Wednesday, December 8, 2010

I MY ME MINE

Tempat ke-3 paling best is my class. There's no better place to be other than this. I have my own class/office and all stuff like furniture saya boleh decorate sesuka hati. This is fun since i love to have my own privacy place and i can make my own project of teaching aids.

Peluang bertugas seminggu di sekolah tak boleh disia-siakan. Mari mengemas apa yang patut sebelum tahun 2011 kelas lain hias gempak tapi kelas ko macam tahun lepas jugak.

Sebagai guru pemulihan, telah disemat dan diterapkan amalan mengumpul bahan terbuang kerana bahan-bahan ini boleh dijadikan alat bantu mengajar. Sehingga kini pantang nampak kotak mesti nak simpan dengan harapan benda tu bertukar menjadi bahan yang berguna.Malah sanggup membuka tong-tong kitar semula demi niat yang murni. Tapi nampaknya takdir mereka tetap di tong kitar semula sebab orang yang mengutipnya tak ada idea nak buat apa atau mungkin *malas* (~ __~) hmmm... Simpan terlalu lama pun tak berguna sebab akhirnya menyesakkan kelas. Malulah kalau kelas anak dara nampak bersepah. Mana nak letak imej i? *tetiba.

sakit mata tak?

Ini susun atur ruang yang terbaru..pening nak susun atur perabot sebab kena ambil kira tempat suis elektrik, silau cahaya matahari, tahap keredupan dan kesejukan dan paling penting port menyorok kalau GB cari..hahaha. kidding.

Tetiba idea datang ..pling! eh bukan ..kaching!



ini ialah tempat simpan carta zaman pak pandir. barang buangan yang telah dikutip oleh insan berhati murni bernama cikgu nurul.
cat guna cat minyak.nampak kacak bergaya sikit.
test power dulu kat bahagian tepi. comot pun tak apa sebab tak siapa kesah.
 Sebab dalam hati tak sabar nak balik jadi tak buat betul-betul. At least dah bertukar rupakan? Tinggal 3 minggu je lagi sebelum buka sekolah. Barang untuk buat bahan bantu mengajar masih berlonggok dalam bonet kereta.

FIGHTING!

No comments: