus surat. Macam kelakar tapi masa tu mana ada trend sms dan henset pun besar gedabak dan mahal gila. I selalu lukis potret dan kirim bersama surat dan U selalu puji lukisan I. Terima kasih Bura.
i minta maaf sebab jarang keep in touch dengan u.
i minta maaf sebab selalu menyusahkan u.
i minta maaf sebab hanya dapat menerima u sebagai sahabat.
i minta maaf sebab selalu mengintai u.hahahahaha.
Lepas ni i tak boleh bergayut bersembang lama lama dah dengan u. Lepas ni i tak boleh dengar u cerita masalah kat tempat kerja u sebab u dah ada orang yang u boleh cerita. Lepas ni i tak boleh merapu sebarangan dengan u. Lepas ni kalau kita sembang dalam phone i tak boleh panggil 'u' dan 'i'.
Dan terima kasih sebab menjadi satu satunya sahabat lelaki I . I doakan u bahagia sehingga akhir hayat dengan wanita yang berjaya mencuri hati U dari I. Ahak! and trust me she's lucky to hv a husband like u. Lelaki yang tak pernah merungut bila kawan minta tolong. Lelaki prihatin pada kawannya. Lelaki yang sentiasa ingat orang lain. Lelaki yang baik hati. Seems like i never appreciated u before but u r my special boy friend i ever had.
yourstruly,
angah aka nurul
cr pics:tumblr
i amik dr fb u |
lauk kenduri u memang mantop! |
nom nom nom |
3 comments:
betul2 sedih baca citer ni.....kenangan dulu yg best yg teringin untuk kembali...dah la tgh dengar lagu kesilapanku keegoanmu dari siti ni..huhuhu...bestkan jadi BURA..dapat kenali Gadis rock yg ayu..:-P
dah..dah..ko ni sensitip betui..tapi aku suka 'gadis rock yg ayu' tu keke
agak2 bila la gadis rock tu nk menamatkan zaman gadisnya?kan bagus kalo anak gadis rock tu nanti leh kawan ngan si bura tu...ala macam menyambung persahabatan diorang...tapi kalo anak2 tu bersatu pun takpe gak..tentu lagi bermakna kalo makpak dia berbesan hikhik!
Post a Comment