Saturday, May 21, 2011

Macem macem

Langsung tak rasa nak update blog. Ini semua tumblr punya pasal. I'm addicted to tumblr. What the fish! Bahasa aku juga dah jadi bahasa tumblr.  Semua post dalam tumblr memang menyentuh pemikiran aku. Setiap minggu aku karang cerita dalam kepala untuk dipostkan dalam blog. Siap dengan gambar sekali. Tapi tiap kali surf mesti mula dengan tumblr dulu. Paldang Dam!

Banyak benda best bulan Mei. Yang tak best pun ade. Kalau best je memanjang memang aku tipu. Dua minggu lepas murid semua exam PKSR. Time tu memang best giler untuk guru pemulihan sebab tak mengajar. hahahaha. Tapi still la kena datang sekolah. Sebagai guru yang agak 'goyang kaki-sebab tak ada murid masuk kelas pemulihan' so kena ganti cikgu lain jaga kelas dorang. Ehem. Saya menurut perintah. Best giler yang dimaksudkan di situ ialah i can spent my time to create ABM. Seminggu lebih weh ko tak ada kelas. Datang sekolah breakfast- stay dalam kelas buat bahan mengajar-kemas kelas-check fail/barang-tukar and tambah bahan pameran-jaga kelas cikgu lain-balik rumah.

Seronoknya.

Dan buat bahan mengajar pulak bukan sehari je boleh siap. Nak buat satu bahan makan masa paling lama 4 hari. Prosesnya macam cari gambar taip perkataan sebanyak mungkin. Lepas tu print dan gunting. Lepas gunting setiap satu gambar (lebih kurang 50-60 keping) dan perkataan/sukukata kena laminate pula. Lepas laminate potong lagi sekali satu persatu. Lepas tu baru tampal di dinding atau jadikan buku,etc..Itu baru satu benda..belum lagi yang lain-lain.









kononnya rajin nak buat di rumah bila tak siap akhirnya macam tu juga rupa kerja tu dibawa ke sekolah esoknya. *ayat dah macam budak pemulihan =P


Akhirnya dapat buat 3 bahan untuk ditampal di dinding, 2 buku selak (ayat). Tak dapat siarkan gambar aksi panjat tangga tangan terkapai-kapai gam huruf dan kad gambar di dinding kelas, balik rumah sakit urat. Tapi kan..Tapi kan..puas hati betul dapat buat bahan mengajar ni. Lagi-lagi bila murid pemulihan tengok, baca dan ingat.

Ini cerita lain pulak. Sekarang saya tinggal seorang di rumah atas bukit tepi jalan sebelah hutan. Disebabkan saya seorang yang pelik, maka saya sanggup tinggal sorang tanpa mencari housemate walaupun saya ni sangat penakut tahap gaban. Saya juga pelik sebab lebih suka mengemas di dalam rumah tetapi mengabaikan kekemasan luar rumah. Know what i mean? who know i know you know. keliling rumah dah betul-betul macam hutan..huhu..aku tak sanggup nak keluar rumah bersihkan segala rumput dan semak sejak ditemani semut tanah, lubang ular etc. bila niat nak racun rumput musim hujan pulak..masa musim panas rumput tak naik pun. Dorang macam tahu je aku nak meracun dorang. hmph.

Akibat daripada malas/tak berani nak bersihkan segala semak samun tu binatang hutan dah berani tonjolkan diri dorang berkenalan dengan tuan rumah. Siap tunggu depan pintu lagi.



padan muka i.

enough.
entri hari guru? next time. hehe

and Happy Besday To Me. muahahaha.

Monday, May 2, 2011

sejarah berulang

this is the story i wanna post last friday..

macam biasa bila start cuti sekolah excited balik kampung..

masa awal journey cuaca ok. bila dah separuh hujan lebat betui.drive macam biasa.jalan yang i biasa lalu ialah jalan kampung redah ladang kelapa sawit, pokok getah, berbukit bukau, dan kampung2. dan memang nyata jalannya macam ular kena palu berlopak berlubang bertampal.

sampai satu kawasan dekat lata bukit hijau laluan ni memang selekoh G,Q,C. kalau berani mati dan praktis memang leh buat drift ala filem toofasttoofurious.

sedang enak memandu tetiba rasa macam meluncur atas ais. kereta memusing slow motion i macam 'eh...eh..alamak..habisler aku nak kena bayar repair kereta ni'. masa kereta tengah memusing memang i tak cuba buat apa2. biar je kereta tu memusing dan pergi mana dia nak. last2 kereta masuk parit. cis kalau aku tau masuk parit aku tekan brek dah tadi. cuma sebelah tayar depan sahaja yang masuk parit. masa tu tengah hujan lebat dan air dalam parit tu pula memang deras. aiseh..habis le kalau air masuk dalam enjin..cuba reverse tapi tak leh gerak..huhu..dah la jadi dalam hutan..tak da kereta lalu plak tu..

 tragik betul.
tengah call mak nampak kereta satria sefamily..diorang berhentikan dan bawa i cari pomen di pekan Malau. unfortunately kedai kat situ semua tutup sebab jumaat. then diorang hantar balik tinggal i kat situ sebab mak i kata bapa saudara bersiap nak datang tengok.

so i kena tinggal sorang2 kawasan hutan berhujan lebat. (T__T)

sebab tu kawasan selekoh i pun nak cari benda letak tengah jalan sebagai amaran. tengah dok pilih pokok datang kereta saga putih pula. kebetulan 2 orang pakcik stop by dan dorang cuba nak revearse kereta tu mana tau leh naik. tapi sebab rumput basah, terus sebelah kereta masuk parit.



so sorng pakcik ni pergi panggil orang kampung terdekat untuk tarik kereta dan sorang lagi pakcik temankan i. tengah tunggu datang pula lori ayam dan nasib baik dorang sudi tolong tarik kereta. hihi. terima kasih abang-abang  pemandu lori ayam kerana sudi menolong. sorry coz i'm not properly say thank you. saya cemas dowh..lain kali bila saya terjumpa abang berdua lagi saya akan ucap terima kasih bersungguh-sungguh dan belanja abang berdua makan. saya doakan abang berdua dilimpahkan rezeki dan kesenangan dalam hidup.


nasib baik kereta ok..

dulu pernah terbabas juga..dekat-dekat dengan area ni. pada waktu yang sama..hari yang sama..cuaca yang sama..patutkah i lalu jalan lain? tapi jauh la pulok.banyak lori plak tuh..


next day pergi shopping dengan mak kesayangan.
tak banyak beli barang sebab awal-awal dah pergi Baling cari barang rumah. kali ni cuma jamu mata, jalan-jalan,makan-makan nampak barang yang berkenan sambar je..

suka betul polka dot


lepas ni nak cari barang rilakkuma and polka dot
 
 
buh-bye