Monday, May 2, 2011

sejarah berulang

this is the story i wanna post last friday..

macam biasa bila start cuti sekolah excited balik kampung..

masa awal journey cuaca ok. bila dah separuh hujan lebat betui.drive macam biasa.jalan yang i biasa lalu ialah jalan kampung redah ladang kelapa sawit, pokok getah, berbukit bukau, dan kampung2. dan memang nyata jalannya macam ular kena palu berlopak berlubang bertampal.

sampai satu kawasan dekat lata bukit hijau laluan ni memang selekoh G,Q,C. kalau berani mati dan praktis memang leh buat drift ala filem toofasttoofurious.

sedang enak memandu tetiba rasa macam meluncur atas ais. kereta memusing slow motion i macam 'eh...eh..alamak..habisler aku nak kena bayar repair kereta ni'. masa kereta tengah memusing memang i tak cuba buat apa2. biar je kereta tu memusing dan pergi mana dia nak. last2 kereta masuk parit. cis kalau aku tau masuk parit aku tekan brek dah tadi. cuma sebelah tayar depan sahaja yang masuk parit. masa tu tengah hujan lebat dan air dalam parit tu pula memang deras. aiseh..habis le kalau air masuk dalam enjin..cuba reverse tapi tak leh gerak..huhu..dah la jadi dalam hutan..tak da kereta lalu plak tu..

 tragik betul.
tengah call mak nampak kereta satria sefamily..diorang berhentikan dan bawa i cari pomen di pekan Malau. unfortunately kedai kat situ semua tutup sebab jumaat. then diorang hantar balik tinggal i kat situ sebab mak i kata bapa saudara bersiap nak datang tengok.

so i kena tinggal sorang2 kawasan hutan berhujan lebat. (T__T)

sebab tu kawasan selekoh i pun nak cari benda letak tengah jalan sebagai amaran. tengah dok pilih pokok datang kereta saga putih pula. kebetulan 2 orang pakcik stop by dan dorang cuba nak revearse kereta tu mana tau leh naik. tapi sebab rumput basah, terus sebelah kereta masuk parit.



so sorng pakcik ni pergi panggil orang kampung terdekat untuk tarik kereta dan sorang lagi pakcik temankan i. tengah tunggu datang pula lori ayam dan nasib baik dorang sudi tolong tarik kereta. hihi. terima kasih abang-abang  pemandu lori ayam kerana sudi menolong. sorry coz i'm not properly say thank you. saya cemas dowh..lain kali bila saya terjumpa abang berdua lagi saya akan ucap terima kasih bersungguh-sungguh dan belanja abang berdua makan. saya doakan abang berdua dilimpahkan rezeki dan kesenangan dalam hidup.


nasib baik kereta ok..

dulu pernah terbabas juga..dekat-dekat dengan area ni. pada waktu yang sama..hari yang sama..cuaca yang sama..patutkah i lalu jalan lain? tapi jauh la pulok.banyak lori plak tuh..


next day pergi shopping dengan mak kesayangan.
tak banyak beli barang sebab awal-awal dah pergi Baling cari barang rumah. kali ni cuma jamu mata, jalan-jalan,makan-makan nampak barang yang berkenan sambar je..

suka betul polka dot


lepas ni nak cari barang rilakkuma and polka dot
 
 
buh-bye

2 comments:

Bura said...

tu la rock2 juga tapi kat jalan raya takkan nk rock juga...heheh...ko ni tak berubah2 la :-P

missN said...

nak buat camne beb..ngehngehngeh