Sunday, March 17, 2013

catatan umrah part 2


 
 Kelebihan dan keistimewaan Kota Madinah
 
Rasulullah pernah berdoa yang maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.” 
(Bukhari dan Muslim)
 
Rasulullah SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwah dan seterusnya sebagai Tanah Suci kedua selepas Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Ia kaya dengan sejarah-sejarah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran. Sebelum Rasululullah SAW memasuki Madinah, ia merupakan sebuah negeri tempat bersarangnya penyakit.
 
Antara kelebihan dan keistimewaan Madinah ialah:

1.Bumi Yang Subur Dan Makmur- Bumi Madinah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir.”

2. Masjid Nabawi- Ia terletak di tengah-tengah kota Madinah. Asalnya ia merupakan tapak pusat pengeringan tamar dan kebun tamar milik dua orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl. Rasulullah SAW telah membeli tanah itu daripada mereka dan membangunkan masjid bersama-sama dengan Kaum Ansar dan Muhajirin. Sabda Rasulullah SAW: “Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,”( Bukhari dan Muslim)
 
3. Tanah Haram- Seperti Makkah, Madinah juga merupakan tanah haram. Ianya menjadikan setiap umat Islam sentiasa berwaspada dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT ketika berada di sana. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Madinah adalah tanah haram, letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur,sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke atasnya laknat Allah SWT,malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari kiamat kelak.” ( Bukhari dan Muslim)

4.Keutamaan Meninggal Dunia di Madinah- iaitu bagi sesiapa yang boleh menetap di Madinah hingga sampai ajalnya. Oleh kerana ini jugalah maka Khalifah Umar r.a pernah berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalan-Mu dan jadikanlah matiku di negeri Rasul Mu.”

5.Terpelihara Daripada Dajjal- Madinah merupakan kota yang dijanjikan Rasulullah tidak akan di masuki oleh Dajjal. Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada suatu negeri pun kecuali Dajjal akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah ,di keduanya tidak terdapat satu tempat pun kecuali para malaikat akan berbaris menjaganya. .Kemudian Madinah akan menggongcangkan penduduknya sebanyak tiga kali,lalu Allah SWT mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik.”(Riwayat Bukhari)
 
6.Di Masjidil Nabawi, terdapat kawasan yang dipanggil Raudhah. Rasulullah S.A.W bersabda : "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman taman Syurga."
 
7. Ia adalah negeri terakhir yang binasa bila tiba hari kiamat


8. Padanya terdapat bahagian-bahagian Syurga. Misalnya Raudah adalah satu kebun  daripada kebun Syurga. Mimbar Nabi SAW akan diletakkan diatas terusan-terusan Syurga. Bukit Uhud adalah salah satu daripada bukit-bukit syurga. Tamar Ajwah adalah tamar dari Syurga.
 
Demikianlah antara kelebihan atau keistimewaan Madinah. Maka tidak hairanlah jika sekali bumi Madinah dipijak, akan terasa kerinduan untuk mengunjunginya lagi. Ini kerana suasana di Madinah cukup aman dan damai serta penuh dengan ketenangan. Semoga dengan mengunjungi Madinah akan dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.( Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia )
 
 http://pepitasngo.blogspot.com/2010/11/keistimewaan-kota-madinah.html
 http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/06/ziarah-madinah.html
 
 

yapp....memang terasa rindu sangat dengan Kota Madinah...Hari Sabtu group kami pergi ke Masjid Quba untuk solat 2 rakaat.. pahala solat 2 rakaat di Masjid Quba bersamaan dengan pahala melakukan umrah...pada bayangan aku orang tak ramai ke Masjid Quba masa tu..rupanya beratus buah bas dah parking hantar jemaah...ramainya orang...mungkin kebetulan waktu tu waktu puncak... time ni kena sabar banyak2 sebab tunggu giliran untuk solat dan tempat solat yang terhad..

lepas tu kami dibawa jalan jalan di Kota Madinah...masa atas bas tu aku dok asyik fikir ape yang best Kota Madinah ni ek..ape kelebihan dia ek...sebab kalau tengok bandar nya macam biasa je..tenang...atau lebih kurang tak macam Malaysia yang macam2 ada...fuhh..tapi malam tu ada ceramah pasal kelebihan Kota Madinah lepas tu baru aku tau Kota Madinah ni memang hebat.. kalau aku dapat peluang tinggal dan mati kat sana pun aku sanggup...

ustaz tu cakap angin, debu dan tanah di Kota Madinah adalah penyembuh kepada penyakit..bukan la bermaksud kita makan tanah tu ye.. masa kursus umrah kami dapat keratan doa penyembuh iaitu dengan meludah di tanah Madinah selepas baca doa tu.. selain tu bumi Madinah sangat2 berkat....kalau boleh mohon pada Allah agar mati di Madinah.. kerana jasad kita akan disemadikan di perkuburan Baqi...kalau kita berazam mati di Madinah tapi kita mati di tempat lain, malaikat akan bawa jasad kita untuk disemadikan di perkuburan Baqi. tapi yang penting syafaat daripada Rasulullah SAW dan kita bersemadi dekat dengan Rasul...



  masjid Nabawi sangat besar dan luas...

 al quran untuk diwakafkan kepada masjid...tapi ustazah cakap al quraan yang dijual di luar masjid ni tak ada cop arab saudi..bila dah letak dalam masjid, pengurusan masjid akan check al quran dan asingkan alquran yang tak ada cop arab saudi..so agak rugi kalau kita beli quran ni tapi akhirnya quran tu pihak masjid asingkan..kalau nak wakafkan quran bagi duit pada mutawif dan tulis nama orang yang nak wakafkan quran..mutawif akan serah duit dan list nama pada pengurusan masjid dan diorang akan uruskan..

 suasana lepas habis solat ....macam pasar malam...tapi semua busy jual beli dalam setengah jam atau 1 jam je...lepas tu halaman masjid ni kosong tak de sorang pun peniaga jalanan...


 walaupun banyak kereta tapi driver sini hormat n bagi laluan pada jemaah masjid yang melintas jalan...laju macam mana pun dorang akan berhenti dan bagi laluan...



 tetibe teringin minum cappucino...ada cafe seberang hotel...nyum nyum

 pastu tetibe suke tengok pekerja masjid dan orang arab yang berpurdah...terus pergi beli. harga sehelai 10 riyal...tapi rupa aku dah macam ninja dah ha...
mata bengkak T__T


 
satu malam tu lepas solat isyak kat masjid kami pun bersiap nak balik hotel..aku dengan tabiat aku berbedak bertouch up walaupun tak de faedah pun aku berbuat demikian sebab masa tu kulit sangat kering tempek bedak sekilo pun macam tak berbedak..lagipun tak de sape heran aku berbedak ke tak..hihi..tengah berbedak tu datang sorang budak arab berbaju ungu duduk depan aku..dia renung aku dengan bedak..aku macam ... errr..yes kid, what do u want..pastu dia tenung je bedak aku...aku bagi kat dia..dia excited betul ambil span dan sapu bedak kat muka dia..tapi cara dia sapu tu macam kekok atau macam tak pernah jumpa compact powder..aku pun demo kat dia cara pakai bedak pastu datang sorang lagi budak arab comel mulut mengomel sambil punggah beg aku...oit oit...ko buat ape baby...jangan punggah beg aku..banyak sampah kay...aku rase la kan dorang ni mesti tak pakai pun compact powder semua tu sebab kulit dorang memang dah cantik..huhu..



 tetibe glamer angkara budak arab comel nih...



 masjid Quba

 ladang kurma
kat sini dorang tanam pokok kurma Ajwa...kalau nak kurma ajwa original dan ditanam di Madinah boleh beli kat sini..sekilo 100 riyal...kalau beli kurma ajwa kat tempat lain pun boleh juga cuma kurma ajwa tu bezanya ia ditanam di luar Madinah...


 
 ke Bukit Uhud




 walaupun cuaca panas terik (tengah hari) bunga bunga ni tak kuncup/layu pun...kagum aku....aku sendiri tak tahan berdiri lama kat luar waktu ni...




 Pasar Kurma


malam terakhir aku di Madinah... aku runsing sangat sebab esoknya nak ke Mekah dah untuk buat umrah..aku dah baca banyak kali pasal cara buat umrah tapi macam banyak lagi yang aku tak tau dan tak faham...malam solat magrib dan isyak di Masjis Nabawi kebetulan aku duduk sebelah seorang kakak dari KL..dia datang seorang dan kali ni dia buat umrah kali kedua sebab dia kata tak puas buat umrah masa kali pertama..Subhanallah..kakak tu banyak cerita kat aku pasal cara buat umrah..mana benda yang aku tak faham dia cerita kat aku...lega sikit hati aku dengar penjelasan dia...

hari keempat di Madinah aku belum berpeluang tengok kubah masjid dengan payung dibuka ... huhu.. aku teringin sangat nak tengok...masa dalam masjid kubah dan buka..tapi bila abis solat, kubah tu dah tutup dah..huhu sedey..memang lah tak penting sangat tapi teringin jugak la nak tengok kan...

lepas solat subuh pagi hari terakhir di Masjid Nabawi..kami balik ke hotel..masa tu payung belum buka lagi...sepanjang jalan keluar masjid aku berdoa..ya Allah..bagi la aku peluang dapat tengok payung ni dibuka...lepas tu jalan dan toleh lagi..belum buka..jalan lagi..belum...jalan lagi..belum...ok dah nak sampai hotel ni.... toleh lagi... wow dah buka! rupenye kan lepas subuh payung tu akan dibuka..masa tu jam 6.30 pagi...tiap kali balik ke hotel lepas subuh aku tak dapat tengok payung tu buka sebab kadang2 terlewat atau terawal...huhu..alhamdulillah dapat juga aku tengok...




 
lepas tu makan dan rehat dan berkemas hantar beg ke lobi...lepas zohor kami buat ziarah wada di masjid dan terus naik bas ke Bir Ali untuk bermiqat dan bergerak ke Mekah...perjalanan ke Bir Ali dalam 10 minit...lepas tu ke Mekah dalam 6 jam...lepas bermiqat di Bir Ali kena jaga pantang larang ihram...
 
sayunye hati nak tinggalkan kota Madinah...rasa tak puas sangat nak duduk di masjid Nabawi...dan sebab ini kali pertama ..rasa macam banyak  benda yang aku belum buat...
 

 di Bir Ali






 sepanjang perjalanan tu rasa berdebar...takutnya...risaunya....masa ni jangan lupa berdoa banyak2 minta diberi kesihatan yang baik, ringankan kaki melangkah untuk lakukan ibadat, diberi kesabaran yang tinggi, dan mohon Allah terima ibadat kita...

pemandangan sepanjang jalan kosong...cuma ada bukit batu, pasir, batu, bangunan kosong, langit dan matahari....tapi masa tu terpikir..macam mana di tengah2 perjalanan tu ada khemah?..ada pengembala kambing..unta...sedangkan tak nampak pun sumber air atau kawasan berumput pokok untuk kambing2 tu...aku pun tak de jawapan...nak tanya mutawif tapi segan la pulak...masa tu orang lain dah tidur...aku dok asyik tengok matahari terbenam...cantik sangat..

 berhenti rehat, solat dan makan di perhentian...


 hihi




bersambung lagi....







No comments: