Sunday, March 30, 2014

beli buku lagi?



tetiba buat keputusan pergi ke bigbadwolf di mines. kali ni jualan buku guna kotak. just beli kotak di kaunter lepas tu ambil je apa2 buku tebal ke nipis ke mahal ke murah ke asalkan penuh kotak dan bila checkout kotak boleh sealed. bbw kali ni tak sebesar hari tu tapi still banyak buku yang boleh diangkut pulang. pergi beli buku naik komuter kauuu. gigih tak?


berbaris sebelum masuk dewan. kami sampai awal, dalam kul 10.30 pagi. pukul 11 baru buka.



buku elmo untuk farel

habis cari buku lebih kurang jam 12 tengah hari. lepak makan jap kat food court sebelah 
tak banyak buku boleh sumbat sebab aku cari yang tebal dan harga macam mahal. paling mahal pun rm30. aku tak baca novel so aku tak pusing bahagian novel sangat.aku banyak cari buku architecture, photography.. adik2 aku cari buku masakan.

 rembat buku 2 ni on da way nak checkout. berusaha capai buku nipis asalkan boleh sumbat dalam kotak. tak puas hati jugak sebab tak boleh nak ambil banyak2 tapi mengenangkan nak angkut kotak atas troli nak naik komuter lagi..isk ..isk..





buku ni ada satu je. masa belek2 tak nampak pun ada cop library. tapi sebab isi nya berguna untuk kelas dan rumah aku ambil terus.

 banyak buku yang dah koyak dan buruk. sedih.


harga kotak rm99.90. harga semua buku tak termasuk 4 buku yang tak ada harga rm154. ok lah tu kan. huhu..
tak lama lagi buat kat ipoh. tak tau bila.

bye



Sunday, March 23, 2014

have a nice holidays!




 yeay dah siap lukis border. mesti serabut mata budak2 aku. 

dalam proses buat abm dam suku kata. ambil masa sekurang-kurangnya 3 minggu nak buat tema. tema je pun. sebab tu jarang buat bahan, bila dah buat separuh lepas tu tinggal kejap, maknanya tinggal terus.


berlambak lagi bahan3 yang aku kutip beberapa tahun yang dulu. sebab minggu lepas budak2 exam, so jangan buang masa korek bahan cari idea yang sesuai dengan kemahiran murid.


dah dapat almari fail baru!huhu.


bye.



Tuesday, March 18, 2014

the journey.



sabtu lepas hantar adik aku yang nak mulakan hidup baru sebagai pekerja kedai bakeri. you all boleh cari beliau di salah satu kedai dalam mydin seremban. kalau dapat cari, anda dapat sebiji cream puff and a cup of americano coffee.lepas makan kenyang sila bayar di kaunter,tak de benda percuma dalam dunia berdaki ni. hey dah siap stesen keretapi baru kat taiping. itu saja motif post aku hari ni.










bye.



Monday, March 17, 2014

Jalan-jalan


hari tu shopping sekejap kat border bukit berapit. dah lama rasa nak makan coklat dengan keropok ikan tapi busy. jarak border dengan rumah sewa aku ada la dalam 3km. aku pegi dengan mrs honey yang teringin beli baju.



kastam/imigresen. selalunya hari rabu khamis janganla pergi border sebab nak masuk balik kena berbaris lama. ramai orang Thai masuk shopping barang dapur sebab kat Kroh ada pasar malam.







zon bebas cukai. cokolaaaattttt



bye.

Sunday, March 16, 2014

annyeong


listen andy,

you are not even trying.

you just whining.



bagus. bila mental down aku perlukan kata-kata semangat.
tak kisah la dari lagu radio masa drive balik kerja
atau masa tengah layan movie
atau masa tengah berbual
atau bila2
sampai aku catatkan semua inspiring quotes dalam notebook supaya bila aku down aku baca balik dan sedar diri cepat2.

kata2 Nigel tu macam panahan kilat kat diri aku. Teruk rupanya aku ni.

kadang2 bila kerja aku banyak dan bukan semakin berkurang malah dihumban lagi kerja, masa tu pulak dengar komen tak enak (ok mungkin masa tu aku baru take a break tak sampai 5 minit pun, masa aku menghantuk kepala kat laptop tak de sapa pulak nampak). ye aku mudah heartbreak. dulu aku rasa aku sangat bermotivasi tinggi dan berfikiran sangat positif tapi sejak 2 3 tahun ni cepat sangat sensitif. itu la. cepat sensitif sebab aku rasa dah buat sehabis baik tapi sebenarnya belum capai terbaik.

sindrom umur semakin lanjut? lol. there u go.whining again.

akan update nanti insha Allah. masa makin cepatkan? dulu rajin la aku berjaga larut malam update blog sekarang tak boleh la sebab nanti kulit aku berkedut. kena cukup tidor.lalalala




ps: typical-sinikal-or-whatever- statement: dia tu terror buat itu ini...ye la sebab dia bujang...
 excuse me darling, dia terror buat itu ini sebab dia ada talent dan minat ok kalau macam tu aku terror bawak kapal perang sebab aku bujang. lol.