Tuesday, February 21, 2012

Minggu yang Hellzzzzz

ok. Berakhir sudah minggu busy.
Sangat busy kay.. Tapi tiap kali benda x best datang mesti mulut ada sebut juga  'nasib baik...'

Siapkan sebuah fail makan masa berhari-hari.. inikan pula berfail-fail. Sebenarnya fail pemulihan sangat banyak tapi ntah kenapa fail aku tahun ni macam sikit je..hmp. aku tak study.

kalau nak bandingkan dengan cikgu KSSR lagi la bertimbun fail. Nasib baik aku guru pemulihan. lalalalala.
Kelas dorang pun penuh fail je. Dah tak da rupa kelas dah ni. Dah macam pejabat lak aku tengok. Sebab cikgu sekolah kurang murid ni sikit so tiap sorang cikgu pegang banyak jawatan. So, 1 jawatan dalam 2-3 fail dan lebih.. kadang2 aku teringin tengok camne style kerja cikgu2 sekolah besar ..

kalau cikgu sekolah kecil pikir:
' ala..cikgu sek besar ramai..so jawatan tu boleh bahagi sorang sikit...beban kerja pejabat kurang sikit'..

cikgu sekolah besar fikir:
'ala..cikgu sekolah kecik tak de hal..budak sikit senang nak control..jawatan pegang pun bukan ade ape sangat..mesti banyak relax...'

err..no comment.

Minggu ni mengejar masa siapkan fail dan kelas. Tension berganda bila masa yang ada tapi ada meeting. Tension berganda bila fail lebih penting kena buat tapi tetiba kena suruh hias dinding. Kalau fail tak siap kena marah dengan pemantau, kalau dinding tak siap  kena marah dengan _ _. OK.aku gembira sangat.

Tidur malam tak lena pikir benda apa lagi tak settle dan rasa malam tu nak tidur kat sekolah je..wah..semangat itu amat mulia. Sabtu ahad cikgu2 berkampung di sekolah pagi ke petang.

eh eh menawan betul fail pibg itu

and oh saya update juga kelas pemulihan ..'nasib baik' pemantau datang...kalu tak kelas aku mesti tak berupdate...

thanks Lurvely Lin sebab bagi info bahan.. Here


Bertambah debaran sebab pemantau ada di sekolah jam 7.00 hingga 12.30 tgh hari..nasib la kan kalau dia nak masuk kelas ataupun tetiba dipanggil dan kena jawab pasal fail..

'nasib baik aku tak kena'

fufufufufu

ok. pemantau masuk kelas aku dan tanya pasal LADAP. Tiba-tiba aku lupa sebab aku bajet dia tanya pasal pemulihan. hahhahahah. ok. itu saja. lalalalala.Muka blur aku terserlah di situ.

dan horreeehhhhhh!!!...malam tu tidur lena!!!

harus la aku celebrate dan qada makan!

 soup..y u so oily?  y u no like me?



2 comments:

Anonymous said...

SEDAPNYA SUP TU....

CikNurul said...

mmg sedap.burppp