Saya amat perlukan bantuan anda.yes.you.
Jika anda mempunyai maklumat pusat perubatan Islam atau anda sendiri mempunyai kepakaran dalam perubatan saya amat amat memohon agar anda dapat kongsikan di sini.
Entri ini khas untuk sahabat baik saya bura.
Catatan di bawah saya share dari blog biras bura.
Payah saya
hendak menyusun kata walau sayalah sebenarnya yang beriya-iya mahu
menulis entry ini sejak sebulan yang lalu. Setelah dapat keizinan dari
suami, saya berfikir hampir setiap malam untuk memilih bait-bait ayat
yang terbaik supaya entry ini tidak nampak seperti meraih simpati.
*paused*
Anda ada bapa
mertua? Saya hanya ada satu Abah. Tiada kata boleh saya gambarkan untuk
semua tahu betapa Abah adalah bapa mertua yang paling baik pernah saya
jumpa. Abah orang kampung. Bekas askar. Tapi abah tak garang. Murah
dengan senyuman, dan sentiasa ada sahaja perkara yang abah nak borakkan
bersama mak, anak-anak dan menantu-menantunya. Abah ada semput. Banyak
kali masuk hospital tapi Alhamdulillah, he stays in good health sampai
umur sekarang. Seperti mana saya layan mama dan ayah, begitu juga
layanan saya pada mak dan abah. Sayang saya pada kedua mertua saya ini
hampir sama dengan kasih sayang untuk kedua orang tua saya. Hidup kami
sekeluarga macam orang lain juga. Sama dengan setiap hari, kami berdoa
diberikan kesejahteraan hidup untuk semua ahli keluarga.
SEPTEMBER,2011
Namun tidak
semua perkara Allah berikan kita hanya yang terbaik. Walau kita berdoa
dan berharap, ujian Allah pasti datang terutama kepada mereka yang
terpilih. Tahun lalu, selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri (dalam
bulan September), kami sekeluarga menerima berita abah tak boleh nak
makan. Bila makan atau minum, abah akan muntah semula. Mak cuba beri
abah bubur, tapi selepas saja makan, abah akan terus muntah. Peliknya
jika abah makan semangkuk kecil bubur, abah akan muntah lebih kurang 1
jug air. Pada mulanya kami fikir sakit biasa. Mungkin abah kurang selera
makan atau abah sakit perut dan dalam 2 atau 3 hari lagi mungkin akan
pulih semula. Namun perkara ini berlanjutan sehingga sebulan.
Melihatkan
badan abah sedikit susut setelah hampir sebulan tidak boleh makan,
keluarga suami mula mencari ikhtiar untuk memulihkan abah. Mereka ke
hospital Temerloh,Pahang tapi doctor disana hanya masukkan abah air, dan
minta abah datang semula 2 bulan kemudian. Kata doctor, mereka akan
buat pemeriksaan lanjut 2 bulan lagi. Masa tu, saya fikir, kenapa mesti 2
bulan lagi sedangkan abah masa tu memang tak boleh makan. Tak serius
kah kalau seseorang tu tak boleh makan? Tapi saya bukan doctor. Jadi
saya tak dapat nak kata apa-apa.
NOVEMBER, 2011
Dah 2 bulan
abah tak boleh makan. Dalam masa itu, mak beri juga abah makan
sikit-sikit walaupun abah muntah. Badan abah yg dulu besar dan tegap
sudah semakin susut. Saya dan suami memang tak dapat menahan perasaan
kalau balik melawat abah. Kami sepanjang perjalanan pergi dan balik
memang akan bercerita tentang keadaan abah dan dimana tempat rawatan
yang boleh kami bawa. Sudahnya adik-beradik suami putuskan untuk bawa
abah berubat di KL. Ada juga abah cuba berubat di Perak. Rawatan kampung
yang abah pilih mungkin sebab abah takut rawatan hospital. Temujanji di
hospital Temerloh abah taknak pergi sebab itu hanya untuk rawatan
susulan, bukan untuk buat x-ray atau apa-apa. Masa ni, abah masih lagi
ada sedikit tenaga walau asyik baring dan tidur, abah masih boleh
berjalan sedikit-sedikit untuk mandi dan sebagainya.
DECEMBER,2011
Berat badan
abah susut benar masa ni. Saya rasa sudah sampai masanya untuk bawa abah
jumpa juga doctor pakar. Saya cadangkan PPUM. Maka abg ipar bawa abah
dan mak ke PPUM. Sekali lagi bila di sana, selepas diperiksa doctor,
doctor berikan temujanji untuk endoscopy pada bulan 3.. Dari December
2011, temujanji endoscopy bulan march 2012. Lamanya. Berkerut dahi saya
ketika mengetahui perkara itu. Sekali lagi saya terfikir, orang tak
boleh makan, dan tak boleh minum, berat badan dari 80kg dah susut hampir
40kg, badan dah tinggal kulit dan tulang, temujanji diberikan 3 bulan
lagi? Sakit juga hati. Tapi entahlah. Mungkin inilah nasib bereka yang
bukan ada-ada macam keluarga kami. Untuk pergi ke hospital swasta, kami
terfikirkan perbelanjaan yang akan ditanggung. Takut sangat tidak mampu.
Keadaan abah
berlarutan sudah masuk 4 bulan. Kaki abah dan muka sudah mula putih
pucat. Abah dah mula tidak mahu bercakap. Diam dan jarang nak bertegur
sapa. Saya faham. Mungkin abah banyak berfikir dan dia juga mesti risau
dengan keadaan diri sendiri. Saya mula cadangkan pada suami untuk bawa
Abah ke hospital swasta. Saya pujuk dan pujuk, malah saya buat panggilan
ke beberapa hospital swasta untuk mengetahui harga yang perlu dibayar
untuk membuat endoscopy. Kami betul-betul mahu tahu kenapa abah tak
boleh makan. Ada masalah dengan kerongkongkah? Perut kah? Usus kah?
Runsing betul hati saya selagi Abah tak dibawa ke hospital. Saya bukan
tidak percaya rawatan tradisional yang abah lalu ketika itu, tapi
entahlah, otak saya memang perlukan fakta ketika itu. Hanya fakta. Jadi
saya paksa suami berbincang adik beradik. Hari-hari saya akan ingatkan,
sudah atau belum bincang dan sebagainya.
Masa tu, saya
rasa saya agak mendesak. Padahal suami juga risau. Since abah tak sihat,
suami saya juga banyak berubah. Diam. Banyak fikir. Iyalah, kalau Abah
tu Ayah saya sendiri, saya mungkin akan jadi lebih teruk dari suami
saya. Jadi saya hanya mampu pujuk dan pujuk suami untuk bawa abah ke
hospital swasta.
FEBRUARY 2012.
Akhirnya
keluarga suami berjaya juga pujuk abah untuk ke hospital. Abah
sebenarnya mungkin "merajuk" dan tak percaya pada doctor, kerana asyik
diberikan temujanji yang lama untuk ditunggu. Kita faham lah orang tua,
mereka nak tahu cepat, nak dilayan juga cepat, tapi bila lihat hospital
kerajaan asyik nak kena tunggu dan tunggu sedangkan dia nak ke hospital
pun berperang tanaga, nak menunggu giliran dan sebagainya, last-last
dapat temujanji saja, memang lah dia agak putus asa.
Abang ipar masukkan abah ke Pusrawi,KL pada 8hb February,2012.
Dr.Malik yang incharge untuk abah, dan terus Dr.Malik mahu buat
endoscopy bila melihat keadaan abah yang tidak boleh makan. Dr. kata,
esok Jumaat, 9hb February, endoscopy akan dilakukan pada jam 8pagi.
Ketika itu, saya dan suami hanya mengharapkan yang terbaik. Rasa seperti
separuh beban hampir hilang bila kami tahu esok kami akan dapat
keputusan endoscopy dan akan tahu apa masalah sebenar yg dihidapi Abah.
Malam itu, kami doa banyak-banyak agar semuanya lancar.
Jumaat, 9hb February,2012 – 2:30 pm
Pagi itu saya
tidak ke kelas. Hanya duduk dirumah dan membuat kerja-kerja rumah.
Tiba-tiba pukul 12, saya dapat sms dari suami "B, Dr. Malik nak jumpa
semua anak-anak lepas sembahyang Jumaat". Jadi saya hanya balas "ok" dan
berfikir untuk bersiap-siap sebentar lagi. Suami saya ambil half-day
dan pulang tengahari itu. Kami ambil Adam Qaiser di taska dan terus
menuju ke Pusrawi. Masa tu saya lihat wajah suami macam stress dan
membendung emosi. Kami tak banyak bercakap sepanjang jalan. Entah lah
tak tahu kenapa. Sampai di Pusrawi pukul 2:30petang. Ada adik ipar dan
abag ipar saya. Mak pulang ke rumah mandi dan berehat selepas penat jaga
abah. Saya sudah tidak sabar nak jumpa Dr.Malik untuk tahu apa hasil
endoscopy pagi tadi.
Jumaat, 9hb February,2012 – 3:30 pm
Nurse masuk ke
bilik abah dan panggil kami untuk berjumpa Dr.Malik. Saya nak pergi
dengar, tapi saya sedar hak patut diberikan kepada anak-anak abah yang
ada. Jadi saya suruh Ida (adik ipar), Abg Lan (abg ipar) dan suami saja
pergi. Saya teman abah bersama Adam. Mereka pun berlalu tapi serentak
itu hati saya sangatlah berdebar-debar. Ketika temankan abah, seperti
biase saya ajak abah berborak. Tanya abah mahukah apa-apa, air, biskut
atau apa-apa, abah geleng. Sesekali lihat abah termenung panjang.
Tiba-tiba abah kata "letihnya badan abah. Perut kosong" saya terus
terdiam. Otak pantas fikir apa nak bagi abah makan. "abah nak roti?"
abah geleng..abah kata "buat apa makan, nanti abah muntah..." terus
kepala abah paling ke tempat lain. Saya memang tak tahan tengok abah
jadi saya berlalu ke tepi tingkap. Sedihnya hati saya ketika itu. Habis
melayan hati, saya kembali ke katil abah. Bawa Adam, suruh adam pegang
tangan atuk Abah pun senyum-senyum, pegang kepala adam, panggil nama
adam, saya diam.
Tiba-tiba abah
kata, "kenapa lambat sangat ni..." baru saya sedar. Lama benar Dr.Malik
jumpa anak-anak abah. Tapi saya jawab pada abah, "biasa lah abah, nak
terang satu-satu, takut tak faham pula nanti, abah jangan lah risau.
Abah pula kata "kenapa doctor taknak cakap dengan abah terus, agaknya
sakit abah teruk kut, sebab tu dia taknak cakap kat abah" saya terdiam
lagi. Hati makin berdebar. "taklah abah, biasalah dia takut abah tak
faham, terang kat diorang nanti diorang boleh terang kat abah". Abah
diam. Saya diam.
Jumaat, 9hb February,2012 – 3:30 pm
Dek kerana
terlalu lama, saya minta izin abah nak keluar dari bilik abah kejap.
Saya nak jenguk mana Dr.Malik jumpa anak-anak abah tadi. Saya buka pintu
bilik abah. Tiba-tiba saya nampak suami menuju ke pintu, abang ipar di
tengah-tengah sambil bercakap dengan Ida yg keluar terus dari wad. Muka
suami merah padam dan agak sugul. Lama kenal suami, saya dapat rasakan
sesuatu yang tidak kena. Tambahan pula Ida dah keluar terus dari wad.
Dan abg Lan juga berlalu entah kemana. Hanya suami depan mata saya. Tak
tahu nak cakap apa, saya hanya Tanya "macam mana B? Apa doctor cakap?".
Suami cari
kerusi di luar wad dan duduk. Sambil pandang ke wajah saya, saya dengar
sesuatu yang saya tak jangkakan dari mulut suami. "B, Abah kena
kanser........kanser perut..." ada getar dihujung kata suami ketika itu.
Menandakan suami saya ketika itu sedang menahan rasa yang amat dalam.
Terus saya berkata," tak apa, kita boleh usaha, kanser kalau mula-mula
boleh baik....." tak sempat habis ayat, suami saya kata "abah dah tak
boleh ubat, abah dah tahap akhir......................" Serentak itu
saya lihat suami terus tertunduk. Saya tak tahu apa nak kata. Terus saya
pusing, bawa adam jalan satu wad, dan at that time, it was a heavy rain
in my heart. Kasihannya Abah...........kenapa abah? Saya betul-betul
tak dapat terima lagi kenyataan itu.
Mungkin ada yang tertanya, kenapa saya tulis entry ini. Mahu minta duitkah? Mahu minta derma perubatan abah kah? Jawapannya TIDAK. Jika
dulu semasa saya buat entry Norma (penghidap kanser otak tahap 4), saya
memang harapkan anda menderma bagi perubatan Norma kerana kosnya amat
tinggi. Untuk entry kali ini, saya memang bercadang minta bantuan, tapi
bukan dari segi kewangan, tetapi dari segi sebaran entry untuk saya
dapatkan lebih banyak maklumat untuk selamatkan Abah.
Saya amat
berharap sesiapa sahaja diluar sana dapat bantu kami sekeluarga untuk
berikan maklumat-maklumat seperti nama-nama ubat yang boleh saya berikan
pada Abah, ubat tradisional atau apa-apa ubat yang mungkin boleh
selamatkan nyawa bapa mertua saya. Tolong jangan Tanya saya tentang
jangka hayat Abah, sebab itu memang menghancurkan hati saya setiap kali
saya kenangkan apa yang diberitahu doctor. Saya tak percaya perkara lain
selain takdir Allah.
Saya hanya
mampu buatkan 1 entry untuk Abah. Dan saya harap entry ini dapat bantu
keluarga saya untuk selamatkan Abah. Mungkin saya nampak terdesak minta
pertolongan ini, tapi saya memang amat perlukan pertolongan anda.
Research yang saya lakukan untuk penyakit ini tak mendatangkan banyak
information sebab ubat-ubatan jenis makanan memang tak mungkin berjaya.
Saluran esofagus abah sebesar jarum sahaja. Sel kanser telah memenuhi
saluran itu menyebabkan saluran penuh. Abah memang tak boleh makan dan
minum. Doctor nasihatkan kami membawa Abah pulang sahaja kerana dalam
medical term, memang tiada apa boleh dilakukan lagi (T____T)
Tapi saya
percaya takdir Allah dan keajaiban serta kekuasaan Allah. Tolong bantu
saya. Tolong saya untuk kali ini, selamatkan Abah saya. Saya hanya ada
satu Abah........ *i cant write anymore. My tears cant stop dropping".
|
Hopefully atuk cepat sembuh dan boleh dukung Adam jalan-jalan |
Entry
ini ditulis setelah saya dapat keizinan suami. Tolong saya dengan
memberi maklumat tentang pusat-pusat rawatan Islam, atau pusat rawatan
biasa yang mengambil kes-kes kanser tahap akhir. Juga jika anda tahu
jenis-jenis ubat yang perlu diambil oleh pesakit kanser tahap akhir dan
untuk blogger-blogger yang bermurah hati untuk sebarkan kisah ini diblog
agar lebih ramai dapat membantu saya. Saya serahkan pada Allah untuk
balas jasa baik kalian. Terima Kasih.